<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Sunday, 31 December 2006

Salam Aidiladha

Assalamualaikum.. First of all, suka sy nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yg beragama Islam. Tak lupa jugak nak ucapkan selamat tahun baru tuk semua rakyat Malaysia. So, how's life? Hope semuanya okey. Alhamdulillah sy pun okey aje. Just lately ni, kesihatan tak berapa mengizinkan. Tapi takpe, sepanjang hr raya haji berlangsung, sy dah kembali kepada keadaan normal. Hehe...
Tadi, baru aje balik dr umah pak long. ade makan2 sket. Perghhh... menu kat umah pak long ari ni agak menarik. Laksa kegemaran saya, ada western, tapai n bbrp menu makanan ringan tuk mengisi masa lapang kat depan tv.
Jumaat malam sabtu aritu, sy ngan kazen melepak kat leisure mall tgk wayang *Night at the Museum*. Kelakar gak cite tu. Mmg dr awal cite tu start sampai abis, satu panggung penuh dengan gelak tawa. Tak sia2 abis duit kat situ. :p
Sok malam, insyaALLAH ada program lagi ngan membe2 gombak a.k.a kurinam. Ada BBQ session kat umah Ezal. Kalo takde ape2 aral, maybe sy juin. Saja nak abiskan masa ngan membe2 lak selain mencari mood utk menulis novel yg seterusnya.
Ermm... sbnrnya hati sy ni agak tak berapa best sejak dr tadi. Nak tau nape? sbb laptop sy ada problem. Sabar ajelah. Tadi bukak, cadangnya nak cari point untuk 6th novel sy tp mood terus ilang bila screen tak kuar gamba. Nampak gaya, sok nak kene anta kat low yat. Nasib baik laptop adik sy ni *sbnrnya laptop sy gak :p* ada. Buleh la guna tuk on9 n kat emel sy pun ada copy manuskrip yg sy dh antar kat alaf jumaat lepas. Skrg2nye ade back up.
keylah... sehingga berjumpa lagi... salam sayang... ;)


Damya Hanna posted @ 10:42 pm
| 3 Comments |


Thursday, 28 December 2006

Ah... leganya...!

Salam...
Ermm saya dah lega selepas selesai menghabiskan proses mengedit novel saya untuk kali pertama pagi semalam. Alhamdulillah. Tak terluah rasanya dengan kata-kata bagaimana saya nak menerangkan perasaan saya tu. Kemudian, saya mula menulis sinopsis untuk karya ke-5 ni. Aduhai... dr petang sampai ke pukul 4.01 a.m ni, barulah saya selesai menyiapkan lembaran satu helai itu. susahnya...
Argh... cadangnya nak mula mengemel manuskrip kepada pihak alaf 21 pada esok hari. Tapi, semalam, saya mintak alamat emel kat kak wan tapi belum dapat. Ada jugak terima miscol kat hp ni tp tak sempat nak jawab sbb bunyi ringtone nye sejak akhir2 ni sengaja saya perlahankan. hehe... takpelah... sok saya perlu setelkan urusan novel secepat mungkin.
Almaklum raya haji dah nak dekat. tahun baru 2007 pun bakal menjelang. takut banyak sangat urusan yang perlu saya setelkan nnti. opis pun dah lama tak singgah ni. InsyaALLAH kerja akan dimulakan semula apabila saya dah betul2 bersedia dr segi rohani dan jasmani... sabar ajelah... :p


Damya Hanna posted @ 3:59 am
| 4 Comments |


Tuesday, 26 December 2006

Keletihan masih terasa

Assalamualaikum...
Aduhai... letih selepas menguruskan majlis kenduri kendara kazen2 sy masih terasa. Walaupun dah dua hari berlalu, penatnya masih blum hilang. Hari ni aje, sy tido berulang kali sampaikan tak sempat nak membelek manuskrip sy yg tinggal lg separuh untuk diedit. InsyaALLAH, hari ni sy akan keje lebih masa if kepenatan tak berapa mengganggu malam nnti.
Menyentuh bab manuskrip, kazen sy yg kini sedang belajar di Nottingham UK, ada memberi cadangan agar watak untuk novel ke-6 nnti lebih happening. Buat masa ni sy blum boleh berikan apa2 komen ttg maksud happeningnya. Apa yang sy dah nampak, tema utamanya sudah ada di dalam kepala. Mungkin selesai saja sy mengedit novel ke-5, maka plot untuk novel ke-6 sudah boleh ditulis serba-sedikit. Untuk memulakan proses menulis pula, rasanya sy perlu berehat untuk seketika... Al-maklum penat menulis novel ke-5 ni masih belum hilang rasanya :p
Ermm... suka juga kalo dikongsi di sini, jumlah kawan2 di friendster sy, semakin hari semakin bertmbah. Tak sangka tindakan sy mendaftar di sana di bawah nama Damya Hanna nampaknya berjaya mendapat sambutan dan menggalakkan lagi sy berhubung dengan rakan2 serta para peminat novel. Cuma, rangkaian di Myspace tidak begitu berjaya. Takpelah... ;) Sesiapa yang sudi nak add sy di dalam friendster mahupun myspace, silalah add dengan alamat emel yg tertera di bahagian tepi blog sy nih...
Buat masa ni, sy mmg berkesempatan update blog dan friendster kerana sy berada di rumah family. Mungkin bila sy dah memulakan tugas di shah alam nnti, sy terpaksa mengurangkan rutin sy mengupdate blog dan friendster mahupun emel. Tapi, InsyaALLAH sy akan jadikan rutin sy melayari internet sebagai satu kewajipan ketika di shah alam dengan berkunjung di Cyber Cafe dlm dua kali seminggu atau paling tidak pun seminggu satu kali... Amacam?
Okeylah... setakat ni dulu... salam... ;)


Damya Hanna posted @ 6:13 pm
| 1 Comments |


Monday, 25 December 2006

Selamat Pengantin Baru...

Assalamualaikum..
Tarikh keramat 24 Disember 2006 buat dua orang kazen lelaki saya telah pun berlalu. Alhamdulillah kenduri meraikan 'title' raja sehari nampaknya berjalan dengan lancar. Tapi... biasalah... apa yang kita rancangkan, kadang2 susah nak dicapai. Apa2pun... tahniah buah Fadli Amir Hj. Mohd Rosli dan pasangan serta adiknya Fauzee Amin Hj. Mohd Rosli dan pasangan yang mengadakan kenduri raja sehari secara serentak.
Di awal jam 8.00 pagi, saya dan saudara mara lain dah mula menjalankan tugas, memasang hiasan buat meja pengantin dan susunan di meja VIP. Kelam-kabut jugak bila tersedar, jam dah menunjukkan pukul11.00 tengahari. Tak sempat nak bersiap, tahu2 aje tetamu dah mula datang.
Nasib baik juga, saya menguruskan bahagiaan khemah VIP. jadi, tetamu saya kebykannya tiba lewat dan seiring dengan kedatangan mempelai.
Hampir jam 6.00 petang barulah segala-galanya selesai. Lega bila pakcik2 saudara dah mula mengemas kemah dan menyusun kerusi dan meja. walaupun letih, pengalaman semalam rasanya amat bermakna pada saya dan saudara mara sekalian. :p


Damya Hanna posted @ 11:26 am
| 5 Comments |


Saturday, 23 December 2006

Pelamin Raja Sehari...

Assalamualaikum...
Errmm... semalam saya balik lewat lg dr umah pakcik. Hampir pukul 4.00 pagi baru sampai umah. Penatnya tak terkata. Tapi sempat plak log in internet sebab nak check friendster ngan blog. Terima kasih pada yang sudi memberi komen. :p
Alhamdulillah... aturcara pernikahan kazen saya berjalan dengan lancar di sebuah masjid di Pandan Indah *kalau tak silap*. Lepas tu, kami melepak di umah pengantin pempuan sambil menjamu selera. Disebabkan saya lapar, saya dah tak pikir apa2 selain makan dengan sepuasnya....:p
Malam, aturcara berinai dijalankan. Kito rang tak terfikir nak pakai lawa2. Tau2 aje... muka yg selebet2 ni lah yg kene jd pengapit ngan bagi bunga telur kat para tetamu yang hadir. hehe... pengalaman betul. Dah tu sempat pulak kitorg berinai sendiri kat dapur... masing-masing teringin nak melawa... :p


Damya Hanna posted @ 11:22 am
| 0 Comments |


Friday, 22 December 2006

New comer (niece plus new manuscript)

Ermm... rasanya dah seminggu saya print out manuscript baru nih. Masih merangkak2 untuk mengeditnya. Dateline dah makin dekat. Risau tak sempat anta kat ALAF end of diz week. Hopefully sempat.
Semalam, sepanjang hari saya tak usik manuscript saya nih. Petang saya gi melawat kakak ipar yang baru lepas bersalin anak ke-4. Alhamdulillah... selamat melahirkan anak perempuan 3.2kg yang putih gebu.
Balik dari hospital, saya ngan kakak, adik dan kazen2 keluar ke rumah pakcik kat ampang. Menyiapkan keje2 akhir sebelum majlis kenduri kahwin dijalankan. apa lagi... merekabentuk pelamin yg ntah jadi ke tidak tu. hehe... hampir kul 3.00 pagi jugaklah baru kitorang berjaya selesaikan basic pelamin. Mungkin kalo ada yg nak di touch up kan ari ni... adalah kot...


Damya Hanna posted @ 10:48 am
| 7 Comments |


Wednesday, 20 December 2006

Selamat Datang

Assalamualaikum untuk semua. Ermmm pasti semua terkejut dengan tindakan saya ni, kan? Saya sendiri tak sangka ingin membuat perubahan mendadak begini. Secara tiba2 menukar blog dr blogdrive ke blogspot. saya pun tak tahu kenapa mahu bertindak sebegini.
Apa yg pasti... inilah blog terbaru saya sebelum saya bercadang menutup blog yg sebelum ini. InsyaALLAH jika berkesempatan, saya akan update selalu. Jika tidak... macam dululah agaknya.. hehe...
Ada beberapa kemusykilan yg timbul sebelum blog saya ini ditubuhkan. Nak tau apanya? Erm, awal2 sy nak beritau. Jgn konpius dgn website address sy. alamat sebenarnya http://damya-hanna.blogspot.com... ada sengkang di antara damya hanna. bukan *damyahanna* seperti sebelum ini. nak tau kenapa? sebab saya tak dapat mendaftarkan nama damyahanna untuk blog ini kerana ada makhluk ALLAH yg dah menggunakan nick name saya untuk blognye... so, jgn tersalah masuk pulak!
Akhir kata, selamat dtg ke blog baru saya... semoga perubahan ini adalah tindakan terbaik saya untuk mendekatkan diri kepada semua pengunjung sekalian... salam... :)
Damya Hanna~


Damya Hanna posted @ 9:42 pm
| 0 Comments |