<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Tuesday, 27 November 2007

Masalah.... sibuk... ntah lah!


Setiap orang ada masalah. Tak penah dlm dunia ni manusia hidup tanpa masalah. Yupp... untuk menjadi manusia yg normal, kita sebagai manusia akan sentiasa diuji dengan pelbagai masalah baik yg besar mahupun yg kecik.

Seperti juga me yg lately ni ditimpa dengan bermacam2 masalah. Tension tu biasalah. Siapa yg tak tension bile tibe2 terpaksa menghadapi semua tu, kan? Hurmm... kena gak hadapinye...

Dah agak lama jugak me tak meninggalkan catatan kat ntry blog. Rindu... siyes! Tersangat rindu nak tgk komen2 org then masuk blog rakan2 tercinta me. Arghh... maaf lah wahai rakan2 sekalian. me agak kesibukan dgn mcm2 perkara yg berlaku sejak akhir2 ni.

Me kene siapkan manuskrip tp mcm dah tak yakin leh siapkan end of diz year. Kekadang ngadap manuskrip dr pg smpai ke malam tp dpt tulis dua tiga page A4 aje. Mmg tension! Mata penat sbb berulang kali baca perenggan yg sama. Tp... paling tidak pun, me dah taip lebih separuh dr yg me bajet tuk manuskrip kali ni.

Keylah all... mgkin wat masa ni... ini ajelah cite terbaru dr me. Pas ni, kalo blog me tak berapdet, me mintak maaf byk2 sbb tak dpt nak tumpukan perhatian pd blog untuk tempoh2 akhir thn ni. Harap sumer mengerti. Salam ;)


damya hanna


Damya Hanna posted @ 5:16 pm
| 10 Comments |


Thursday, 22 November 2007

Oh hariku yg berlalu...


Umah kelam kabut giler diz week! Sebabnya dapur masih direnovate & mak terpaksa masak kat luar. Bila masak kat luar, adik2 (bdk yg mak jaga) plak mengacau. Bile adik2 mengacau, maka akan mengamuklah mak ngan karenah adik2 yg sangat nakal.

Adesss, kalau me diberi peluang untuk mengangkat tangan dan mencubit kulit-kulit halus itu, telah lama agaknya me ditahan atas kesalahan melakukan penderaan kepada kanak-kanak yg tidak berdosa. Tapi, apakan daya... mereka hanyalah manusia kerdil & sedang meningkat dewasa. Zaman2 sebegini pd mereka adalah waktu untuk mereka mengenali hidup & ingin mencuba itu dan ini!

Yg peliknya, mengapa mak tak serik2 mahu menjaga mereka? Tidak penatkah emak setelah membesarkan me & adik-beradik lain seramai 7 org itu? ermm, itulah sbnrnya yg dinamakan kasih sayang. Kasih ibu tidak pernah berbelah bahagi... kasih ayah pula tidak harus diragui. Maka, tidak salah kita berkongsi kasih sayang sesama kita.

Ish, apa yg me merepek skrg ni? Ntahlah... me pun tak tahu. Semuanya gara2 tidur pg me diganggu dengan suara mak menjerit dan memanggil nama me & maya supaya menengokkan adik2 yg mengamuk tak tentu pasal sementara emak melakukan rutin hariannya.

Maka, seperti kebiasaan me tidak bekerja hari ni (haha... kat atas tu sumer alasan me nak cite sbb me tak gi keje hari ni...) =))

Kalo nak diikutkan, me mmg cadang nak gi keje sbb ptg kang rasanya ada klas gitar yg perlu dihadiri. Tapi, pg ni tgk mak terkejar sana sini me mmg rasa kesian (yg ni bkn alasan tp betul2 kejadian). So, me mengambil keputusan untuk tidak bersiap2 ke shah alam. Me tolong mak setelkan adik2 lepas dierang mandi, lyn dierang makan jap then sidai baju. Masak? Ermm... harap kalian sumer mengerti :

Semalam, takde ape yg luarbiasa berlaku.. Eh, ye ke? Akceli ada gak satu peristiwa yg lain dr yg lain. Tp, tak yahlah kot cite kat sini.

Manuskrip plak masih mcm tu. Dah dua tiga hari lum bergerak sgt. Nak taip, maya lak sibuk pakai laptop. Seb bek mlm td dah format pc. So, laptop ni takkan lah dibuat mcm hak milik die lg. Huhu... InsyaALLAH misi menyiapkan manuskrip akan diteruskan...

Tu je kot citenye... jumpa lg!!!


Damya Hanna posted @ 11:56 am
| 3 Comments |


Tuesday, 20 November 2007

Hepi...! Dpt sumthing lak tu

Ermm dah beberapa hari meninggalkan dunia ntry kat blog, rasa cam terlupa plak nak tulis ttg ape. Tp, rugi kalo me tak tulis ntry kali ni. Sbbnya nnti me terlupa ape yg berlaku & tak smpat abadikan sebagai kenangan. Huhu...

Hari ni, me tak gi keje cam biasa. Sbnrnya bukan hari ni je, dr semalam lg me tak gi keje. Oppss... hari Jumaat hari tu pun same. Haha... Tak kisahlah korang sumer nak kate ape.

Me bgn awal gak hari ni sbb teringat yg me ada janji ngan sum1. Nk temankan die beli hp kat plaza low yat. Kebetulan, umah agak kelam kabut sbb dapur tgh di renovate utk keselesaan para penghuni rumah. So, lps bgn tu... cadangnya nak sambung tido tp mata dah tak leh lelap. Kebetulan sms masuk, me layan sms tu smpai la dlm kul 10, me on9 jap. Borak2 ngan shem & paiz & min.

Adesss lawak tul perbualan kami hari ni. Byk bermain2 status ym. Tp yg paling ketara, me, shem & min.. Bertukar2 status smpai me rasa penat & tgk jam dah agak suntuk. So terpaksa undur diri.

After Zuhur, me kuar umah. Jumpa & temankan sum1 smpailah jam kul 4 lebih then kitorg g makan. Akceli, me rasa hepi sesangatnye hari ni. Sebabnya, me tak sangka pertemuan me & sum1 agak berbeza dr selalu. Nak tau nape? Sebab me dpt sumthing dari die. Benda ni bukanlah hadiah tp pada me bolehlah dikatakan mcm tu. Kalo nak diikutkan, me mmg nak benda ni & sum1 tahu yg me nak benda tu cuma kewangan tidak mengizinkan, so die nak belikan dulu & afte berkesempatan me leh bayar balik kat die.

Mula2 me tak nak jugak sbb yelah segan la kan nak pakai duit org. Tapi, disebabkan die dah beria2 nak belikan gak... so, me terima ngan berat hati walaupun agak kembang kuncup gak idung ni. Hehe... Tp, me ttp janji nak bayar bile ada duit wpun sum1 ada jawab camni... "Nak bayar bleh, tak nak byr pun xpe! Kalo nak byr lambat2 pun xkisah. Lepaskan ape2 patut yg dulu!"

Statement die! Ish... tak leh. Tak leh! Me kena byr gak. InsyaALLAH... :P


Damya Hanna posted @ 9:40 pm
| 12 Comments |


Thursday, 15 November 2007

Tak bestnya rasa....!

Mud me terganggu tibe2. Nape? Ntahlah. Pdhal td sumer ok. Berjalan lancar & hepi sgt wpun perut masih sakit gara2 gastrik smlm.

Me rasa mcm ada sesuatu dlm hati me nih. Terasa mcm nak nangis je sekuat hati. Tensionnye. What happen to me akceli? Huh... please don't say anything! Just give me some space so dat i can control myself, mymind & everything...

Me tak suke bile perasaan yg bukan2 ni menyerang. Nak luahkan pd sape? Me tak tau! Just bleh berkata2 dlm hati. Just bleh berfikir sendiri. Sbb me jenis yg suke pendam ape yg me rasa. Me tak suke nak kongsi cite kecuali me rasa org tu bleh dipercayai & mampu bg nasihat yg berguna untuk me.

Ermm emosional nye me mlm ni... Hmmm... ntahlah. Hati me masih lum lega sbnrnya. Hopefully, lepas tido ni sumernya akan terkubur bile me bgn sok pg. Me nak sok, hari yg paling ceria pd me. Doakan me berjaya! Amin...


Damya Hanna posted @ 11:53 pm
| 8 Comments |



Gastrik menyerang!

Me tak gi opis smlm sbb me diserang gastrik. Cian kan? Ntah camne leh sakit perut yg teramat sgt pg smlm sampai la ke mlm. Hari ni pun akceli perut masih sakit. Tp sbb ada keje yg nak kene setel, me singgah gak opis skejap.

Akceli, hari ni merupakan hari yg agak spesel. Nak tau nape? Sbb...ermm.. takpelah. Biar me jelah yg simpan rahsia ni! Hehe...

Ptg ni insyaALLAH ada clas. Harap2 me larat nak gi clas sbb dah 2 minggu tak jumpa cikgu. Tak pasal2 lupa plak teknik bermain gitar :-ss

Keylah... nak kene stop. Me tahu ntry me pendek2 je lately ni. Saje camtu sbb pjg2 kang jd novel lak. :))

Salam ;)


Damya Hanna posted @ 12:36 pm
| 4 Comments |


Tuesday, 13 November 2007

Keje... ade gak rupanya!

Hari ni me agak kesibukan menguruskan hal2 di kedai. Okey, me tau sumer tak percaya bile me kate me ade keje sbb mmg selalunya me dtg kedai hanya mengadap laptop, on9 ym, lepak kat forum jazz, blog dan sbgainya xtvt lain.

Tp hari ni, me tak tipu yg me mmg ade keje yg kene setelkan. Mula2 namecard paiz (3 boxes) yg dah siap design tp lum print (sori paiz, abg aku kebzan. Kalo ko tgk die, kesian gile sbb rambut tak sempat bersikat pg td.. "agaknyelah ke mmg rambut die camtu :))"). Then namecard Gab (4 boxes) yg dah siap design tp mcm tak menarik je tgk. Pastu namecard Dany "dak jazz" yg dah setel. Lastly, Agon lak order lg 3 namecard, person yg same. Sumer tu dah watkan me tak sempat mengadap laptop mcm selalu.

Kebetulannya, ada kad kahwin yg kene poskan ke Johor hari ni. Me setelkan mende tu dulu baru dpt siapkan namecard2 lain. Skang ni dah lega skit sbb sumer keje hampir kehabisan.

Akceli, smlm me tak gi opis di sebabkan kesihatan yg tidak memberi keizinan. Manuskrip pun belum bergerak byk sbb dua tiga hari ni agak bz ngan keje2 lain. InsyaALLAH mlm ni, nak setelkan sikit2 ape yg dah ditulis. Kalo dpt edit ikut susunan normal me, mesti dah byk gak tu....

Keylah, me nak kene stop ni! Me nak balik umah. Daaa....


Damya Hanna posted @ 5:22 pm
| 6 Comments |


Sunday, 11 November 2007

Still in that sindrom...

Manuskrip me masih mcm tu. Bergerak senada dgn mud & idea me setiap hari. Ada mud + idea adalah geraknya. Kalo tak... ermm! Apa yg pasti me akan cuba gak siapkan hujung tahun ni. Kalo tak berjaya... heheh, maybe there's sumthing i need to do. Kurung diri dlm bilik, jgn keluar sebulan. Konpem siap!

Hari ni VF mengadakan xtvt ber'paintball' kat Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. Ikut perancangan, me nak juin. Bukan nak main tau, cuma nak juin tgk. Tapi, disebabkan ada masalah2 tertentu yg tak dpt dielakkan, me gagal juin kekawan kat Bukit Cahaya Sri Alam (kalau tak silap la) ptg td.

Cuma, lepas setel acara sukan lasak tu... dak2 VF nak lepak minum & makan kat kedai mamak yg me biasa gi kat sec 9. Kat situ, baru me dpt juin skali. Fuhhh ramainya. 1st time, me tgk mamak tu pening kepala layan karenah kekawan me yg seramai 30 org kot. Haha...

Ermm... lupa nak cite, smlm me ngan dak2 VF gi open house umah AGUS kat Sg Buloh. Makan Bakso bestnya... Dua kali me tambah. Ngan kuih raya yg mcm2 jenis, rasa mcm teringat2 je smpai ke hari ni.

Akceli, sindrom malas mengapdet blog ni masih lagi belum pulih. Siyes me takde cite nak storykan pd sumer. Arghhh... tension!!!


Damya Hanna posted @ 11:18 pm
| 5 Comments |


Friday, 9 November 2007

Sindrom yg bukan2...

Me bermimpi lagi. Mimpi yg cane? Susahnya nak menggambarkan ape yg ada dlm mimpi. Tambah2 mimpi ni mmg dah kite tau, ia adalah mainan tido...saje nak isi masa kegelapan kita, supaya kita boleh kenang pd esok hari. Mimpi ni kekadang ada petandanya. Terpulang pd kita nak terima mimpi tu dari sudut negatif ataupun positif.

Tutup cite ttg mimpi... Akceli, me baru je balik dari open house kat umah mak mentua abg sulong me. Aritu makcik ni dah wat open house tp kali ni sbb anak2 dia nak celeb8 besday dia, so kami sekeluarga diinvite lg.

Bestnya menu die...ada soto, macaroni, nasi lemak ngan desert. Tapi me makan soto (2 kali me tmbah) ngan macaroni je. Balik cepat pun sbb mata dah ngantok. Sok plak dah ada plan nak gi open house umah agus. B4 tu, nak kene gi Puchong amik banner yg diorder oleh paiz. Ermm...

Skang ni jam dah menunjuk ke angka 11.30 mlm. Me baru je jenguk2 blog & tersedar yg dah bbrp hari gak me tak tinggalkan catatan. Mcm ilang idea pun ye. Tak tau nak cite pasal ape. Honestly, sindrom yg sama berlaku kat blog me yg lg satu. Nape ntah ngan mud me lately ni. Nak kate tak hepi, tiap2 haripun ketawa. Nak kate sdg bersedih, tak de plak me termenung melayan perasaan.

Tapi, me rasa sindrom malas nak mengapdet blog ni ada kaitan dengan kesibukan me mencari idea tuk novel ke6 me skrg ni. Yeah... page mmg bergerak tp masih tak byk. Idea sentiasa idea, mud plak tk selalunya sempura. Ecehhh... ayat cam berpantun plak! Huhu...

Oh ya, mungkin gak sindrom ni ada kaitan ngan feeling yg sedang berlegar2 kat pikiran me skang ni. Yeah... i miss my sum1 very much. Kalo buleh ditimbang, mgkin dh berkali2 jarum penimbang tu berpusing ikut arah putaran jam. Masuk hari ni, dah 6 hari sum1 tu tak kirim apa2 berita. Apakah dia juga mengalami situasi yg sama dgn me skrg ni? Ehem...ehem...blushing la plak!


Damya Hanna posted @ 11:45 pm
| 10 Comments |


Wednesday, 7 November 2007

Kemaafan... indah andainya terungkap!


Maaf! Merupakan satu perkara yg paling susah dilakukan oleh sesiapa saja. Nampk ejaannya mudah tp untuk mengungkapkan, ada di antara kita yg akan berfikir byk kali. Me sendiri akui, bila me lakukan sesuatu kesalahan... untuk mengucapkan maaf terasa bagai ada batu yg menghalang. Kelu lidah nak mengeluarkan apa yg tercetus dlm hati. (Me tahu perenggan pertama me ni agak puitis : ala2 novel gitu). Huhu!

Apa yg membuatkan ntry me bertitle kemaafan utk hari ni? Sbbnya smlm merupakan satu waktu yg amat bermakna pada me. Mgkin juga pd Shem! Setelah menghitung waktu sejak minggu2 terakhir ramadhan yg lalu, akhirnya kami didatangi satu mesej dr ssorg yg kami nnti2kan.

"Salam, td intan pan ada cita kat aku. aku nak mintak maap byk2 ngan ko n shem. kdg2 aku x sedar silap aku. mmg smua salah aku sblum ni. aku arap ko maap kan aku. sori xjuin bday ko. aku nk jumpa ko ngan shem bcoz nk mintak maap...aku xpenah lupa korang."

MSg yg me terima berbunyi camtu. Masa nampk nama yg tertera di atasnya, me tiba2 terasa hati me cam terharu. Kata2 kat msg tu wat me ilang rasa marah kat pemilik yg menghantarnya.
Akceli, tak ramai yg tahu relationship antara me shem & padli agak keruh sejak dua menjak ni. Me sendiri kdg2 kurang pasti, betul ke kami bertiga dah tak serapat dulu? Bile me duk fikir2 baru me sedar yg hubungan persahabatan kami seakan2 dah lama berakhir (Tp me ngan shem semakin close lak lately nih :P).

Me tak tau punca yg sbnr kenapa me marah ngan padli. Me tak tau sbb utama yg me tahu, sikap die kebelakangan ni mcm dah lain. Dia dah tak mcm padli yg me kenal satu waktu dulu. Yg byk mendengar luahan hati me masa me menghadapi kemelut (ayat novel!) ngan dak2 VF setelah setahun me menyepi satu ketika dulu.

Apa yg pasti...me mmg berkecil hati. Kalau nak diikutkan, me tak nak pjg2kan ape yg me rasa sbb fikir kemarahan me mcm kecik je. Tapi, masa open house VF aritu, me mcm dah tak leh nak simpan rasa bengang kat padli. Dpn2 die, me ngan shem wat2 tak kenal. Dia tak tego kitorg, kitorg pun tak tego die padahal kami duduk makan di meja yg sama. Pdhal jugak, kami pernah bersama2 mengharungi susah-senang idup sebagai perantau di Bangkok bbrp bulan lalu selama 4hari 3mlm...

Apa2pun, semuanya dah berlalu! Me ngan shem dah maafkan padli. Dan Padli pun dah maafkan kami berdua (Tp die kate kt msg smlm yg me ngan shem takde salah ape2...) Hehe... bukan ape, just mintak maaf sbb takut die lak dlm diam terkecik ati ngan cara kami.

Ne way... me harap relationship kami akan pulih seperti sedia kala.

Jgn ada benci! Setiap manusia tak akan pernah dpt melarikan diri dari diduga. Mgkin dlm tempoh ni, ALLAH nak menguji hati kite untuk melihat sejauh mana kekuatan kita dlm mengekalkan perhubungan persahabatan. Ya, kita cuma manusia biasa yg sentiasa berbuat salah dan silap. Maka, penawarnya adalah kemaafan!

To Intan PAN:: Tq very much sbb dah membantu memulihkan relationship kami. ;)


Damya Hanna posted @ 4:22 pm
| 12 Comments |


Tuesday, 6 November 2007

Kekalkanlah...

Pg td (merujuk kepada pg smlm), me tak berkesempatan mengapdet blog. Ke'bz'an yg teramat. Bz ke? Statement cam ampes... me tahu! Tak yah ckp pun me tau ape yg terlintas di pikiran rakan2 yg dah mengenali me bile dierang bace ntry nih. Huhu...

Me dah tak nak cite pasal xtvt yg me wat pg td sbb sumernye me dah citekan dlm ntry yg sblumnya. Then, apa yg me nak citekan dlm ntry nih?

Akceli, time ni me tgh wat keje. Mcm biasa, still carik idea tuk kembangkan isi2 draf manuskrip ke-6 me. Alhamdulillah... dah bleh nampak jalan cite yg me nak sampaikan. Nak tau ttg ape? Me tak leh bagitahu sbb rahsia!

Tgh wat2 keje, pikiran me mcm ada idea nak wat ntry kat blog. Yupp... sbnrnya me dah dpt idea lepas berborak2 ngan maya dlm keta td. Cuma tak tau nak start dr mana. Skrg, bleh la me teruskan niat nak mendraf blog kan? Tadi dlm keta, Maya ada kuarkan satu statement ttg diri me...Yg dah buatkan me asik terfikir2.

Menurut maya, "Me senang jumpa org yg me suke tp susah nak dpt orang yg me cinta!"

Nape Maya kate gitu? Sbb perbualan kami td byk menyentuh ttg relationship me ngan sum1. Then, ttg sikap sebenar me terhadap lelaki selama ni. Nape bleh berbual perihal nih plak? Coz, lately nih me didampingi ngan persekitaran yg berkaitan. Yupp... me dpt tgk mcm2 jenis perangai manusia di sekeliling me. Yg sorang camtu, yg sorang camni. Yg dah berpasangan camtu, yg lum berpasangan camni. Susah nak duga sikap manusia ni kan?

Cumanya me harap hati me tak mcm sesetengah manusia yg senang beralih arah. Tak stick pd sst perkara dan cepat lupa hari2 bahagia yg berlalu. Me tak nak camtu! Dlm konteks ni, me bercerita ttg lelaki. Ttg hati & perasaan ssorg yg kite dah sayang. Me nak bile me dah sukakan ssorg, me akan terus sayangkan die. Terus sukakan die biar susah manapun kehidupan yg kami lalui nnti. Tapi, mampu ke me jd manusia yg kuat mcm tu?

Ntahlah. Me tak berani nak berjanji. Tapi... me bleh berdoa dan mintak pd ILLAHI agar hati me ni terus setia dan menanti andai ditakdirkan me kena menanti. Jgn sekali2 me cepat melatah ngan dugaan yg melanda. Hopefully!

Me akui, mmg me senang jumpa org yg me suka. Tapi, tu dulu kot! Sekarang ni? Yeah... mgkin disebabkan kehadiran sum1 dlm hidup me lately ni dah buatkan mata me buta untuk memandang yg lain. Dan buatkan hati me dungu nak rasa perasaan yg bukan2. Ajaibnya kuasa 'tu', kan?

Hmm... mgkin ada sesetengah yg bace ntry ni nnti tak bape mengerti maksud yg me nak sampaikan. Its okey! Me tak kisah pun sbb yg pentingnya, me nak tinggalkan catatan supaya satu hari nnti bile me bace balik ntry ni, me akan ingat ape yg sedang berlaku pd persekitaran me skrg nih. Itu yg paling utama!

Adess... ntry yg penuh beremosi! Nape nih? Sbb me rindu kat dak bawah ni kot... :">
Lama tak tgk cite popeye :))


Damya Hanna posted @ 2:28 pm
| 14 Comments |



Yolz Nikah





Alhamdulillah... Selamat dah seorang kawan Vf me bernikah hari ni. Dengan 2 kali lafaz, Ridhwan bin Idris ataupun nama samaran dlm Vf: Yolz berjaya menjadi suami kepada Zarita atau nama Islamnya, Syafiqah bt Abdullah (membe VF me gak) lebih kurang kul 11.30 pg bersamaan 5 November 2007.

Me bersyukur sgt2 sbb ramai rupanya kekawan me dah beralih peringkat. Dr remaja ke dewasa. Dari bujang ke title berumahtangga. Tak sangka yg zaman seronok2 kami dah berlalu dan masing2 dah pandang ke masa depan!

Ne way... congratulations to Yolz & Ita... Moga jodoh berkekalan hendaknya! Thanx jugak kat kekawan lain yg sudi turun Shah Alam bg menyaksikan majlis akad nikah Yolz yg simple kat Surau Bangunan Sultan Idris Shah Alam pg tdi. Antara yg hadir : Sis Mia, Annieza, Idazgirl, Wan Ed, Agus, Mamat & Cikgu Zaini. Pd yg tak dpt hadir, its okey. Ada gamba2 yg dah diambil sebagai kenangan! Huhu...

Abis acara menikah, me terus cabut ke opis. Tgh ngadap laptop nk update blog tibe2 AGus col ajak lepak minum kat Miraasa. Bergegas ke sana... ada Wan Ed, Agus, Mamat & Zaini. Zaini tibe2 bg kad kahwin die lak. Ish... sorang lg dah nak kawin. Me bile lg? Huhu... lambat lg kot. Lum tibe masanye. Calon? Ehem...ehem...:P

Tgh lepak2 tiba2 Gab nak dtg & a few minutes later, pengantin baru smpai & juin lepak ngan kitorg. Borak itu ini, me terpaksa undur diri sebab baru teringat yg kat kedai takde org. Ish... Agus & Gab nak dtg opis lak, nak pakai intenet. Sabar jelah. Dah la pakai intenet, then menggunakan ym id me duk nyakat paiz, elina & Shem. Cian dak2 tu. Seb bek me smpat tersedar. Kalo tak :-ss

Pas Gab abis gune intenet, die juin Agus kat pc me lg satu. Me lak amik alih laptop. Terus borak2 ym ngan Shem & tetiba Shem suh wat Conf ngan mol. Bertiga mami jarum mcm biasa. Tgh syok2 MJ, Paiz lak nak juin sekali. Sebok je dak tu. Me pun bermurah hati invite. Berempat MJ smpai la maya tetiba SMS gitau yg die dah abis xm & suh jmput. Adesss... me terpakse undur diri. Tak dpt nak borak lama2 ngan dak 3 org tu lg. :-<

Tak kisahlah kan? Yg penting, ape yg kami MJ kan hari ni dlm conf, tamat hari ni. Malas nak cite2 dah akan dtg (wpun kekadang ade gak tercite2). Tmbh2 bile me ngan Shem ngumpat pasal dak sengal kami tuh (bkn dak sengal Mol tau). Menyampah gilosss. Tak tau la die sedar lg ke tak yg die dah jd dak sengal pd kami. Yupp mgkin die sedar tp wat2 tak sedar. Tp kalo dah sedar tu, tnyelah kan? Meluat tul! Dah byk kali spend masa sama2 tp tak reti jaga hati kekawan. Tak tau nak pikir ape yg diri sendiri dah buat sblum2 ni! Ermm...:(

Keylah... gtg... dah panjang lak ntry ari ni. Bye. Askum... ;)


Damya Hanna posted @ 12:19 pm
| 16 Comments |



Open House VF!



Penatnya... me baru je sampai Shah Alam. Pas mandi & bersihkan diri, terus mengadap blog.

Hari ni, hari yg paling panjang me berada kat luar & menghabiskan masa ngan kekawan VF di hari raya... Semuanya sbb VF Open House yg diadakan kat opis kak aienz : Wangsa Melawati. Bestnya! Penat mmg penat tp... Ada geng Vf dari JB yg turun, penat mcm tak terasa. Akceli, me takdelah rapat ngn budak2 JB ni. Tp ada bbrp muka yg me kenal, so... rasa best giler bile dpt jumpa dierang. Ada plak si Komeng yg mmg suke mengarut sakan. Terasa nak pecah perut sumer melayan dak sorang nih.

Awal pg, me ngan maya bertolak dr Cheras. Gi amik shem & mol kat Sentul, then gi anta Satay kat tempat kejadian. Kalo tak silap, kul 12.15 tghari kitorg sampai sana. Lepak kejap2 ngan AJK, then kitorg berempat gi berjalan kat Jusco Wangsa Maju jap sbb nak carik present Zana & Elina. Pastu patah balik kat Wangsa Melawati sampailah petang lepak sana. Gelak2 & gosip2 ngan shem then layan membe2 yg baru kenal & dah lama kenal. Tapi, me mmg byk lepak ngan Shem & mol hari ni. Giler arrr... duk ngan dierang, mcm2 yg kitorg cite. Kejap pasal org tu, kejap pasal org ni. Mmg bercerita mcm tak ingat dunia! Sama mcm kat JB aritu. Haha...

Abis xtvt kat Wangsa melawati, terus kitorg bertolak ke umah Elina. Pergh... makan yong tau fu mmg tak terkata sedapnya. Tambah plak rojak buah kat umah El, sehingga menjilat jarilah senang cite!

Ermm... minggu ni, mmg byk giler me lepak ngan dak2 vf. Agak penat sbb byk kuar sana-sini. Jom me flashback!

Khamis : Komeng dtg sini. Me, shem, mol, zana & maya gi lepak Malinja & spend masa smbil borak2. Siap jumpa Nora Danish lg. Comel giler minah sorang nih!

Jumaat : 1st time dlm semester maya belaja nih, me tak balik umah Cheras bile tibe hari Jumaat.

Sabtu: Open house umah gab. First time kot jumpa dak2 Vf reramai kat shah alam. Then, celebrate besday zana kat Miraasa. Seronok wpun Shah ALam ni cume tmpat menyewa sementara me je... Rasa mcm tuan umah lak pdhal gab lg tuan umah yg sebenar. :p

Ahad a.k.a hari ni : Open house VF & Elina. Hari ni dr kul 12 tghari smpai kul 6ptg, me melepak kat luar.... Cian maya melangok je. Dah la esok die ada final paper! Tp, dia yg nak ikut, sape suh kan? Hehe...

Keylah.... ni je yg me nak cite rite now. Kat bawah ni, ada gamba yg me upload. Silalah renung2kan. Hehe...








Budak syok sendiri :

Papa & mama

Sape nye kupiah ntah tertinggal dlm keta me :))



Damya Hanna posted @ 12:13 pm
| 8 Comments |


Friday, 2 November 2007

Flashback dlm flashback!

Psstt... ape yg me wat smlm? Citenya ada kat bawah ni.

Yeah...skang ni dah kul 12.39 tgh mlm. Me baru balik melepak ngan dak2 VF (Shem, Mol, Zana & KoMeng) + Maya my sis. Tak gi mana2 selain Malinja pekena Char Kuey Tiow sbb meraikan kedatangan Komeng ke KL sblum dia berangkat pulang ke JB esok pg. Mula2 bebudak nak lepak kat Kg Baru tp me nak gi Malinja gak sbb rindu nak makan Char Kuey Tiow Mali.

Td kami tak dpt nak lepak lama2 sbb Komeng dtg mengejut & masa free die agak suntuk. Start melepak kul 10 smpai kul 11.15 mcm tu, muka masing2 mcm dah layu. Ne way... dpt gak borak2 & dgr lawak 'paintball' komeng yg hanya kami berlima yg tahu. =)) Ampes tol. Dlm lawak2, me asik nak terpijak kaki Meng aje. Sori meng! Didn't mean to do that!


Sblum kuar umah td, me dah janji ngan maya nak tido lambat mlm ni. Konon2 nak wat keje. Tapi mate ni tibe2 cam ngantok plak. Pdhal dah minum nescafe kat Malinja td. Ish...

Takpelah... mmg me nak menulis novel pun jap lg. Tapi sblum stat wat keje, me kena setelkan draf blog dulu. Yupp... selain blog ni, me nak setelkan draf entry untuk my another blog. Wat masa ni me lum ada idea nak tulis ttg ape.

Keylah. Me nak chow....Kat bawah ni, ada entry yg me dah draf pg smlm tp tak dpt nak post... silalah nikmati :

Lima minit sblum kul 8.00 pg, me terjaga dr tido. Ya ALLAH... lama giler me tido dr smlm. Macamana leh jd cenggini? Mebi me penat giler lepas balik dr keje. Pdhal bukan wat apepun kat opis selain melayan blog & berym ngan shem, min (crime partner), paiz & lela.

Kebetulan smlm me pose. 1st day posenam after ramadhan berlalu lebih dua minggu lamanya. Alasan ntah ape2 je kan? Tapi, yg pasti mmg me rasa penat giler. Badan letih semacam. Pas bukak pose, me layan cite cina tv2 (Wars of in laws). Cite ni lawak giler. Pasal menantu ngan mentua bergaduh. Kalo masa awal2 dulu lg lawak sbb byk giler scene bergaduh & part2 menantu die bercintan-cintun ngan hero cite nih. Cara dierang bercinta tu mcm kelakar je & nmpak sweet. Heheh...maya nyer pasal, me layan balik cite cine petang2.

Abis cite cina, solat maghrib & isya, me cadang nak wat keje. Cam biasa, manuskrip me yg masih didraf untuk bab2 akhir. Last2 me baring jap. Tetiba me rasa dunia cam gelap je. Sedar2 jam dah kul 5.00 pg. Me sambung tido balik & masa terjaga td, baru perasan me tak solat SUBUH. Adess... kan best kalo Shem ada. Leh kejut subuh cam kat Johor aritu. :)) Then, kalo sum1 tu ade... die mesti col kalo me suh tolong kejutkan. Ada sekali tu, dua kali sum1 tu col sbb kejutkan me SUBUH, pas kena bebel baru me bgn. Haha... Me sangat liat nak bgn pagi! (Pinj ayat Cha & mol jap).

Akhirnya, me mengambil keputusan untuk tidak berpose pd hari ni. Sebabnya, me tak niat mlm td. Aduh, rugi jek tak dpt pahala pose sunat Khamis. Tp nak wat cemana.

Ptg ni, nak tak nak... me kena gak gi clas gitar. Malas cemana pun, me kena gi sbb dah janji ngan cikgu smlm. So, sblum keje, me nak kene pektis. Mmmm...

Sekian dulu cite me ttg hari smlm...

Mesti korang sumer pening sbb ntry me kali ni mcm flashback dlm flashback kan? (Flashback dlm flashback ni macam me cite psl smlm pastu me back lg pd cite sblumnya plak) Haha... Padan muka... saje me nak peningkan sumer yg membaca. Me suke bile korang pening! :P

Ermm... ape yg me nak cite tuk hari ni plak? Me lum ada idea. Tp masa baru bgn tido td, mmg me dah ada idea. Pasal mimpi! Sbb Chit & Shem penah cite pasal mimpi dierang, so me nak cite pasal mimpi me plak. Smlm tido me mimpi ntah ape2. Yg me ingat, kawan UKM me yg nama die Zuraini (tkdelah rapat ngan dak ni tp termimpi die plak) potong rmbut me sbb dah bercabang teruk. Then masuk part sape ntah yg pindah rumah, me tolong2 pastu ternampak ada lipas dah mati. Adesss... dlm mimpi pun lipas nak ganggu idup me. Tibe2 mimpi me bertukar ttg blog. Me nak masukkan ntry baru, tp bile dah publish, font jd besar giler. Warna oren (mcm yg Aziz a.k.a Jinggo - membe jazz me selalu gunakan dlm forum). Eh, pelik tul! Tetiba, maya kejut. Ckp pasal appointment me ngan KWSP kul 10.00. Mimpi tu stop kat situ. Tak smpat me nak edit post untuk betulkan font!

Apa maksud mimpi2 me smlm agaknya? Ada org nak kucar-kacirkan blog me ke spt dakwaan Paiz ketika di JB bbrp hari yg lalu ke? Kalo ada, maka Paizlah orgnya. Me tak perlu berdolak-dalik kerana die sendiri yg mendakwa akan berbuat demikian. Paiz... paiz... tak cukup2 lg ke ko masuk dlm mimpi org untuk mengkucar-kacirkan idup dak VF slps menipu duit rakan2 sekalian? Tak penah nak berubah :

Ape2pun, me skang masih berada di kondo. Jam dah kul 10.32 pg & hari ni hari jumaat. Appointment ngan KWSP dah berubah waktu. So, me nak gi opis lambat sket. Sblum gi opis, me nak taip novel sesikit sambil2 dgr lagu.

Winamp Player me ni tetiba terpasang lgu Erti Kasih nyanyian Izwan Pilus. Lagu ni soundtrack drama melayu tv1 kul 11.05 tiap2 hari. Me tak layan cite tu sgt. Tp dah dgr lagu tu byk2 kali, me rasa cam best plak. Tapi, ada certain part lagu ni kdgrn mcm merengek2 pun ye. Maya plak kate, die benci dengar part Izwan Pilus menggunakan teknik remify sbb mcm REM yg nyanyi aje. Tapi, sumer mesti tak tau kan yg me ni sbnrnya salah seorang peminat kepada penyanyi yg bernama Rem. Sape Rem? Ala penyanyi dr Sarawak tak silap me. Rem ni suke nyanyi meneran2. Haha... pelik! Me pun tak tau nape me suke ngan lagu2 Rem. Ape2pun... tu jelah cite me skang. Nanti ada cite lain, me sambung lg... Daaaa....


Damya Hanna posted @ 12:04 pm
| 6 Comments |


Thursday, 1 November 2007

Ngarut-ngarut...

Sbnrnya, me tak bercdg nak menaip ntry kt blog skang ni. Sebabnya, me dah siapkan draf ntry blog hari ni kat dlm laptop. Tp disbbkan me tak bawak balik laptop & skang ni me berada di umah dan mengonline menggunakan pc di umah, so.. me terpaksa menulis ntry yg baru. Makanya, ntry yg dah me draf di dlm laptop itu akan me paste kan keesokan hari. Itupun jika me tak terlupa!

Mcm biasa, bile dah on9...me akan jejalan ke blog2 lazim. Smlm ada sorang lg hamba ALLAH yg sudah mengcreate blognya dan me terpaksa panjangkan langkah ke blog beliau yg dikenali sbg 'dak gay' di kalangan rakan2 kami. Haha...

Me sudah kehabisan cerita. Me rasa me kena stop! Sebabnya me kepenatan selepas merajinkan diri masuk ke dapur untuk menolong mak memasak. Aduhhh baru me tersedar, betapa lamanya me tak memegang sudip dan kuali. Nasib baik me dah agak mahir dlm dunia masakan. Ecehhh... ayat me sgt poyo! Me tahu, rakan2 me tak percaya dengan pengakuan me. Jika tak percaya, jemputlah ke rumah waktu ini untuk merasa masakan me di rumah yg bleh dikatakan 90% dimasak oleh me.

Menu hari ni :
Sambal tumis udang
Telur masak kicap
Sayur tauge goreng
Kurma daging (Ni mak me yg masak - lauk semalam)

Sekian dulu. Assalamualaikum...


Damya Hanna posted @ 1:06 pm
| 6 Comments |