<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Wednesday, 2 May 2007

Senafas Rindu - April 07


Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai dirinya masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar dilupakan dari ingatan.

“Shafika, awak seharusnya tahu kasih saya umpama meredah lautan yang tidak bertepian!”

Pemergian gadis itu diratapi bersama memori. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur dari pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Takdir yang menemukan mereka, berjaya mencuri tumpuan Fariz untuk menyelami perasaan yang berkisah.

“Kalau you masih nak teruskan hubungan you dengan dia, I rasa you takkan bahagia.”

Kata-kata itu menimbulkan keresahan di dada. Biarpun benci dengan kewujudan lelaki yang tidak dikenalinya itu, Vivianna akur setelah menyedari kebetulan yang tercipta buat dirinya dan Fariz. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap.

Vivianna tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir di dalam episod kehidupannya. Kelvin adalah kenangan dan kehadiran Fariz adakala mencuit hati kecil wanitanya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat dirinya untuk berangan-angan lebih tinggi. Dia rela menjadi pertaruhan asalkan Fariz tidak dijadikan mangsa kepada insan yang mementingkan darjat dan keturunan.

“Walau apapun berlaku, aku berjanji akan menjaga kau hingga ke nafasku yang terakhir.”

Hidup ini sebenarnya sukar untuk dijangka. Ada yang indah. Ada yang pahit. Yang pastinya, setiap yang berlaku itu telah tertulis sejak azali. Bagi Fariz, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran gadis tersebut. Walau tiada cinta yang wujud di saat kali pertama bertentangan mata, dia pasti sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan. Dia sekadar berserah! Antara tiga nama yang tercetus di hatinya, Fariz hanya mampu memilih satu. Antara Shafika, Vivianna dan Siti Zulaikha, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya.

“Selagi ditakdirkan bersama, aku akan pastikan kau hidup bahagia dengan aku.”
P/s : Sesiapa yang dah dapatkan novel terbaru saya, harap2 sudilah beri komen selepas membacanye ye... Salam ;)


Damya Hanna posted @ 9:13 pm