<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 31 March 2008

Stuck...

I'm stuck! Perghh... aku sungguh tensi ari ni. Nape? sbb dah bbrp hari manuskrip terbiar sepi kat tepi bantal tuh. Semuanya gara2 dua hari lepas aku diserang gastrik untuk ke sekian kali. Sangat tensi bila berhadapan dengan masalah wanita pd setiap bulan. Bila sakit datang, mood nak menulis pun ikut sama2 sakit. Aduhai...

Tinggal 4 hari lagi, trip ke tioman bakal berlangsung. AKu yakin sangat yang membe2 aku yg lain sumer dah rasa tak sabar nak gi. Tapi nape aku mcm takde rasa apa2? Excited... mmg takde. Perasaan aku dah tak mcm dulu2. Pdhal bercuti ni mmg satu xtvt yang selalu aku tunggu. Mungkin jugak disebabkan tarikhnya clash ngan bookfair yg bakal berlangsung kat pwtc pd tarikh yg sama. Mood aku tertarik sama untuk tidak terlalu berseronok. Atau mgkin aku sedang berasa risau bila pulang nnti, kulit wajah akan berubah warna. Uwaaaaaaaaa.... jgn ada yg tak caya aku DAMYA HANNA sudah!


Damya Hanna posted @ 1:08 pm
| 6 Comments |


Tuesday, 25 March 2008

bila novel baru nak kuar?

"Ada novel baru?"
"Bila novel baru nak kuar?"
"Lambat lg ke novel baru akak nak kuar? Tak sabar dah ni..."

Bermacam2 jenis soalan yg mempunyai maksud yg sama, aku terima akhir2 ni. akceli bukan takat akhir2 ni tp sejak dulu2 pun aku selalu diserbu dgn soalan yg sedemikian. Ada sekali tu, buku baru aku baru je ada kat pasaran. tak sampai pun sebulan, tetiba ada yg tanya "bile nak kuar novel terbaru lg?"

APa yg aku mampu lakukan, hanyalah tersenyum dan mempamerkan sebaris gigi aku ni. "Ntah la dik. Tunggu la ye. insyaALLAH tak lama lg kot." hanya itu jawapan biasa yang akan aku jawab kpd soalan2 yg ditanyakan baik diemel, frenster comment ataupun blog.

mesti ramai yg tak tau bagaimana berbezanya kehidupan aku sebagai seorang penulis dan seorang insan yang bernama intan. Yupp... mula2 dulu aku menceburi bidang penulisan ni mmg utk suka2. tak pernah terniat akan sampai ke tahap ni. siap aje novel pertama, "bicara hati", aku tak sangka editor asyik bertanya ttg novel baru. aku ingat, lepas bicara hati dah takde dah. tahu2 aje aku dah tulis sampai 5 buah novel skang ni. Mgkin bakal masuk yg ke6 atau sedang melangkah untuk novel seterusnya. Benarlah kata pepatah, hidup ini ibarat air yg mengalir. Takde hentinya sehinggalah DIA memberi arahan supaya kita menghentikan apa yang sdg kita lakukan. betul tak? apa2 ajelah.

Sbnrnya aku masih terkejut ni. Baru kejap td, artis nash yg satu ketika dulu penah glamor ngan grup lefthanded, dtg kat kedai aku. dia nak wat ape ntah. wpun takdelah glamor cam siti nurhaliza tp sekurang2nya, ada gak artis yg wat urusniaga kat kedai aku yg kecik je ni taw? jgn jeles... masa kedai aku masih kat sec 9 dulu, syed : hubby kpd linda rafar pun ada dtg... wah... hebat ape! heh heh....

keylah. aku rasa nak balik umah. nak tido sbb smlm aku tido lmbat gara2 minum nescafe dua bungkus. pala aku sangat pening tp terasa mcm nak sambung wat manuskrip yg dah sampai pg 26. tgk arr mood mlm ni cane. kalo tido pun best gak... zzzzzzzzzZZZZZZZ...


Damya Hanna posted @ 5:09 pm
| 16 Comments |



Leganya...

Lega...lega dan lega! Manuskrip dah setel pun. Tp masih dlm kerja2 editing skrg ni. Tak taulah sempat ke tidak kuar kat book fair this year. So, sape2 yg nak tau jawapan kpd soalan "bile novel baru nak kuar?", jwpnnya adalah... "ntahlah. tunggu jelah book fair tiba nnti ye!" hehe...

Baru kejap td, yatt col. Lama berborak ngan dia. Mcm dah lama betul tak jumpa. Sbnrnya mmg dah lama tak jumpa die. Dah lame tak jumpa pitt & dah lama tak jumpa ana. Last jumpa yatt masa tgk cite Dunia Baru the movie ngan dak2 VF bulan lepas. Itupun jumpa sbb terserempak afte wyg abis.

Borak ngan yatt, kitorg cite pasal plan masing2 & menyatakan perasaan cemburu pd percutian pitt & ana ke bali. Ntah dierang dah melepasi penerbangan atau sedang berada di angkasa atau masih menanti flight tika ini. Ntahlah. Aku sangat jeles! Ape2pun moge mrk selamat smpai dan pulang ke malaysia.

Skrg ni, manuskrip ke 7 dah mencecah ke mukasurat yg ke 22. Idea mmg mencurah-curah tp mood nak menulis tu, dtg kejap2 je. Tensen sungguh tp itulah adatnya bila aku nak mulakan kisah baru dlm sst novel. Cuma bezanya kali ni, semangat nak menulis tu mcm berkobar-kobar. Rasa mcm nak habiskan dlm satu hari aje kisah kali ni tp tak logiklah kalo dpt siapkan semudah dan sepantas tu, kan?

Kelas gitar dah seminggu tak pegi. Sebabnya minggu lepas, kita bercuti maulid nabi. Stkat ni, prestasi dah ok2. Lagu "Jika" tu pun aku dah bleh main same2 ngan cikgu wpun strumming ala2 yg biasa. Kiranya bleh la nak nyanyi sambil petik gitar kat depan rumah bila melepak ambik angin petang. So, this week mcm nak suh cikgu ajar main lagu "Gantung" plak. Tak sabarnya!

Oh ye, sblum lupa...utk pengetahuan mereka2 yg cintakan dunia ilmu & dah mula countdown untuk book fair yg tak smpai dua minggu aje lg, aku just nak gitau yg hujung minggu pertama book fair diadakan nnti, aku xdpt menghadirkan diri. Sori sgt. Sbbnya, dah ade plan ngan membe2 vf. InsyaALLAH weekend minggu terakhir tu, mcm biasa, ada. So, sape2 yg nak jumpa & beramah mesra, silalah ke gerai ALAF 21 ye? :p


Damya Hanna posted @ 12:01 am
| 8 Comments |


Thursday, 13 March 2008

Apa yg dibuat?

Ape yg aku buat dlm minggu ni? Nape baru nak apdet blog? Bukankah aku sudah mempunyai masa yg banyak untuk mengapdet blog yg dulunye pernah aku tinggalkan akibat sibuk dengan urusan manuskrip? Arghh... segala soalan2 itu aku biarkan berlalu di fikiran. Malas nak jawab. Dan pastinya, ramai yg akan tertanya dengan perubahan gaya bahasa yg aku gunakan dlm entry kali ni.

Nak tau nape? Jeng! Jeng! Jeng! Sebabnya... saje aku nak try tulis dgn mgunakan gaya bahasa yg macam ni? So, wut do you think? Oppss... i don't care! =))

Sbnrnya, spjg minggu ni aku agak sibuk melepak di umah. Sibuk menjahit manik2 hiasan di baju kurung yg dah pun selamat aku siapkan ptg smlm. cadangnya, aku nak pegi ke kedai pg smlm. tp bila dah bgn dr tido, rasa malas menguasai diri. Siyes! Dari berkobar-kobar semangat nak bersiap, aku akhirnya menghantar pesanan ringkas kepada alang yg memberitahu aku ada kerja yg harus dilakukan.

Yupp, mmg ada keje! Tapi, takdelah sepenting mana. Kerjanya adalah menonton televisyen. Kejenya adalah mengadap kain baju yg baru dibasuh & harus dilipat... Arghh... takde ke baju pakai buang yg cantik2 & memenuhi citarasa fesyen masa kini? kalo sesapa yg tahu, bleh tak gitau aku sbb aku nak beli utk wat stok kat umah. So, tak payahlah nak membazir air & elektrik untuk membasuh baju yg sedia ada. Ye... mmg membazir duit! Tp jimat tenaga what??? haha... pemikiran manusia zaman sekarang dgn zaman terdahulu, sesungguhnya mmg berbeza, kan?

Apa yg aku buat hari ni? Aku tahu, kome sume nak tahu. kalo tak nak tahu, sudah! tapi aku ttp nak cite. Awal pagi tadi, tidurku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kak wan yg memaksa aku ke premis alaf 21. Sebabnya, Alaf 21 fc telah menganjurkan satu sesi lawatan bersama ahli2 yg seramai 50 org ke kumpulan karangkaf & premis alaf 21. Aku dijemput untuk turut serta.

Mulanya, aku ingat aku sorang je yg datang. Nasib baik masa sampai tu, nampak kak rose tgh duduk melangok sorang2 kat kusi depan tu. Lega! tak lama lepas tu, dtg la rombongan cik kiah ke premis alaf & aku nampak kak laila karmila & dhiya zafira pun ade. Terakhir sekali, kak hezzy azra plak sampai.

Habis sesi melawat, kak rose gitau yg dia nak gi jumpa kak lynn kat sec 20. aku dengan selambanya menawarkan diri untuk turut serta. Bukan ape, saje nak lepas2 rindu & luangkan masa borak2 ngan kakak2 ni. Biasanya lepas jumpa, aku terus balik umah. So, apa salahnya kali ni, aku lepak2 sambil berkongsi2 pengalaman ngan kakak2 ni, kan? mesti kak lily bace entry ni dia jeles. MMg nak kasik die jeles pun sbb die tak dtg. sape suh die tak dtg? kalo tak, leh gosip2 mcm yg selalu kami buat ketika di brunei aritu.

Lama gak melepak kat pizza hut sec 20 tu. Kak lynn keje bawah kompeni pizza hut kot, so dielah yg sponsor mknan ptg kami. Keh keh... tq kak lynn. Makanan td mmg sangat sedap! Len kali leh banje lg.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan tahniah kat sorg lg kawan VF aku yg biasa aku panggil dengan nama Fixer yg telah menamatkan zaman bujangnya isnin (10 mac 2008) lalu. Fixer atau nama sebenarnya Khairul Naim telah selamat bergelar suami kepada normah dengan sekali lafaz akad. Tahniah! Tahniah! Pasni, dah tak leh terkinja2 dah. Moge kekal ke anak cucu... amin.


muka tgh cuak!


lum kawen dah ada anak? bahye tul!



Damya Hanna posted @ 12:43 am
| 13 Comments |


Monday, 10 March 2008

Agus kawen akhirnya. Tahniah!

"Kau bila pulak, intan?"
"Entahlah. Lambat lg kot!" me menjawab sambil tersengih2.
"Nak tunggu apa lagi?"
"Aku bagi peluang kat korang sumer jalan dulu. Nanti sng time aku, korang sumer datang bersama pasangan masing2."

Itulah di antara bait2 perbualan me ngan beberapa orang membe vf yg bertanya soalan 'bile nak kawin' di majlis perkahwinan AGus & Nisa yg telah selamat diijabkabulkan pd 8 Mac 2008 di mana majlisnya berlangsung pd 9 Mac 2008 yg lalu.

Mmg ramai Vf members yg datang dan ada di antaranya adalah dari kalangan membe2 dari johor dan perak selain selangor dan KL yg wajib hadir. Kalo nak diagak2 mungkin lebih 20 orang jemputannya adalah di kalangan kami sendiri. Huhu... ape lg, sumer wat cam umah sendiri lah kan?

Sebelumnya, M'sia telah dikejutkan dengan pengumuman keputusan pilihanraya umum ke-12 yg menyaksikan pihak BN menang dgn hanya majoriti mudah yg tak sampai 2/3 dari jumlah yg sepatutnya. Walaupun agak terkilan (sbb me org kerajaan. Huhu!) tp me yakin di sebalik keputusan ini ada hikmah di sebaliknya. So, kite tunggu & lihat apa perubahan2 yg bakal dilaksanakan oleh kerajaan baru kite demi keselesaan kite sebagai rakyat Malaysia akan datang. Asalkan negara kita aman, sudah memadai!

Aktiviti me sepanjang cuti hujung minggu yg lalu...

SAbtu : Selepas slmt klik undi, me, akak, maya & apit gi pertama sbb apit nak carik brg. Sambil2 tu smpt kami berjalan ke CM yg dah agak lama kami tak pergi. Best jugak gi jejalan sana. Rasa mcm baru tersedar yg negara kite ni kaya ngan brg2 servenir. Biasanya beli servenir kat tmpat org lain, kan? Haha...
Oh, ye! Me terlupa nak gitau shem yg servenir die masih berada di dlm keta. Shem, ingatkan aku nak kasik kat ko nnti ye???

Keluar aje CM, kitorg terus balik umah. Tertido jap lepas layan Tv (mak ngan abah takde, balik kg sbb ade kenduri kawen). Mlm, me ngan maya kuar jap gi kajang sbb nak carik kain untuk final project maya & me smpat la beli sepasang dua untuk kain baju me sendiri. Alasannya, tahun ni ramai membe yg kawin, so kene pakai baju baru. Keh keh...

AHad : Gi kenduri kawen agus & nisa! Smpai umah dah nak masuk Asar. Seb bek sempat solak zuhur. Pastu petangnya, maklong johor datang kat umah ngn family dia. Malam, long pulak dtg lepak2 kat umah.

Dlm kul 4 pg td, me ngan maya bgn sbb nak anta mak ngan abah ke LCCT yg akan bertolak ke Padang, Indonesia. Berjalan aje parents me nih... Then, hampir ke kul 7.00 pg, barulah me ngan maya berangkat pulang ke SHah Alam.

Sampai je kondo... me pun... Zzzzzzz...

Tu je cite setakat ni... nak uplod gamba tp lambat plak 'Gigi Biru' (bluetooth) ni wat keje. Ampes tol... Nanti kalo me igt, me uplod, key. Tp kalo dah tak sabar sgt nak tgk gamba, klik je lah kat blog Shem. Mesti ade sane.
Salam..

P/s: Nak ambil kesempatan ucap tahniah kepada Barisan Nasional. Wpun menang tipis, pilihanraya kali ni telah membuktikan yg rakyat masih memerlukan khidmat BN sebagai peneraju utama kerajaan. All the best to Malaysia!!!


Damya Hanna posted @ 1:24 pm
| 12 Comments |


Friday, 7 March 2008

Finally...

Finally... me berjaya meng'online'kan ym awal pg smlm. 1st person yg berborak ngan me adalah shem. almost three month tak aktif di dlm dunia sosial, smlm telah menyaksikan betapa banyaknye cerita yg me & shem bualkan. sedar2 aje jam dah lebih waktu rehat & shem terpakse mengundurkan dirinya atas alasan kerja & mkn tengahari.

Sepanjang me berada kat opis, takde keje yg menanti. Mgkin tiga bulan kehilangan me dari kedai menyebabkan me terasa sedikit asing. Dunno where to start. So... menghadap laptop & intenet ajelah kejenya.

Petang plak, me ada klas gitar. This week, cikgu razin alter semula chord utk lagu 'JIKA- Melly Goeslow' yg dah diberi 2 weeks b4. Chord lagu ni agak senang. But as ussual, ada dua tiga chord yg me agak lemah nak bentukkan. Adesss... sesungguhnya, bilalah diri ini akan menjadi mahir dlm bermain gitar?

Alhamdulillah, me dah selamat setelkan manuskrip ke 6. Tinta penulis, segmen ilmu & penghargaan utk novel terbaru pun dah siap. Cuma belum diemel kepada Kak gee, editor me utk novel terbaru ni. Akceli, manuskrip ke-6 ni masih dlm proses editing. Not very sure akan masuk book fair bulan April nnti ataupun tidak. Apa2pun just nantikan kemunculan novel me di pasaran wahai pembaca sekalian. ;)

Jika ditanya ttg perkembangan idup me skrg, sebenarnya me sudah memulakan kerja-kerja research utk novel ke7 beberapa hari yg lalu. Infact, me telah memulakan ayat pertama di dalam bab pertama utk novel ke7 ni. tema ttg ape & segala ttg manuskrip ke 7 ni adalah rahsia. Biar surprise barulah best, kan?

Ikut plan, me nak baca bnyk novel lepas setelkan manuskrip ke6 aritu. Tp, ntah nape... me hanya dpt setelkan satu novel inggeris aje. Skrg ni me dlm proses nak bace novel inggeris kedua tp belum pun smpai setengah mukasurat, me dah rasa penat nak membaca lg. Cite tu mmg best! Lawak giler tp setiap kali me baca, me dapat semangat yg berkobar-kobar nak menulis novel yg baru. Honestly, melalui novel ni lah me dpt idea utk dijadikan tema novel terbaru me nnti. Ahaks...

Got to go... continue later ;)


p/s: Selamat Mengundi! Mengundilah dengan bijak ;)


Damya Hanna posted @ 10:46 am
| 11 Comments |


Thursday, 6 March 2008

Lepak2

Alhamdulillah. Loan Mara untuk kedai akhirnya dah lulus! Awal pagi smlm, me bangun dan siap2 untuk ke kedai setelah lebih 3 bulan tak masuk ke kedai demi menyiapkan manuskrip keenam. Suasana di kedai masih sama. Takde ape yg berubah. Harap-harapnya lepas dpt loan... kedai akan lebih berseri-seri dengan pembelian mesin2 baru. Aminn...

Setel urusan agreement, me ngan maya bertolak ke Pj coz mcm biasa 'maya nak beli kain utk final'. Sebelum tu, maya dah roger akak nak ajak makan same2 sbb kami belum mengisi perut sejak pg. Tp akak lambat plak abis keje. Lastly, me gi makan dulu ngn maya kat swensen SS2 & afte half an hour camtu akak sampai ngan kawan dia kak sal.

Pas mkn, me ngan maya terpaksa balik dulu sbb masa tu kami belum setelkan solat ASAR. Singgah masjid tp masa amik wuduk, tau2 je azan dah berkumandang. So, kami hanya bersolat jemaah maghrib di section 14, pj. Setel sumer tu... kami terus berangkat ke taman melati.

Macam biasa, sesi melepak ngan dak2 VF. Kalo nak diikutkan, sbnrnya takde sesi melepak or gosip2 minggu ni until kenduri kawin AGus. Tp disebabkan paiz nak jumpa me atas urusan keje, me terus kasi cdgn spy kami berjumpa bersama rakan2 lain, so that bleh la me agih2kan servenir dr brunei.

Lokasi pilihan : Kuey tiow Mali, Gombak.

Mlm smlm tak ramai yg juin. Yg ada, shem, maya, paiz, zana, rahma, she & acap. Agus terpaksa tarik diri last minute sbb sibuk menguruskan hantaran untuk majlis kawen die. Konpem tgh sibuk menghafal rukun nikah atau menghafal bait-bait akad untuk majlis nikah sabtu nanti. ekekek... sabar jelah agus. Ape2pun gud luck ;)


Damya Hanna posted @ 11:46 am
| 10 Comments |


Wednesday, 5 March 2008

Brunei Oh Brunei...








Assalamualaikum...

I'm back again! Ahhh... penatnya rasa sbb me baru je balik dari Brunei smlm. Flight asalnya kul 8.15 mlm tibe2 delay sehingga 3 jam lamanya me & rakan2 menunggu. Adesss... yg tensionnya all the passengers dah masuk dlm plane & bersiap sedia nak berlepas, tetiba ada annoucement yg menyuruh kami sumer keluar semula ke boarding room. Alih2 hampir ke jam 11 malam, barulah plane selamat berlepas dan sampai ke LCCT tepat kul 1.00 pagi. Biasalah, kan... Air Asia! Nothing is imposible for them...huhu!

Let's talk about what happened in Brunei. Sbnrnya ada book fair yg berlangsung dan me tlh dijemput oleh pihak Alaf 21 utk mengenali para peminat novel di sana. Lima lg novelis yg turut serta adalah Kak Anis Ayuni, Kak Norzailina Nordin, Kak Lynn Dayana, Kak Rose Harissa & Kak Lily Haslina Nasir selain dua org staf Alaf 21 iaitu Kak Ziana dan Kak Liza.

It's a very nice trip & I've Learned something iaitu sumer kakak2 ni mmg tak pernah kenal dengan erti penat ketawa. Pantang ada masa yg terluang, konpem diisi dengan jokes yg diketuai oleh Kak Lynn. Patutlah ramai yg kata novel pertama Kak Lynn iaitu Jika Benar Cinta tu ada lawak2 jenaka. Ditambah dengan gelak Kak Rose & Kak Anis a.k.a Kak Asam (Hehe...best lah title tu!) mmg perut ni selalu je senak. Kak Lina plak ala2 mak gitu. Kalo nak diikutkan, masa kenal Kak Lina, me tengok die seorang yg agak serius. Rupa2nya bleh tahan gak bile dia sama2 mencelah di dalam lawak2 jenaka Kak Lynn. Kak Lily, still in the gossip mode. seronok bile tanye kat Kak lily ni sbb dia tau macam2. Heheh... Tapi cian kat akak sorang ni sbb sepanjang trip ke Brunei, kak lily kurang sihat. Maybe cause of that, dia agak kurang dlm menyumbangkan idea2 untuk menyedapkan cerita2 yg dihidangkan. Apa2pun mmg superb lah ke semua mereka. Tak kisahlah me asyik kena buli pun... sbb semua tu penyeri dlm kehidupan seharian, kan? Eceh... statement merendah diri ler pulak!

Apa yg menariknya di negara brunei darussalam? negaranya agak kecil sehingga beberapa kali jugak kami terserempak dengan mereka2 yg dah dtg ke book fair. Semalam ketika melalui kaunter imigresen untuk ke boarding room pun, ada yg bertanya sama ada kami ni penulis ke. Aikkk...kenal jugak? Hehe...

Bahasa pertuturan mereka agak kurang senang difahami. Agak2 bleh la kot. Tapi ala2 sabahan gitu. yg me biasa dengar adalah perkataan 'inda ada' yg bermaksud tidak ada, 'aouh' iaitu ya dan 'bah' yg me kurang pasti apa maksudnya. Kebanyakan pembaca novel dtg dari golongan yg sudah bekerja dan mereka kelihatan begitu seronok dpt bertemu dengan kami. Mmg usaha pihak ALAF 21 membawa para novelis ke negara Brunei, adalah satu usaha yg bagus.

Ketika di Brunei, ada beberapa rakan blog Kak Anis dan Kak Lina datang berjumpa dgn kami. Mereka jugalah yg membawa kami berjalan2 di bbrp tmpt menarik di Brunei. Kami telah dijamu dengan hidangan makan malam yang sangat sedap & itu adalah salah satu dari kenangan yg terindah untuk disimpan di dalam memori... Terima kasih banyak2 pd kedua2 kakak yang bersusah-payah demi kami ketika berada di Brunei. Me pasti takkan melupakan detik dan waktu kami sepanjang berada di Brunei. Walaupun pengurusan masa di sana agak kelam-kabut, apa2pun kami telahpun melaluinya. Sampai bertemu lagi...

Salam.


Damya Hanna posted @ 12:40 am
| 16 Comments |