<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Tuesday, 28 October 2008

Macam2...

Dalam hidup, takkan pernah ada manusia yg memperolehi kehidupan sempurna.
sempurna yg macamana? Maksud aku dari segi kelancaran rutin, kos hidup, sosial dan macam2.
Mungkin ada yg merasakan hidup mereka sempurna tp susah sgt kite nak jumpa.
Even dlm novel pun, mana ada watak hero dan heroinnya yg sentiasa bahagia sepnjg masa?
Kalau ada, mgkin itulah novel yg paling boring di dunia.

Aku bercerita ttg 'kehidupan' dlm entry blog aku kali ni sbb tiba2 aku teringat ttg kisah hidup kazen aku yg sorang ni.
Dia seorang lelaki. Sudah berkahwin dua tahun lalu dan kini mmpunyai seorang anak kecil (lelaki) yg berusia setahun lebih.
Dulu, aku selalu merasakan yg kazen aku ni sangat bertuah kerana memiliki isteri yg cantik menawan. Bukan itu saja, si isteri bekerja pun bukan jenis yg calang2. Selalu terbang sana-sini melintasi awan di mana2 negara. Kalau nak diikutkan kazen aku ni tidaklah terlalu kacak sehingga berjaya memiliki hati wanita yg sebegitu rupa.
sebelum kahwin dulu, kami sedara-mara pelik dan tertanya2. Macamana agaknya mereka berkenalan? Macamana agaknya si wanita berjaya dipancing oleh si lelaki itu sehingga mereka mengikat janji ke jinjang pelamin setelah berkawan mgkin lebih 5 tahun lamanya?

Entahlah. Persoalan itu masih melintasi akal fikiran setiap kali aku melihat wajah kazen aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita... kehidupannya yg pernah dilingkari kebahagiaan, kini seolah-olah sedang retak menanti belah. Tak tahu di mana silapnya... hubungan suami-isteri itu seakan-akan berantakan disebabkan pelbagai campurtangan dari beberapa pihak. Sudahlah begitu, dia dipisahkan dari anaknya. Kalau tak silap, beberapa bulan juga dia tidak berjumpa si kecilnya itu. Pasti rindu!

Kasihan! Kami yg melihat terasa syahdu, apatah lg dia yg merasainya.

Baru2 ni, kami sekeluarga ke pantai timur untuk menghadiri kenduri kahwin keluarga angkat. Hampir 5 kereta juga bertolak ke sana. Dek kerana rindukan anak kecilnya, tahu2 aje... kazen aku ni menghilangkan diri ke rumah keluarga si isteri utk berjumpa dengan anaknya yg sudah lama tidak ditemui...

Rupa2nya anak itu sudah berjalan. Aku smpat melihat rakaman videonya.
Hampir menitis airmata.
Ah... apa yg mampu aku lakukan selain sama2 merasai kesedihan yg dirasai kazen ku itu.
Mgkin aku boleh berdoa untuknya.
Mana tahu masih ada sinar buat dirinya.


Damya Hanna posted @ 8:19 pm