<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Tuesday, 21 October 2008

Cerita ttg holiday...

::PROLOG::
Jam dah pukul 10.15 mlm.
Kalo nak diikutkan, waktu tempatan baru aje mencecah 9.15 mlm.
Cuaca kat luar hujan. Sangat lebat!
Entah cemana, bibir aku tiba2 tersenyum dalam diam.

BAB :: Percutian ::
Yes...Yes! Akhirnya sampai jugak aku kat Phuket, sebuah tanah kepulauan yang terletak di selatan negara Thailand. Aku rasa nak melompat. Yahuuu...percutian 4hari 4malam aku sudah bermula...
Hari pertama tiba, aku tak dpt nak komen apa2 ttg phuket memandangkan flight aku dan lima org lagi yg turut serta adalah di sebelah malam. Kebetulan, hujan yg sgt lebat menyebabkan plane tak dpt nak mendarat dengan sempurna. So, keadaan ni dah menyekat sedikit mood aku untuk xcited lebih2.
Tapi... rasa teruja tu ttp ada dlm diri dan aku tahu lima org yg bersama dengan aku same2 merasai perasaan yg sama. Akceli, plan ke Phuket ni dtg dr geng Ana & Pitt (Kwn UKM aku) bersama 3 orang lg kawan dierang. Ntah cemana, dierang tetiba leh ajak aku & aku leh ter'open' pasal plan ni kat family & kekawan VF aku.
Jd, tak semena2 shem nak juin ngan sorang kawan opis die, Min. Akak plak nak juin ngan kwn opis die, Shahida. Aku pun mestilah juin & mmg bercadang nak angkut maya sama2.
Nak dijadikan cerita... kami seramai 11 orang telah mengikuti trip ke Phuket ni secara free & easy.
Jadi kami telah memilih untuk menetap di hotel yg sama. Yg berbeza hanyalah waktu flight.
Iskk...byk sgt aku nak cerita. Tp aku tau korang2 sumer mesti mls nak bace.
Apa kata... aku highlight aje perkara2 penting yg aku lalui sepanjang berada di Phuket?
Hopefully korang enjoy...

Day 1st - 16 Oct 2008 (Khamis)
8.20 pm : Flight ke Phuket.
10.15 pm : Check in kat Poppa Palace Hotel yg terletak berdekatan Patong Beach. Kami diberi jus oren. Slurrrpp... sekali sedut dah abis.
11.00 pm : Lepak jap kat lobi, jumpa geng2 Pitt & Ana. Then, diberitahu ttg xtvt kami keesokan harinya.
Flight : RM 336 pegi dan balik (AirAsia)
Hotel : RM 280 4d4n (Poppa Palace Hotel at Patong Beach)
Airport Transfer : RM20

Day 2nd - 17 Oct 2008 (Friday)
ISLAND HOPPING

7.30am : Bertolak dgn MiniVan ke Phuket Port yg terletak di Chalong.
Then, naik speed boat reramai untuk ke Phi Phi Island.
Berhenti di Maya bay utk sightseeing. Tmpat yg sesuai untuk bergambar dan berenang sbb teluk ni tidak diduduki oleh sesiapa kecuali
Polis Marin yg menyebabkan kawasannya begitu terjaga.
Btolak semula menaiki boat utk sesi snorkeling di Coral Bay. Lebih kurang 5 minit je dari Maya Bay. Tmptnya sgt cantik dan kami diberi peluang selama 30 minit utk snorkeling.
Tp aku tak puas snorkeling sbb kena angkut maya sama2.Yelah, aku bknnya pandai sgt berenang. So, bila bawak org... tahap renang aku semakin menurun menyebabkan aku ngan maya tak bergerak ke mana2 selain ombak yg membawa kami mengikut alunannya.
Tamat sesi snorkeling, kami berangkat ke Phi Phi Leh Island. Menurut Bobby, tourist guide kami... phi phi leh bermaksud bilik ataupun rooms in english. Tp entah betul ke tidak, aku tak sure sbb bile ditanya ttg ejaan... Bobby ni nmpak tak sure. Apa yg pasti, pulau ni dikelilingi batu2 gua. Mgkin itulah maksud Bobby, disebabkan kawasannya yg menyerupai sebuah bilik, pulau ini di panggil Phi Phi Leh.
Kat sini, kami skdr diberi peluang mengambil gambar di atas boat.
Tamat sesi bergamba, kami dibawa mengelilingi Viking Cave iaitu satu tmpat yg agak popular untuk sesi penggambaran filem lanun. Ia turut dikenali sebagai tmpat pencarian sarang burung kerana terdapat burung layang2 tinggal di situ.
Kemudian, boat membawa kami menikmati suasana hutan di tengah2 laut di mana pulau ini dikenali sbg Monkey Bay kerana ia dipenuhi dgn monyet2 liar.
Tamat sesi tengahari, kami berhenti di Phi Phi Don untuk makan. Selepas makan, kami berjalan2 di sekitar pulau dimana terdapat banyak gerai sorvenir di jual di sini.
Harga agak mahal, so aku tak bercadang mmbeli apa2 sorvenir kt sni selain sehelai shawls cotton yg aku tiba2 berkenan. :p
Selesai makan, kami menaiki boat semula untuk ke Khai Island. Tmpat ni sesuai untuk mereka yg suke berenang. Tp aku malas nak berenang sbb pantainya dipenuh coral.
So, aku ngan geng2 lain terus melepak kat bawah kerusi pantai dimana kami perlu membayar untuk duduk di situ.
Selama satu jam setengah melepak, akhirnya kami berangkat pulang ke Phuket Port dan bergegas bersiap2 untuk xtvt sesi sebelah malam.

::PHUKET FANTASEA::
Ibarat macam theme park atau funfair sbb byk games tikam2. Kalo kat Malaysia, tmpat camni kelihatan mcm Sunway lagoon atau kat korea seolah-olah seperti Everland. Cuma takde ekstrem game aje. Sesapa yg dtg Phuket fantasea ni mesti terasa mcm berada di alam fantasi sbb kebanyakan mereka memakai costume yg pelbagai bentuk. Phuket Fantasea ni adalah salah satu drpd best attraction kat Phuket. Akceli, aku ngan team aku malas nak juin pd awalnya sbb bajet yg agak terhad. Tp, memandangkan kekawan aku yg team satu lg tu dah booked, kami peruntukkan jugak duit baht untuk turut serta.

Mula2 smpai, kami smpat bergamba sementara menunggu Emi membeli tiket. Harga tiket Fantasea termasuk dinner secara buffet dan Fantasi Show. So, pas dpt tiket, kami terus ke dewan makan. Uishh... tak sangka dewannya agak besar dan terdapat buffet khas untuk masakan halal bg kaum muslim. LEGA!!!
Makan buffet yg enak dan puas hati.
Aku terus xcited ngan Phuket Fantasea & terasa tak rugi kami sama2 join xtvt yg hanya diadakan pd sebelah mlm.
Selepas makan, show akan bermula pd jam 9.00mlm a.k.a 10.00mlm waktu Malaysia. Sebelum masuk ke dewan, beg kami diperiksa terlebih dulu dan kami diberitahu kamera dan hp tidak boleh dibawa masuk ke dewan teater...
Show :: Lebih kepada pertunjukkan cultural berkenaan kehidupan rakyat thai, magic, tarian dan nyanyian. Ia dilengkapi dngn effect 4D, acrobatics dan mcm2 lg... kami agak puas hati jugak ngan pertunjukan fantasea ni. Cuma...nak komen, jalan ceritanya agak bersepah dan susah untuk difahami kerana ia seolah2 tergantung. Mungkin boleh diperbaiki...
Show ditayangkan selama 1j 45 minit. Selesai pertunjukan, kami berangkat pulang menaiki teksi untuk ke hotel selepas mengambil semula barang2 elektronik kami yg ditinggalkan di kaunter penyimpanan barang2.





Day 3rd - 18 Oct 2008 (Canoeing)
8.30am : Bertolak dr hotel ke Ao Poh Pier menaiki van. Perjalanan selama 1j.
Then, 1 jam lg naik slow boat untuk ke Phanak Island. First time Canoe (dibawa oleh org yg arif), aku terasa ia mmg satu pengalaman yg sgt2 best. Rugi sape yg gi Phuket tp tak pi canoe. untuk masuk ke Phanak Island ni, kami sumer kene lay down atas pelampong yg membawa kami sbb batunya agak rendah dan muka hampir mencecah batu gua yg agak tajam. Awal2 tu mmg cuak tp bila dah masuk ke lagoon, aku terpegun seketika tgk ruang dlm tu yg mmg cantik... Airnya takdelah tinggi. Beria aje aku memakai life jacket. tahu2 aje bleh berlari2 dlm sane... :p
Abis canoe sane, kami ke Hong Island. Still canoe sblum ke James Bond Island yg terkenal selepas tmpatnya diambil untuk sesi penggambaran sebuah filem james bond. Kat sini, kami diberi masa selama 1/2 jam untuk melewati sekeliling kerana terdapat bbrp gerai jualan sorvenir oleh kaum muslim di sini.
Then lunch atas boat dan bertolak ke Lawa Yai Island selama 1j untuk swimming. Aku swim sekejap je sbb airnya agak masin dan kulit muka dah mula pedih. Selepas mandi2 kat shower room, kami berangkat balik menaiki boat yg sama ke Jeti.

Malam : Berjalan2 ke Shopping Mall dan Bang La Road untuk beli sorvenir. Rate kat sini agak mahal. Sape2 yg dtg area Patong Beach, aku syorkan jgn beli sorvenir kat sini sbb byk lg area lain yg lebih murah. Dinner sendiri.


Day 4th - 19 Oct 2008 (City Tour)
Pakej termasuk transportation. Di mana kami dibawa ke tmpat2 mnarik di area Phuket. Sebelum bertolak kami berenam sempat berjalan2 di sekitar pantai Patong (ni tak termasuk pakej). Mmg tak rugi kami bgn awal pg sbb pantai Patong mmg cantik walaupun cuaca sgt panas terik.
1. Sunset View Point kat Karon Beach. Masa ni awal pg so kami sekadar amik gamba sbb tmpatnya mmg menarik dan cantik.
2. Phromtape Cape : Juga merupakan sunset view point. Tp kami dah amik pakej untuk view sunset sblh ptg. Jd, masa ni kami sekadar berjalan2 di kedai sorvenir yg harganya mmg murah...Cuaca panas giler. Kene beli air yg byk untuk hilangkan haus.
3. Tgk Gyspy Village iaitu perkampungan nelayan.
4. Melawat Kuil Chalong : amik2 gamba kat area luar then jejalan lg kat kedai sorvenir. Kat sini pun hg brg tak mahal. T-shirt berharga 100bht (lebih kurang RM10) aje berbanding kat Patong kami dpt 150bht. Isk... rugi2...!
5. Berangkat ke Safari Island untuk:
-elephant show
-Monkey show
-Rubber tapping demonstration (dierang pinjam mesin pun dari MALAYSIA tp leh kaya wat pertunjukan kat THAILAND yg org malaysia sama2 tgk) :p
-Elephant Trekking
-Ox-cart Trekking (Pengangkutan kat Phuket masa dulu2 sblum ada kete)
5. Phuket Town : Shopping Mall ala2 hypermarket carrefour tu. Lunch sendiri. So, kami makan kat food court sane.
6. Duty Free Shop : barang agak mahal. Tp kalo nak abiskan duit, bleh la kat sini. Beli satu barang dah cukup. Huhu...
7. Chewsnut Factory : sepattnya takde dlm pakej tp sbb nak abiskan masa sblum tgk sunset, pemandu teksi bawa kami ke sini.
8. Berangkat ke Phromtape Cape :: Tgk sunset :: MMg lawa abis...
-Pulang ke Hotel.












Pakej Snorkeling, Fantasea Show & Canoeing : RM 390 a.k.a 3900 Baht (Akceli bleh dpt lg murah. So, pas ni sape2 nak pi Phuket, servey la harga dulu kt bbrp tmpat)
Pakej city tour : RM 102 a.k.a 1020 Baht

Last Day (20 Oct 2008)

Hotel Transfer to Airport (RM 16.70 a.k.a 167 baht)
Flight Depart from Phuket International Airport at 8.15am.
10.35am : arrived at LCCT.

::EPILOG::
AKu dah smpai Malaysia.
Kenangan kat Phuket tersemat di dlm hati.
And one more thing, Happy Besday to ME!!

* Aku habis RM1500 untuk perbelanjaan di Phuket (harga tidak termasuk duit shopping).

Ni ajelah cite ttg hari cuti aku utk thn ni. So, aku harap korang sumer enjoy bace ttg kisah aku di Phuket. Tp aku tahu korang sume takkan bace kesemua yg aku tulis. Tul kan? Its okey. Aku saje wat catatan yg agak terperinci utk korang review. Mana tahu satu hari nnti, korang nak bercuti ke Phuket. Bleh la bace ape yg aku tulis ni.

Salam ketemu lg... ;)



Damya Hanna posted @ 4:55 pm