<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Thursday, 29 May 2008

Porta De Santiago!

:: A famosa @ Porta De Santiago ::
:: Me ::

"Weh, kat mana A famosa nih?"
"Ko ada kat mana ni?"
"Aku dah sampai bandar melaka. betul2 kat tepi kincir air nih."

Yes! AKhirnya... aku berjaya gak sampai kat A famosa...Setelah berkali2 aku terpaksa berdepan ngan pelbagai dugaan dan cabaran, hari ahad yg lalu dah menjadi bukti yg aku dah berjaya naik ke kota tinggalan sejarah yg terletak di Bandar Melaka.

Aku tau... akan ada yg gelakkan aku ngan kenyataan nih. Tp mmg aku tak tipu, hari ahad lepas adalah kali kedua agaknya aku naik ke A famosa tuh. Mmg ada yg penah kate, bkn ada apa2 pun kat situ. Nak wat pe sibuk2 nak gi. AKu tahu kenyataan tu... tp, aku nak gi gak, sukati akulah! Huhu...

Takdelah... sebabnya gini. AKu nak sangat naik ke kota nih... ada reason2 yg tsendiri. Aku nak rasa perasaan tu. Aku nak tgk apa yg menarik di sekelilingnya. AKu nak amik feel sambil tgk gelagat org & apa sbnrnya yg ada kat situ. Semua ni satu research utk novel akan datang aku. Aku nak bercerita pasal melaka. Bukanlah whole story ttg melaka tp aku nak selitkan info yg betul so, bila readers bace nanti... takdelah info yg aku tulis tu satu penipuan. Kan...kan?

Akceli... ari sabtu lepas, aku ngan sis2 kesayangan aku bertolak ke PD sbb nak gi kenduri kawan opis akak yg berlangsung hr ahadnya. Kitorg tido kat satu banglo sepupu kawan akak (sbb kawan2 opis akak pun ada yg juin). Not bad. Banglo 4 bilik yg sangat besar & harga pun takdelah mahal sgt. CUma banglo tu tak ngadap pantai. Nk gi pantai kene jalan sikit. Kalo gi utk wat bbq mmg sangat best sbb tanah kat banglo tu betul2 lapang. bleh park dlm 20 biji keta kot. ke lebih? not sure! siap ada net ngan gelanggang utk main bola tampar lg. isk...

Ahadnya pas gi kenduri kawen... cadangnya nak terus balik umah. Tp aku cam terfikir... apa kata gi jejalan kat bandar melaka? Aku cakap kat akak ngan maya yg aku bebetul nak gi A famosa. Sblum ni dah 3 kali cancel tak dpt gi. sangat kesian! Huhu...

lastly, akak kate ok. maya pun no hal. Terus menderu jazz aku di atas highway. masuk simpang ke Alor gajah... terus ke bandar melaka. cuak gak sbb takde peta sumer tu. ikut gerak hati je. control berani kata org. tp dah sampai kat bandar melaka... aku dah konpius. signboard takde tulis apa2 sign pasal a famosa. kete pusing kat mcm2 lorong. akak ngan maya mesti tau keresahan aku.

"ko ni tau ke tak jalan?" akak tanye tetiba.
"Tak!" aku jwb direct.
akak terus pandang aku. maya kat seat belakang diam je. ke dia tido? ampes je dak tu...

aku tau akak mesti cuak. dia bkn bleh sesat2 jalan ni. aku lak dah biasa...so aku anggap sbgai challenge (betul ke eja ni? konpius aku).

aku nampak stesen minyak shell, aku benti jap. tanya kat pakcik situ. aku tak tahulah die bangsa apa. aku bg salam, tp cara die cakap cam chinese. baba nyonya kot!

dia ajar aku cemana nak gi a famosa. mmg aku sampai kat tmpat yg dia ckp tu. tp aku tak nampak mananya a famosa. menyorok plak menda alah tu. kali ni aku terus sms shem. mcm sms atas tu. agaknya sbb susah balas2 sms, shem terus call aku. aku yg sesat, dia lak call. haha... pas abis ckp ngan shem.... aku terus jumpa a famosa. rupa2nya ade je kat lorong depan kete aku tu...
yes! yes! yes! sesi bergamba pun bermula. Tp :-< aku gi a famosa ngan baju kurung ahhh... adehhh... ada yg kate kitorg cikgu pun ye. ampes tol!!! tp ok pe jd cikgu jap. cam bdk sekolah pun ye... wat lawatan naik a famosa ngan baju kurung. hahah =))

:: Me wit akak ::
:: Me wit Maya ::


Damya Hanna posted @ 10:31 pm
| 13 Comments |


Tuesday, 20 May 2008





Pagi tadi bgn pagi, konon2nya nak gi uruskan kete kat chan sow lin tp pas msg abg Min, dia kate brg kete yg diorder utk kete aku akan smpai selewat2nya hari khamis. Arghh, sangat tensi! Sbbnye, tingkap kete aku yg tak leh tutup minggu lepas, dah berjaya ditutup tp tak berjaya diturunkan lepas abah gi anta kedai, ikat tingkap tu. Sabo je ahh!

Minggu yg lalu, mcm2 xtvt yg aku lalui. Sumpah aku tak tipu, minggu lepas adalah minggu yg paling memenatkan aku. Eceh, leh ke gitu? Leh aje sbb aku tak penah rasa sepenat tu selama ini.

Gara2 final assessment maya, aku terjebak sama. Demit! Kene tolong dia mcm2 sbb kesiankan die yg byk keje. Tu arrr main2 aje tahu. Bile free, duk ngadap intenet. Ish, seb bek aku baek hati. Haha...

Selama ni, aku tak penah2 aku tolong maya wat pattern baju. Tak penah aku tolong die tampal ilustration kat board. Tak penah aku tido lewat pagi di hari yg berturut2 dan kemudian kene bgn awal sbb nak tolong dia lagi. Sakit2 pinggang aku ni. Umah mcm tongkang pecah. Bilik plak cam tmpat kucing beranak. Ntah bile nak kemas.

Pas setel assessment maya, die nyer show plak berjalan, hari sabtu aritu. Yg bestnya, ada model yg dah berkenan kat seluar yg die buat. Siap sms lg nak beli suar tu. Satu permulaan kerjaya utk maya. :> Aku tumpang gembira. Kebetulan, die dpt tawaran utk diinterview keje kat satu butik pengantin puchong prima. tp kate maya, die tak mau sbb die kan ada impian nak bukak kedai kraftangan? sukati ko lah maya. asalkan ko gembira.

Mlm Sabtu, aku shem, zana, paiz ngan dodi bertolak ke melaka. plan awal nak gi kenduri kawen apis ngan naim, membe vf kat johor. tp masa kenduri kawen apis, ada lg bbrp membe dr kl yg sampai. tp kami tak bergerak secara saing. ntah arrr.. lately ni ada mcm2 internal problem yg melanda. Malas nak cite panjang2 sbb internal problem ni mcm remeh pd aku tp disebabkan ada pihak2 tertentu yg berfikiran cetek dan berperangai cam bebudak wpun umo dah meningkat dewasa, nak anggap perkara2 remeh tu sbg satu masalah dan isu. Isk...

Aku rasa dah takde ape nak cite. Nak gi sambung ngadap manuscript yg dah seminggu lebih aku tak sentuh. bye.


Kenduri kawen rahma minggu lepas. Selamat Pengantin Baru Rahma & Sahak.



Damya Hanna posted @ 9:22 pm
| 9 Comments |


Tuesday, 13 May 2008

A tribute to a person called friend...

Aku ada sorang teman
Namanya... ah, biarlah aku aje yg tahu
Dia seorang wanita
Masih single & available
Manis bertudung dan suke tersenyum
Satu ketika dulu kami pernah bersengketa
Bukan salahnya mahupun aku
Tapi keadaan yang menyebabkan aku terpaksa menyepikan diri.
Dek kerana rindukan persahabatan itu, aku muncul semula.
Dan kemunculanku disambut baik.
Dia tidak pernah berdendam. Sangat open minded orangnya.
Malah, selalu ada ketika sesiapapun ditimpa masalah.
Termasuklah aku!
Tetapi... adakah sesiapa yang sudi mendengar keluhannya ketika dia pula ditimpa bencana?
Ada sesiapakah yang sanggup menemani dan merawat kesedihan yang dialaminya akibat terluka dengan satu perkara?
Hasad dengki sentiasa ada pada setiap manusia. Tak mungkin tiada!
Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak bicara tidak sekali.
Tetapi pada aku, terlajak bicara yang terucap di bibir boleh dilupakan dgn peredaran waktu.
Namun, bagaimana pula dengan terlajak kata yang tercatat pada tulisan-tulisan yang bernoktah?
Aku yakin, ia akan jadi sejarah.
Ia akan menjadi bukti untuk tatapan pembaca.
Lalu, ia akan terpahat di dalam hati sehingga menyebabkan hati itu terluka dan kecewa.
Apa salahnya jika temanku itu suka meniru?
Sesiapapun di dunia ini pernah meniru?
Ada sesiapa yang tidak?
Aku tak percaya! Sungguh aku tidak percaya.
Bukankah sejak kecil lg kita sudah diajar untuk meniru?
Ya, kita diajar supaya meniru sunnah Nabi.
Kita diajar supaya mengikut apa yang diajar ibu bapa mahupun cikgu di sekolah.
Itukan meniru juga namanya!
Kasihan kau temanku! aku bersimpati atas kejadian yang menimpamu.
Aku tahu hatimu sedang bersedih...
Gara2 dirimu menjadi bahan umpatan rakan yg agak rapat dgnmu sendiri.
Moga kau tabah dan menerima dugaan yang mendatang.
Psti ada hikmah... Ya, pasti!


Damya Hanna posted @ 3:25 pm
| 17 Comments |


Thursday, 8 May 2008

Oh diary!


"Askum nama awak intan kan? Awak ada tertinggal buku tak?"
Lepas aje aku bace mesej yg masuk lebih kurang jam 10.30 malam semalam, aku terus call nombor yg tak dikenali tu.

"Assalamualaikum..."
"Walaikumsalam..." lelaki itu jawab. pastu die diam.

Aku pun sbnrnya mcm terkedu jap. Nape msti laki yg jwb? Adesss...

"Awak ada jumpa buku warna itam ehh? Yupp, buku tu sy punye. Macamana nak jumpa awak?" aku tanya cepat2.

"Akceli sy kat subang sekarang ni. Kejap lg saya bg kat awak. Awak kat mana?"

"Saya duk kat blok 36. kondo ...."

"Ok. Awak nak urgent ke?" tanya laki tu

"Takpelah. awak dah smpai nanti, awak bgtau sy."

Perbualan tamat kat situ.

Perghh... lega! Tp selagi buku itam tu tak smpai kat tgn aku, selagi tu pikiran aku asyik diburu ngan pelbagai pertanyaan. Apakah isi kandungannya akan dibaca? Apakah resit2 & kertas2 di dalamnya akan diselidik. Abislah identiti aku!

Buku warna itam tu berbentuk diari thn 2008 pd asalnya. Tp disebabkan aku dah ada jurnal yg aku beli kat MPH baru2 ni, buku itam tu aku jdkan sebagai note book yg aku akan bawa ke mana2. Selain ada bbrp isi & kandungan jalan cite utk novel, kat dlm buku itam itu aku ada tulis mcm2 reminder.

Sblum nombor yg aku tak kenal tu anta msg, aku mmg tgh carik buku tu. Seingat aku, sblum naik ke rumah ptg smlm aku ada kuarkan dr keta. Aku ada kasik kat maya suh die pgg pas aku teringat ada brg yg tertinggal kat keta. Tau2 je nak dekat kul 10.00 mcm tu baru aku pasan buku tu takde. Mood nak nulis terus ilang sbb pikir pasal buku tu. Seb bek tak smpai bbrp minit mcm tu aku terima msg.

Lebih kurang kul 11.00 mlm, nombor tu msg sekali lg yg mmberitahu dia ada kat depan lif. aku pun turun la ngan wajah selamba. Tp masa lif terbukak... takde sape2 kat situ. Aku terus call. Dia tak jawab.

Tiba-tiba... tiba-tiba kan... muncul sorang mamat yg bersweater kat depan mata aku. Aku terdiam kejap. Dia terus bg buku itam tu kat tgn aku.

Gambar sekadar hiasan

"Terima kasih. sori susahkan awak." aku cakap kat die.

"Takpe." lelaki tu plak kate dan terus jalan ke bhgn peti surat.

Aku lak... terus aje masuk lif. Pintu tertutup. Aku terkedu. Ish... bleh tahan plak mamat tuh! Ye... sangat bleh tahan. Tapi... tapi... ah, lupakan.

Yg pentingnya buku tu dah kembali ke tgn aku. Nasib baik takde apa yg berubah selain pen murah warna biru yg selalu ada dlm tu... ilang ntah ke mana. pastu resit2 & kertas2 kat belakang tu agak bersepah. Ada sekeping check yg nilainya rm300 pun dah berubah tempat. Tu aku tak kisah asalkan takde apa yg hilang. Mujur aku letak phone number aku kat situ. Sangat bersyukur sbb buku tu masih milik aku masa kini...thanx abg cute! :p



Damya Hanna posted @ 10:40 am
| 28 Comments |


Wednesday, 7 May 2008

Malasnya aku nih!

Malasnya...

Beberapa hari kebelakangan ni aku sangat malas. Malas utk mengapdet blog. Mcm dah lame aje tak tinggalkan entry kat sini. Mcm byk sangat cite yg aku nak khabarkan. Tapi kat mana aku nak mulakan?

Arghh... tersangatlah tensi! Tgk2 last date entry aku, bln april aritu. Ceh... dah masuk bln baru rupanya. Ala, mcm tak biase aje korang ni kan? dulu, masa aku bz2 tu bukan aku tak apdet berbulan2 ke blog nih? Huhu...

Adanya aku hari ni adalah utk mengemaskini blog. Aku skang berada kat umah. Bgn awal pagi mcm nak gi kedai. tp terasa malas plak. Akceli, aku bgn awal pg ada tujuan. Nak gi tgk umah yg aku nak sewa bulan depan... tp bila call agent tu, die kate die kat pj plak ade appointment. Hampesss! Mgkin aku gak yg ampess sbb tak wat appointment ngan die dulu. Lastly... aku kene tunggu ajelah agent tu call & konpemkan bilanye dpt tgk umah baru. :D

Aku nak mulakan cite aku kat entry ni dr mana ehh? Ermm stat dari xtvt aku awal bulan aritulah ehh...

1 May 2008 bersamaan hari pekerja! Hari yang paling memenatkan sbb aku bgn seawal jam 9.00 pg semata2 nak juin dak2 VF gi cycling kat Bukit Cahaya Sri Alam. Dahlah hari sebelumnya aku tido jam 5.00 pg gara2 minum nescafe. Seb bek xtvt tu sangat memberi pengalaman manis. Yelah, mana penah aku cycling sejauh tu. Dulu masa kecik... cycling area jln depan umah je. paling jauh pun kedai kat area umah aku. Ni... pergh... naik berotot urat2 sendi kaki ngan tangan aku.

3 May 2008 bersamaan hari sabtu! Abis je tgk konsert AF, aku ngan family kecuali abah balik kg kat Bukit Treh, Johor. Kuar umah nak dekat kul 11.00 mlm. Smpai Johor lebih kurang kul 1.00 pg. Perut memasing lapar, abang2 kesayangan aku & adik laku termasuk anak sedara aku (Riz a.k.a abg mage) terus kuar gi beli makan. Cian nenek... dah tido kene kejut dek kami semua. sekali sekala kan?

Nak dekat kul 3.00 pg gak baru kitorg sumer tido. Tu pun, lepas aku ngan adik beradik lain bersembang sakan & mula mengimbau kenangan mase kecik2 dulu. Yelah, bila lg dpt bual2? Time berkumpul ni ajelah yg dpt bergurau senda pun...

Esoknya tu, aku ngan family bercadang nak singgah melaka. Konon2 nak panjat Afamosa gara2 aku kempunan tak dpt naik masa gi ngan dak2 VF aritu. Tapi... Arghh, gagal lagi! Ni sumer sbb kami gi mkn kat tanjung & sedar2 jam dah kul 4.00 ptg. Takut jln jem, kami terus bercadang pulang ke KL. Sedih aku. Next week tak kire... sblum gi fixer kawen, aku nak singgah melaka gak. Kalo takde sape nak gi... biarlah aku naik sendiri. Eceh, ada bran? Ada kot. tinggal tak bran kalo tersesat jalan. Haha...

keylah... aku nak kene stop. panjang berjela rasanya entry kali ni. kang jd novel, salah siapa?
chiowww...


Damya Hanna posted @ 10:52 am
| 10 Comments |