<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Thursday, 18 January 2007

Akankan Angan2 jadi Kenyataan?

Assalamualaikum...
Yess dapat gak curik masa melepak kat cc malam ni. Banyak benda nak buat selain melepak kat blog yg dah beberapa hr tak diupdate entrynya...
Minggu ni banyaknye sy berulang-alik dr shah alam-cheras dan cheras-shah alam. Penat pun ye. Masalah minyak pun ye. hehe... tol apatah lgi...
Seperti biasa, novel masih lum habis diedit. byk nak kene tambah dan ubah. Rasa letih dan kadang2 terfikir cam nak tinggalkan sumer tu utk seketika dan sy gi berjalan sorang2 kat tmpat2 menarik. Tapi tu sumer angan2. :p
Setakat ni... segala2nya masih boleh dikawal. Semestinya sy nak memastikan novel2 saya terus menepati citarasa para pembaca. Tapi entahlah. Risiko setiap kali novel siap dicetak, sy kena sentiasa tangani dengan tgn terbuka. Tak boleh cepat melatah. silap2 ade je emel yg masuk dan mengata itu dan ini. Apa yg pasti, sy akan hadapi komen2 tersebut dengan sabar dan menganggapnya sebagai kritikan yg membina.
Sebut pasal angan2... thn ni angan2 sy banyak tersasar kepada program cuti2 dan jalan2.. tp sumer tu hanya angan2 awal dan sy lum bersedia nk hadapinya lg buat mse ni. InsyaALLAH jika berkesempatan, sy nak berjalan ke negeri idaman sy. Cuba teka? Hmm... adalah. Nanti kalo menjadi, sy beritahu ye...
salam...


Damya Hanna posted @ 9:34 pm
| 5 Comments |


Tuesday, 16 January 2007

NZ with my friends

Assalamualaikum. Hi sumer.. lama dah sy tak update blog sy nih... so.. apa kabar sumer pengunjung? Terima kasih daun keladi pd yg sudi mengunjungi blog sy ni terutamanya pd pengunjung tetap sy... adik ami dan azlanirza yg sentiasa memenuhkan ruang shoutbox di sebelah sama ada sy ada atau tdk... sokongan anda amat sy hargai. kepada pengunjung yg lain, sy juga mengucapkan terima kasih krn sudi meninggalkan mesej2 yg mmberi sokongan dan dorongan untuk sy terus berjuang dalam duni penulisan.
Alhamdulillah.. kesihatan sy beberapa hari kebelakangan ini amat baik. Saya masih punya kekuatan untuk terus menulis dan terus mengadap karya yang masih di dlm proses editing. Buat masa ni... tak boleh sy beritahu apa perkembangan terbaru untuk novel ke5 nih. Diharap semua sudi menanti dengan penuh sabar...
Tadi, sempat berbual dengan bekas rakan serumah sy ketika menuntut di UKM dulu. Dah lama tak bersua, kami akhirnya mengambil keputusan spontan untuk keluar melepak di sebuah restoran terkenal di Wangsa Maju *NZ* yang selalu kami kunjungi. Selain *pitt*, dua org lg rakan sy *Ana* dan *yatt* sama2 menghabiskan masa kami berkongsi-kongsi cerita. Ada juga timbul cadangan untuk bercuti2. Tapi belum tentukan tempat di mana dan bila masanya. Berangan2 ajelah dulu... :p
Setakat ni dulu dr saya... salam kerinduan tuk sumer... :*


Damya Hanna posted @ 3:55 am
| 6 Comments |


Friday, 5 January 2007

Something about writing and reading

Assalamualaikum...
Nak cite apa hari ni ekk? Ermm... maya *my sis* dah abis cuti semester diz week. Nampaknya, kami dah kena mula berpacking untuk pulang ke rumah sewa next week. Apa perasaan sy erkk? Tak sabar pun ada, rasa resah pun ada. Al-maklum, lepas ni masa sy untuk mengadap internet gerenti kembali terhad seperti dulu. Sorry to say...
Seperti yang sy pernah mention sebelum ni, sy dah mula menulis novel yang ke-6. Alhamdulillah, idea tu mencurah-curah datang. kebetulannya saya sedang sibuk membaca sebuah buku inggeris yang agak chicky dan funny. Jadi, setiap kali sy menghadap lembaran novel inggeris itu, setiap kali jualah sy diburu rasa tidak sabar untuk menyiapkan novel ke-6. Tak taulah nape. Ada kaitan dengan membaca dan menulis ke? Serasanya ye...
Setiap kali kita membaca, otak kita akan berfungsi dan kita akan memikirkan pelbagai mesej yang disampaikan dalam pembacaan kita. dari situlah idea akan timbul dan pada saya, bila idea timbul... ia akan mempengaruhi gaya penulisan saya... apa pendapat saudara/i pula?


Damya Hanna posted @ 1:21 am
| 1 Comments |


Thursday, 4 January 2007

My brand new ideas

Assalamualaikum... hai allz.. again, we meet. hehe... ni, baru aje balik dr melepak ngan kawan2 VF kat Keramat. Lama dh tak jumpa dierang. Last day, masa raya ari tu *open house de tour*. Lepas tu, nampaknya sy byk komitmen yg perlu diuruskan dan tidak mmpunyai masa bersosial dgn kawan2.
Aaaa... byknya nak cerita tapi tak tau nak mula dr mana. Suka sy nak beritahu, idea terbaru sy sudah mula berkembang dan kini sudahpun mencapai ke 8 mukasurat. Untuk sehari, dua... sy rasa jumlah 8 mukasurat terlalu byk. Biasanya, selepas sy siapkan sesuatu manuskrip, sy akan berehat berbulan lamanya sebelum mula mencatat sesuatu kisah yang baru.
Untuk permulaan, sy rasa... kisah kali ni 100% berlainan... maksudnya bukanlah sy mengubah kategori penulisan saya kerana kisah yang sy sampaikan masih berstatuskan percintaan dan kekeluargaan serta persahabatan... tapi, cara penulisan sy untuk yg ke6 ini, berbeza dr lima novel sy yang sebelumnya. apa yang bezanya, sy tak boleh nak ceritakan di sini kerana... semuanya adalah rahsia... :p
Menjadi seorang penulis, membuatkan saya banyak berdepan dengan pelbagai perihal manusia yang ada di depan mata. Yelah, apa lagi yang mampu saya lakukan selain mencatat patah-patah perkataan di atas kertas, secara tepatnya adalah menjadi pemerhati terhadap apa jua yang berlaku di hadapan saya selain memberi komen terhadapnya.
Hidup ini memang diisi dengan pelbagai kisah dan coraknya. ada yang cantik, ada yang malap, ada yang kusam, ada yang terang. Semuanya bergantung kepada diri kita untuk mendepani dan mengukir corak kehidupan yang kita ingini. saya tidak ingin meminta lebih selain hidup saya sentiasa diberkati... salam sayang ;)


Damya Hanna posted @ 1:40 am
| 2 Comments |