<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Wednesday, 30 May 2007

Keje oh keje...

assalamualaikum...
Ermm... nak cite ape ekk... Mcm kehabisan idea plak.. :p
Smlm pergi servis keta... dua jam melepak kat sane jd mcm org sasau plak melangok tak tentu pasal. Tp sempat sy ngadap note book... dapat gak menulis dua tiga helai... Bolehlah dari takde langsung kan...
Lps servis keta, sy balik umah jap sbb abang call kena ambik barang kat supplier dlm pukul 2 kat area pekeliling. Sib bek Apit *adik lelaki* ada kat umah. Dia half day. so ajakla die skali g ambik barang pastu terus g shah alam... Lepak kat kedai dalam dua jam. Sebelum tu, g makan jap kat McD sec 3. Eh, macamana pitt leh ada kat sana? Ish ish... satu family dia lak tu....
Balik dari makan, kena anta barang lak kat customer... Erm... dah mcm despatch lak keje sy rupanya... Nak dekat 5.30, terus berangkat balik. Kene jemput Maya dari tmpat keje dia plak... Adehh... ini keje driver laks... sabo jelah... Dlm sebulan dua ni kena ulang alik dr shah alam-bukit jalil-cheras... itulah kejenye...
damya hanna


Damya Hanna posted @ 1:02 pm
| 5 Comments |


Tuesday, 22 May 2007

Damia S Ent.

Salam tuk sumer.. apa kabar? Dah seminggu tak tinggalkan catatan di sini...
Apa yang saya buat di sepanjang minggu yang lalu? Ermm... keje macam biasa. Balik umah hujung minggu pun mcm biasa. Cuma kali ni, kawan maya tumpang tinggal kat rumah *Cheras* dua bulan atas urusan praktikal.
Hari ahad lalu sempat satu keluarga saya menyambut majlis hari ibu untuk mak saya yang tersayang. Alah, adik-beradik berkumpul... Beli kek sebiji, KFC untuk 15 org makan... Meriah jugak masa tu... Kebetulan, melayan konsert final AF5. Sabar ajelah.... Itupun nasib baik Mila yg jd juaranya.
Dua bulan maya praktikal kat astro, nampak gayanya saya terpaksa ulang-alik dari Cheras-Shah Alam. Bukan tak nak duduk kat shah alam tp tak buleh la kalau maya takde. Saya dengan adik saya yg sorang ni tak boleh berpisah... Hehehe.
Mungkin hari khamis aje saya akan tidur kat kondo sbb ada klas gitar & swim sampai lewat malam... Hari ni pulak, mungkin balik lewat skit. Abah sibuk nak datang pasang kipas.. Ermm... stayback sekali sekala. ;)
damya hanna~


Damya Hanna posted @ 1:06 pm
| 4 Comments |


Tuesday, 15 May 2007

Hujung Minggu yang berlalu...

Salam...
ermm dah tiga hari tak jenguk blog. Tiba-tiba terfikir nak catat sesuatu. Untuk pengetahuan semua, semasa catatan dibuat, sy berada di rumah sewa *Shah Alam* dan sebetulnya rumah sewa saya tiada kemudahan internet. Terpaksalah sabar menunggu hari Isnin nnti kalau nak masukkan entry ke dalam blog pun.
Minggu ni tak balik umah cheras. Kena temankan Maya siapkan baju untuk hari assessment dia pd 13 may. sabar ajelah. sepatutnya di hujung minggu dan kebetulan sambutan hari ibu, kita patut ada di rumah, kan? Kesian mak. Mungkin terpaksa telefon aje malam nnti.
Sebenarnya malam nnti, saya dah berjanji nak keluar ngan kawan2. Nak ke mana ye? Alahai... asyik duduk rumah aje kadang2 bosan. Hidup sebagai penulis seperti sy, tak semestinya perlukan suasana yang sunyi dan sepi untuk mendapatkan idea. Ada masa, saya suka jugak menghabiskan masa di luar. Kalau tak tengok wayang, saya dan kawan2 suka lepak minum kat kedai mamak. Tak buat apa2pun takpe... asalkan ada masa untuk bersosial. Mmg bila mendengarnya, rasa takut pulak... "Apa sosial2 ni? Eee... apalah damya ni.. " Mesti orang akan cakap mcm tu kan?
Pada saya, sosial bukan satu perkataan yang seharusnya menjadi kerisauan kepada ibu bapa zaman kini. Maksud saya, bukanlah tak perlu risau langsung tp ada kalanya, bersosial boleh membuka minda anak-anak di dalam menghilangkan tekanan. Kalau asyik mengadap buku ataupun kerja, susah jugak... Orang-orang cakap, 'Nanti jadi macam katak bawah tempurung' Tp anak-anak jangan pulak ambik kesempatan terhadap kebebasan yang diberikan mak ayah... hehe... itu dah jadi kes lain pulak... :p

Menyentuh apa yang saya lakukan minggu ni... Takde apa yang menarik selain mengadap laptop dan mencari idea untuk novel seterusnya. Bila dah bosan mengadap laptop, sy membelek novel Senafas Rindu pulak. Alhamdulillah dah selesai mengeditnya... Mungkin hari isnin atau selasa nak kena anta kat kak rubi...

Hish tak sabarnya nak siapkan novel ke6. Ntah apa pulak kisah yg saya nak paparkan untuk novel kali ni, kan? Saya sendiri teruja untuk sampai ke klimaks kisah hero dan heroin ke6 saya ni... hehe... sabar tu separuh dari iman...

damya hanna~

Isnin - 14/5/2007

Smlm terpaksa balik rumah sbb mak tiba2 kena serangan gastrik... Saya kena jaga 4 orang budak kat rumah tu menggantikan mak saya... Aduhai, nakalnya... sabar ajelah... Petang tiba, saya dah tak larat... terus tumbang. hehe...

Menyentuh ttg program menonton wayang mlm sabtu yang lalu... Saya dah rakan-rakan ke KLCC menonton tayangan lewat malam filem Spiderman 3. Filem yang memang menarik untuk ditonton... Saya boleh bagi 4.5 bintang dari 5. Grafiknya mmg bagus giler... Rasa tak sedar walaupun dah dua jam setengah dalam panggung. Sape yang belum menonton, disyorkan pergi sebelum terlewat.

damya hanna~



Damya Hanna posted @ 12:59 pm
| 4 Comments |


Friday, 11 May 2007

Alaf 21 n warga kerjanya...

Assalamualaikum...
Hai sumer... skang ni kat tmpat kerja baru, mmg takde keja nk buat selain selalu klik kat adress blog sy ni. sabar je lah. Sekejap2 nk tgk komen baru. sekejap2 nk tgk shoutbox pulak. mcm dah takde keje lain... kdg2 sampai dah berpinar mata ni. tak henti2 gak nak klik address blog.
Apap2pun, smlm sy belajar cara strumming gitar akustik yg baru dr Cikgu Razin. Hehe... kekok gak rasanya. Tp bila balik umah, dah tak sabar2 nk try. Nasib baik jd. Skang ni main gitar dah ada style... lagu pun dah dgr sikit irama die kalo nk dibandingkan ngan cara sy main dulu kala. Cuma kelemahan chord F major masih ketara. Maklumlah, jari ni pendek... terkial-kial nak tekan tali gitar.
Smlm, balik dr kelas gitar, sepatutnya ada kelas swim. Tp disebabkan membe sekelas *rahma* tak dapat hadir atas urusan rasmi, sy pun ambik keputusan memonteng kelas. Huhu... dah dua kali jadual lompang. yelah... kat kelas tu, kami dua orang je melayu. yg lain semua kaum cina. Kang sy sorang2... malu la. ;))
Menyentuh tentang novel ke6... ntah bila la nk sambung mukasurat yg seterusnya. Smlm ada gak tambah-tambah... tp nak kembangkan ayat tu, jd lemah plak tibe2... kebetulan, petang sblum tu, sy singgah alaf 21 sbb dipaksa kak molee... hehe... sbnrnya sy ditugaskan menyain buku2 untuk pemenang trionovel... ada la 15 buah buku jugak yg nak kena sain.
Smentara menyain buku, kak molee melepak ngan kak liza & warga unit langganan yang lain kat dlm kedai. Apa lagi, sy tdengar la kakak2 tu tergelak sakan melayan cd cite Mat Despatch. Kelakar betul. Rasanya, kalo sape2 kerja kat alaf, gerenti happening sbb warga kerjanya mmg happening. Dah la tu, suka bergosip... *sesuatu yg sy suka melayan bila bosan hehehe* ngan kak rubi nye... kak wan nyer lagi... Tiba2 plak si faizal *mak* dtg menyampuk. mmg tergelak aje kerjanya smlm...
Apa2pun... sy nk ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada alaf 21 atas kesungguhan menyediakan yg terbaik untuk warga novelis... Salam sayang.
damya Hanna~


Damya Hanna posted @ 1:15 pm
| 4 Comments |


Thursday, 10 May 2007

Nak kongsi gamba...

Ni sambungan dari entry pesta buku yg lalu... saya nak selitkan beberapa gambar kenangan yg sempat sy rakamkan di sepanjang pesta buku... semoga terhibur...



Damya Hanna posted @ 12:27 pm
| 0 Comments |


Wednesday, 9 May 2007

No worries No talk...

Assalamualaikum...

Berjumpa lg hari ni.Semoga semua memulakan hari dengan penuh keceriaan. Macam sy, serasanya hari nilah hr paling awal sy ke tempat kerja selepas berpindah ke tempat baru. Selepas membeli sarapan di kedai mamak Miraasa, sy terus memandu kereta ke Seksyen 14...
Sampai je kat kedai, terus on pc n laptop. Sebenarnya tak sabar nak on9. Nak masukkan entry baru. Tp ntah kenapa, tiba2 aje laptop buat hal. Boleh start tp program mcm hang. Aduhai... apa lagi, terpaksalah sy format semula laptop. Nasib baik tak byk program di hard disk C. Kalau tak, tension jugak...

Apa2pun, masalah dah pun diselesaikan. Balik dari kerja, jam menunjukkan angka 6.00 petang. Saya lepak2 jap kat depan tv. Abis tgk cite, Manja Lara (TV3) dan Demi Waktu (TV1), saya terus bersiap2 nak ke Gombak. Macam biasa, lepak2 ngan membe. Hari ni, saya meredah tmpat baru kat Gombak. Selalunya, kitorg lepak kat Mali ataupun NZ. Tp mlm ni, kitorg lepak kat Sate Hj. Samuri. Alahai, mcmlah takde sate ni kat kajang. Takpelah... pitt ngan ana punye pasal. Lgpun, dpt kenal membe baru... Lyn nama die... membe Ana. Tp sy tak dpt nak borak byk2. Ntah la... tibe2 je tersedak. Nak bercakap pun cam pendek nafas...

Perkembangan terbaru... saya masih lg mendraf novel ke-6... Dah stat bab 1 semalam tp lum abis lg... pening lak bila nak mulakan kehidupan hero dan heroin ke6 sy ni... tp takpe... ada org ckp, 'Pelan-pelan kayuh!' :D

damya hanna~


Damya Hanna posted @ 1:26 pm
| 2 Comments |


Tuesday, 8 May 2007

Kenangan Pesta Buku 2007..

Assalamualaikum...

Demam pesta buku sudahpun berlalu. Ermm penatnya bagaikan belum hilang rasanya. Alhamdulillah... melihat para pengunjung yg tak putus-putus membuatkan saya berfikir... ibu bapa sekarang telah banyak mendedahkan anak-anak zaman masa kini kepada dunia ilmu pengetahuan...Itu menunjukkan sesuatu yg positif. Patutlah anak2 sekarang ni bukan main lg pemikiran mereka. Contoh terdekat adalah anak sedara saya... aduhai, baru berumur setahun, dua bulan... mulutnya tak henti2 membebel dengan bahasa keletahnya...

Agenda selepas berakhirnya pesta buku...

1. Memulakan plan untuk novel seterusnya... Macam biasa, cari nama watak (sebenarnya dah dapat), karektor, lokasi dan jalan penceritaan... Alhamdulillah semua tu dah pun saya drafkan... tinggal nak goreng aje....

2. Membaca semula novel Senafas Rindu yg telah dicetak, atas permintaan Kak Rubi... kena edit balik. kot2 ada salah eja ke apa ke yg tertinggal... :p

3. Nak kerap meninggalkan catatan di blog (Ha ha... berjaya ke?) kalau buleh, nak cantikkan lagi blog sy ni. Tgk blog org lain, mcm menarik je. Jeles tul...

4. Launching??? (Bergetar rasa lutut bila memikirkan perkara tu) Malas nak komen!!

5. Nak berlatih gitar bersungguh2 sampai boleh memainkan lagu Scorpion (Wind Of Change) dan Muse (Unintended) dengan lancar. Sekarang ni, bunyi lagu asyik sumbang aje... Huhu...
Sebenarnya, ada gambar2 yg sempat sy rakamkan sebagai kenangan, di sepanjang Pesta Buku 2007... Saya nak selitkan di sini tp disebabkan saiznya agak besar, terpaksa saya kuburkan niat.
Apa2pun terima kasih kepada para pengunjung yg sudi meluangkan masa di sini...
Kenangan beramah mesra di pesta buku 2007, akan saya selitkan di dalam hati selamanya...
P/s :: Takziah diucapkan kepada ahli keluarga novelis Fazie Hanna yang telah kembali ke rahmatullah semalam... Semoga rohnya dicucuri rahmat...
salam sayang.
damya hanna~


Damya Hanna posted @ 5:00 pm
| 5 Comments |


Wednesday, 2 May 2007

Senafas Rindu - April 07


Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai dirinya masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar dilupakan dari ingatan.

“Shafika, awak seharusnya tahu kasih saya umpama meredah lautan yang tidak bertepian!”

Pemergian gadis itu diratapi bersama memori. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur dari pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Takdir yang menemukan mereka, berjaya mencuri tumpuan Fariz untuk menyelami perasaan yang berkisah.

“Kalau you masih nak teruskan hubungan you dengan dia, I rasa you takkan bahagia.”

Kata-kata itu menimbulkan keresahan di dada. Biarpun benci dengan kewujudan lelaki yang tidak dikenalinya itu, Vivianna akur setelah menyedari kebetulan yang tercipta buat dirinya dan Fariz. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap.

Vivianna tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir di dalam episod kehidupannya. Kelvin adalah kenangan dan kehadiran Fariz adakala mencuit hati kecil wanitanya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat dirinya untuk berangan-angan lebih tinggi. Dia rela menjadi pertaruhan asalkan Fariz tidak dijadikan mangsa kepada insan yang mementingkan darjat dan keturunan.

“Walau apapun berlaku, aku berjanji akan menjaga kau hingga ke nafasku yang terakhir.”

Hidup ini sebenarnya sukar untuk dijangka. Ada yang indah. Ada yang pahit. Yang pastinya, setiap yang berlaku itu telah tertulis sejak azali. Bagi Fariz, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran gadis tersebut. Walau tiada cinta yang wujud di saat kali pertama bertentangan mata, dia pasti sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan. Dia sekadar berserah! Antara tiga nama yang tercetus di hatinya, Fariz hanya mampu memilih satu. Antara Shafika, Vivianna dan Siti Zulaikha, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya.

“Selagi ditakdirkan bersama, aku akan pastikan kau hidup bahagia dengan aku.”
P/s : Sesiapa yang dah dapatkan novel terbaru saya, harap2 sudilah beri komen selepas membacanye ye... Salam ;)


Damya Hanna posted @ 9:13 pm
| 16 Comments |