<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Sunday, 18 March 2007

Salam Raja Sehari...

Salam tuk sumer? How's guys doing? Hopefully fine. Macam saya gak... Alhamdulillah, seminggu berjalan lancar. Setakat kesulitan kecil tu biasalah... masalah dalaman opis, kerja yg bertimbun dan tenaga kerja yg kurang... sabo ajelah... hehe... apa2pun semuanya dah berjaya diatasi.
Semalam, sy menghadiri dua majlis kahwin. Kenyang perut saya macam masih terasa smpai ke waktu nih.
Pagi, saya bangun lebih kurang pukul 8.30, basuh kereta kejap dan bersihkan mana yang patut *keta dah berjaman tak berkemas*
lebih kurang kul 9.00 saya bersiap2 dan bertolak ke sunway... ada urusan yg perlu diselesaikan sebelum bertolak ke majlis kahwin. Lebih kurang pukul 12.30, sy bertolak dr bandar sunway menuju ke rumah rakan yg terletak berdekatan. lebih kurang, 15 minit, sy sampai dan bersiap2.
Kami bertolak lebih kurang pukul 1.30tghari ke Batang Berjuntai. Saya dan seorang rakan sekuliah dulu dah berjanji untuk ke sana sehari sebelumnya. Yg kahwin ni adalah rakan sekuliah kami sejak di matrikulasi londang sehingga sama-sama menuntut ilmu di UKM. Bertemu jodoh juga dengan rakan matrikulasi yg sama dan menuntut sama-sama di UKM. Alhamdulillah... moga jodoh berpanjangan. Perjalanan mengambil masa satu jam dan kami selamat sampai ke destinasi hampir pukul 6.00 petang *sempat gak sesat2 cari jalan... hehe*
Malam, sy menghadiri majlis kahwin sepupu saya pulak di Bukit Jalil... Majlis diadakan di dewan pusat komuniti dari pihak pengantin lelaki. Dewan berhias sederhana tp menarik perhatian...Apa2pun... selamat pengantin baru untuk semua raja sehari. Semoga jodoh sentiasa berkekalan ke anak cucu...
salam bertemu lagi...


Damya Hanna posted @ 10:32 am
| 3 Comments |


Sunday, 11 March 2007

Seminggu Dah Berlalu...

Asslamualaikum to alls... ermm alhamdulillah seminggu sdh sy meninggalkan kenangan negara korea yg indah dan menarik.. Pengalaman yg diraih akan sy simpan dan hargai sampai bila2. Hari pertama memulakan kerja, aduhai... fikiran asyik terbayang2 kenangan sepanjang minggu di Korea. Kak AS *Aisya Sofea* pun selalu sms dan menyebabkan sy sentiasa diulit memori ketika persiapan awal untuk ke sana...


Apa yang sy buat sepanjang minggu ni ekk...


Isnin - 5 Mac 2007 :: Awal pagi, macam biasa hantar maya ke kelas. Hari ni, sy bangun agak awal. Jalan di UiTM agak sesak. Kebetulannya ada majlis pemasyhuran agong yang menyebabkan pintu masuk utama UiTM ditutup khas untuk V.I.P. Terpaksa mengikut jalan belakang yang dipenuhi kereta. Sabar ajelah... Petang sy dan abang menuju ke pejabat MARA menguruskan urusan perjanjian kedai baru kami di sana...


Selasa - 6 Mac 2007 :: Awal pagi lg dah ke tmpat duti stem... Selesai matikan setem, sy dan abang berangkat ke KL atas urusan kerja...

Rabu - 7 Mac 2007 :: Lepas uruskan beberapa tugas di waktu pagi, sy berangkat ke KL sendiri atas urusan kerja di waktu petang. Sebelum tu pegi isi minyak kereta kejap di Shell Sec 9... Ada kenangan menarik kat sini *biarlah saya aje yg tau* Kemudian berangkat balik ke rumah di Cheras untuk mengambil sedikit brg. Malam, pulang ke Shah Alam.

Khamis - 8 Mac 2007 :: Tiada apa yang menarik untuk dikongsi...

Jumaat - 9 Mac 2007 :: Siang bekerja seperti biasa... Petang ke KL dan malam pulang ke Cheras. Sebelum tu, sempat pegi melepak dgn kawan di Gombak sampai jam 11.00 malam.

Sabtu - 10 Mac 2007 :: Sepupu kawen di Seremban. Bertolak keluar dr rumah pd jam 10.00 pagi dan pulang di sebelah petang.

Ahad - 11 Mac 2007 :: hepi besday 2 years MIA my niece...


Damya Hanna posted @ 11:53 am
| 2 Comments |


Sunday, 4 March 2007

My First Trip to Korea






Assalamualaikum tuk sumer. Apa kabar? Dah seminggu tak menjenguk blog. Rindunya rasa... Ada ke yg ternanti2 cerita terbaru dari sy? Sbnrnya inilah rahsia yg sy simpan seminggu yang lepas. Trip sy ke negara impian iaitu Korea. Mmg best giler...
Nak tau apa yg sy buat kat Korea sane? Saya akan ceritakan secara detail di bawah. Kalo rajin, silalah baca...


Firstly, tujuan sy ke Korea bukan atas urusan rasmi tapi sekadar untuk bercuti dan menikmati keindahan di negara orang. Bukan nak cakap negara Malaysia tak indah, cuma sesekali nak tgk negara orang, tak salah kan?


Trip ke Korea berlangsung dr 25 feb 2007 sehingga 2 mac 2007 dan disertai 20 orang yg terdiri dari pengunjung forum CARI termasuk adik sy, sepupu kepada penulis terkenal, kak aisya sofea dan satu keluarga kepada agensi pelangcongan malaysia yang menguruskan trip kami.


Penerbangan (Korean Air) bermula pada jam 12.05 pagi 25 feb 2007 dan perjalanan mengambil masa enam jam. Rasa gembira mmg tak tertanggung tapi terganggu dengan penyakit gastrik yg dtg tanpa diundang. Kesian jugak kat stewardess korean air yg telah bersusah-payah ketika sy memerlukan khidmat mereka. Hehe...


Hampir jam 7.00 pagi, 26 Feb 2007, kami selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon, Korea. Cuaca di sana, aduhai sejuknya sampai ke liang roma. Terkejut jugak pertama kali merasai cuaca di negara orang. Kalau nak diikutkan, Korea selatan kini sedang mengalami musim sejuk (winter) tapi di peringkat akhir dan sedang bertukar ke musim bunga. Peringkat akhir musim sejuk pun, tak mampu sy tahan. :p


Kami disambut oleh seorang pemandu pelancong dari Korea yg bernama Ben dan terus menaiki bas untuk berangkat ke MBC studio, the most popular shooting place in korea.. Kat sini, sy dpt melihat set studio untuk drama korea yg paling famous yg berjudul JEWEL IN THE PALACE.
Kemudian, kami singgah makan di sebuah restoran yg sebelum berangkat ke Nami Island iaitu set shooting drama korea yg juga amat popular iaitu WINTER SONATA. Kat sini mmg best. mcm dpt terasa aje jun sang dan yu jin di sisi setiap kali kaki melangkah menyusuri jalan yg disediakan. On the way balik, kami singgah di Chuncheon iaitu tmpat yu jin dan jun sang berjanji untuk bertemu pd 31 Disember di dalam siri winter sonata. Sy dan adik hanya sempat membeli strawberry yg amat manis di sini. Bas mnyambung perjalanan ke Mountain Sorak dan kami menetap di Kumho Sorak Resort selama satu malam.


9.00 pagi, 27 Feb 2007, kami memulakan perjalanan ke Mountain Sorak. Kat sini pemandangan begitu cantik dengan cuaca yg begitu sejuk. Al maklum, di atas bukit. Terdapat kuil cina dan tmpat penyembahan bg kaum buddha di sini. Saya dan adik hanya bergamba di mana2 tmpat yg menarik. Perjalanan kami bersambung untuk menuju ke tempat ski. Pertama kali main ski, bermacam2 rasa yg timbul. Tapi bila dah main, rasa mcm menarik pulak. Hehe... tp apakan daya masa yg diberikan begitu terhad. Perjalanan kami diteruskan menuju ke Suwon. Kami menetap di Damoa Hotel satu malam.


28 Feb 2007, 9.00 malam, kami meneruskan perjalanan ke Everland. Aduhai, taman temanya begitu menarik dan dipenuhi dengan dunia fantasi yg begitu mengasyikkan. Sy menghabiskan masa dengan menaiki kabel car, menaiki bas memasuki safari world dan menyaksikan kartun 3d yg amat menarik. sempat jugak membeli belah di kedai cenderamata yg menjual pelbagai barangan kanak2. Balik dr everland, kami terus dihantar ke sbuah kawasan beli-belah ala2 petaling street yg diberi nama nangdaemun. Saya dan adik tak byk menghabiskan masa di sini. Kebetulan kak aisya sofea dan sepupunya berjalan2 di sana. Sy dan adik terus mengambil keputusan untuk berjalan2 ke pasar myeong dong yg byk menjual barangan untuk anak2 muda seperti pakaian, sepit rambut, dan aksesori. tmpat jam 7.00, kami terus berkumpul dan dibawa pulang ke hotel di seoul, Biwon Tourist Hotel.


1 Mac 2007, kami dibawa ke sebuah kedai menjual ginseng, kristal dan terus dibawa ke kawasan pasar dongdaemun. Di sini, sy menghabiskan masa bersama adik di sebuah pasaraya, doota yg berdekatan. Doota, menjual pelbagai jenis fesyen pakaian, beg tangan dan baju kanak-kanak. Yg sedihnya, tingkat yg menjual barangan aksesori sedang diperbaiki. Tak dpt menjamu mata. Kami terus bertolak ke Itaewon. Di sini, terdapat sebuah masjid bg penganut agama Islam. Kami terpaksa mendaki bukit yg agak curam untuk melihat masjid yg besar dan cantik. On the way menuju ke bas, smpat jugak berjalan2 di pasar Itaewon yg menjual pelbagai barangan yg murah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan di kedai yg sama seperti tempohari. Tp sebelum sampai ke hotel, ada yg bercadang untuk berjalan semula ke pasar namdaemun kerana terdapat brg yg ingin dicari. Sy tak melepaskan peluang untuk turut serta. Hanya 6 org yg bersetuju untuk ke psar namdaemun. Dpt jugak memborong kerongsang yg cantik2. Kami pulang ke hotel dengan menaiki teksi.


2 mac 2007, Sebelum berangkat pulang, kami sempat singgah di sebuah kedai duty free yg menjual pelbagai jenis barangan. kemudian, kami dibawa melawat ke Blue House, tmpat presiden korea dan org2 kerajaan. Kami meneruskan perjalanan ke Incheon dan alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia pada jam 10.00 malam waktu tempatan bersamaan 11.00 malam waktu korea.
selamat tinggal korea... panjang umur bertemu lagi..Anyengong!!!


Damya Hanna posted @ 2:51 pm
| 4 Comments |