<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Thursday, 24 July 2008

Kemalasanku...

:: PROLOG ::
Hari ni aku terasa mcm hari yg paling lama aku tido.
Ikutkan hati mcm nak terus sambung tido lg tp bunyik bebudak terpekik terlolong membuatkan telinga aku bingit.
Paksa diri bgn... amik towel... melangkah ke bilik air.
Gedebushhh... desiran air mengalir dan membasahi tubuhku...

::LEMBARAN 5::
Giler malas nak apdet blog. Adeshhh... apa nak jd ngan aku nih?
Tak tahu!
Bulan ni aku rasa sangat gembira sbb secara tak sengaja, piyed aku tak mendatangkan sebarang masalah mcm bulan2 yg lain.
Aku tak sakit perut, aku tak diserang gastrik.
Hairan sungguh! Pelik pun ada. Mgkin kerana aku byk makan doyan yg memanaskan badan. Atau aku selalu minum air madu yg baru dibeli masa kat Cameron aritu. Atau jugak, sblum kene serang sakit perut, aku dah makan ponstan awal2. Huhu...
Minggu lalu, selamat sudah xtvt BBQ VF yg berlangsung kat kebun pak long.
Makanan byk gile masa tuh. Smpai tak terhabis. Nasib baik mak bawak plastik bungkus awal2. Bleh lah bebudak tu bawak balik. Tapi ada gak rasa bersalah dlm diri aku sbb terlewat smpai kat tmpat kejadian. Sbbnya... aku terpakse punggah barang2 yg dah disusun dlm kete gara2 kazen aku nak ikut serta saat2 akhir.
Igtkan muat barang2 tu dlm dua kete. tak sangka plak... byk gile barang2 yg aku kene bawak. Isk... sory kekawan sumer.
AKu terlewat nak dekat 1jam... sangat mintak maaf pd lebih 20 orang yg menunggu masa tu.
Pas xtvt BBQ, kami sumer terus berangkat ke sungai berhampiran. Perghh... 1st time jumpa tmpat mandi yg dlm melebihi ketinggian aku... arus mmg kuat giler. Ngan batu yg sangat banyak tp aku puas hati dpt mandi ngan kadar yg melebihi hadgembira... huhu...Hope kekawan aku pun merasakan perasaan yg sama ngan aku. heheh...
This end of week kami dah ada plan baru. Konon2 nak pi tgk kelip2 kat Taman Melawati. Alamak... pengalaman baru nih.
Kene pi... mak pun dah kasik permission. Tinggal aku takut penat jek sbb sabtu nnti aku dah ada plan ngan family blah abah nak pi main bowling kat Seri Kembangan reramai...
Erm... kalo selalu gini, bile agaknya manuskrip baru aku nak siap? Haha... sabar ajelah...

:: EPILOG ::
Tersedar bila cuping telinga terdengar bunyik suara orang menjerit.
Haishh... budak2 ni lagi!
Aku kehilangan idea. Bagaimana nak tamatkan entry blog kali nih?
Ermmm...noktah!


Damya Hanna posted @ 2:11 pm
| 18 Comments |


Friday, 18 July 2008

Special edition...

Assalamualaikum. Hai sumer... Aku tak smpat nak tulis ntry panjang2. So aku apdet ngan gambar utk xtvt BBQ sok ehh... Takde prolog, epilog.... :D


:: Ais kiub ::

:: Ada Ikan ::

:: Bahan2 Asam Pedas ::

:: Cili Kering ::

:: Kerang ::

:: Sosej ::

:: Telor Dinosour ::



Damya Hanna posted @ 3:53 pm
| 9 Comments |


Wednesday, 16 July 2008

Kebun... yea! yea!

:: PROLOG ::
Kul 9.00 tersedar dari tido.
Teringat janji ngan akak nak gi Pejabat Pos collect subsidi.
Bingkas bangun, carik baju & mandi.

:: LEMBARAN 4 ::
Alhamdulillah... kat pejabat pos hari ni tak ramai orang...
Kene tunggu dua angka giliran pastu aku dah dpt amik subsidi utk 2 kete.
Satu utk kete aku... satu kete abang aku yg dibeli atas nama aku.
Kayo! Yahooo... aku kayo! Tp jgn mintak ape2 kat aku ok?
Sbb aku nak guna duit tu utk xtvt bakar2 ngan dak VF sabtu ni.
Oppsss... akceli ni plan underground.
Tp sbb dah terpecah rahsia... aku cite jelah sket2 kat sini.
Utk korang2 yg selalu bace blog aku tp tak dijemput ke xtvt itu, aku mintak maaf sangat2 sbb aku hanya menjemput kenalan2 rapat aku a.k.a mereka2 yg mengenali aku di laman web Virtualfriends.net beberapa tahun dahulu.
Mgkin ada bbrp org yg aku kenal tak smpai setahun tp dijemput gak. Nak tahu kenapa? Sbb... aku cuma menerima kehadiran mereka2 itu setelah melihat alasan2 yg tersendiri. Alasan yg hanya aku yg tahu... Ermm mgkin jugak shem. Huhu...
Siyes tak sabar nak nunggu hujung minggu tiba. Terasa lama benar dah tak berkumpul reramai ngan kawan2. Bkn ape, just nak jamu dierang sumer ngan teh stroberi yg aku beli kat cameron baru2 nih. Tu pun kalo smpat aku menyediakan teh panas kat kebun pak long nnti. Yelah... dlm kebun ngan cuaca redup2 panas, konpem air batu yg menjadi idaman kan?
Bistu... simpan jelah teh stroberi tu kat umah. Leh wat petang2 smbil minum kat pondok rehat yg baru siap kat depan umah aku tu? ermm... gud idea.

:: EPILOG ::
Dah nak masuk dua malam abah takde kat umah.
Beria benar die jaga kebun pak long simpan buah doyan utk kawan2 Vf aku.
"Takut kene curi!" kate die.
Aku diam je.
Mak plak dah sibuk2 pikir nak beli barang keperluan utk masak2 sabtu nih.
AKu? Ikut jelah ape yg mak suh wat.
Sebabnya... aku sendiri masih menunggu keputusan kawan2.
Sama ada bersetuju atau tak ngan program makan doyan & BBQ hari Sabtu nnti...


Damya Hanna posted @ 11:05 pm
| 17 Comments |


Tuesday, 15 July 2008

Tanah Tinggi Cameron...

:: PROLOG ::
Bangun tido tgk jam dah kul 11.30 pagi.
Uishh, lamanye aku tido!
Tgk kiri kanan...
maya ngan akak tgh gelak2 smbil tgk astro prima.
Ooo, dierang layan cite Nasib Labu Labi.
Terasa nak sambung tido. Tapi nak terkucil plak.
paksa diri gi bilik air...

:: LEMBARAN 3 ::
AKu baru balik dari bercuti!
Yes...yes! Sangat best pengalaman itu.
Ya, pengalaman aku ngan family bercuti ramai2 ke Cameron Highlands minggu lepas.
Tanpa orang lain. Hanya kami sekeluarga (termasuk sorang adik kpd akak ipar kedua aku :bleh la anggap dia sbg keluarga aku gak:)
Kat sane kami tak terikat ngan sebarang xtvt berat. Santai & memudahkan warga veteren dan kanak2 yg ada. Sape lg kalo bkn mak ayah ngan anak2 sedara aku yg seramai 6 org itu?
Trip berjalan selama 3 hari dua malam... "3 kete berkonvoi same2"
Selain berjalan kat tmpt2 yg wajib pergi cam Ladang Teh, Strawberry farm, cactus valley sume tu... aku ngan adik-beradik aku leh layan game monopoly ngan UNO.
Abang sulung aku yg dah ada anak 4 bleh sama2 juin plak. Tak sedar umo nak masuk 40.
Haha... wut ever!
Tp... bila dah berkumpul ramai2, sume cite lama terkenang kembali.
Kebetulan mlm kedua kami kat sane... sambil lyn2 game, tibe2 blackout...
Lama gak bergelap ngan 2 btg lilin kat apartment 3 bilik yg sngat selesa.
Tapi, bile elektrik dah ada balik, kami sume dah melepak kat meja makan.
Ngan suasana sejuk...Minum nescafe panas... makan roti keras... gelak2... Best woo!
Hilang kejap sumer rasa tension.
Hilang kejap sumer rasa sedih.
Terasa aku tak sorang2 dlm dunia nih...
Aku masih ada keluarga yg mmpu membuatkan aku ketawa dan terus ketawa.
Maksud aku... selain kawan2 lah.
Mcm biasa... pegi bercuti kat mana2 kalo takde camera mmg tak sah.
So... kat bawah2 ni adalah hasil gamba percutian ngan keluarga aku...
Korang layankan ye...

:: EPILOG ::
Duk sorang2 smbil lyn tv.
Angin meniup sepoi...
mcm terasa aku masih di Cameron Highlands.
Tiba2 terasa nak on9. Ngadap laptop...
Masuk VF, Blog, Myspace...
Aku menarik nafas dalam...
Ini destinasi aku...
Inilah jalan yg aku pilih.
Ya... aku harus teruskan dan jgn pandang ke belakang lg.
Kerana kini...
Aku memiliki semangat baru!








Damya Hanna posted @ 3:17 pm
| 11 Comments |


Friday, 11 July 2008

Jawapan...

:: PROLOG ::
Kerling ke arah jam, dah pukul 6.00 pg.
Mata tak leh lelap.
Fikiran melayang-layang.
Ngantok sgt. Tapi, nape tak leh tido?
Tiba-tiba tersedar...
mata terasa basah.

:: LEMBARAN 2 ::
Lately nih... byk perkataan 'Sepi' yg aku jumpa.
Sana Sepi. Sini Sepi. Apa2pun Sepi.
Pengaruh filem itukah?
Mgkin ya. Juga pengaruh fikiran aku. Yang turut sedang Sepi.
Aku kesepian.
Aku terasa keseorangan.
Tapi lama berfikir.
Aku cepat2 tersedar.
Aku sebenarnya masih ada DIA.
Ya... DIA yg sentiasa ada di sisi hamba2nya.
Baik di kala senang mahupun susah...
Aku cuba buang rasa sepi itu.
Tapi ttp ada dlm hati.
Cuba cari penawar buatnya.
Terasa sangat sukar dan tidak pasti di mana letaknya.
Aku masih sayang dia.
Tapi...
Ah...apa ya?
Tidak tahu.
Tertanya-tanya tentang keraguan itu.
Aduhai... susah sangatkah mahu memulakan langkah?
Misi utama, perjalanan harus diteruskan.
Destinasi pilihan perlu ditentukan.
Untuk ke mana? Arah yg sama?
Atau...
Lantaran itu...
Aku masih lg di sini.
Teragak2 dalam mencari arah.
Tren sudahpun bertukar-ganti.
Manusia di sekeliling sudah datang dan pergi
Hanya aku yg kesepian di stesen yg sama.
Benar, aku sangat takut untuk membuat sebarang keputusan.
Takut, takut dan takut untuk melukakan.
Apa yg pasti...
Aku sendiri "tak mahu sepi smpai mati"...

:: EPILOG ::
Terdiam lama merenung ke siling.
sendirian mengenang memori dan kenangan lalu.
Airmata mengalir semakin laju.
"Menangis aje puas-puas hari ni. Esok jangan menangis dah." itu nasihat maya.
Tapi aku tak leh janji yg aku mampu menurut kata-kata itu.
Lalu aku sebak dengan sendiri.
Sukar sangatkah aku mahu mengakui?
Yang sebenarnya aku telahpun menemui jawapan itu?
Tapi tidak mampu untuk menerima kenyataan...
bahawa sdh smpai waktunya untuk aku melangkah dari stesen tersebut.
Menaiki tren dan menuju ke destinasi...
YANG BARU!


Damya Hanna posted @ 1:25 am
| 13 Comments |


Thursday, 10 July 2008

Misi....

:: PROLOG ::
Aku ada misi!
Iaitu untuk memperbaiki segala kekusutan yg melanda.
Hati masih gelisah. Jiwa masih tak tentu arah.
Cuba mencari jalan terbaik demi diri sendiri dan masa depan.
Bagaimana?

:: LEMBARAN 1 ::
Smpai shah alam kul 12 tghari.
Pas setel ngadap laptop... maya wat cadangan nak pi makan nasi lemak.
Perut aku yg tengah lapar... terasa semakin lapar.
Layan cite 'Soleha' jap. Tgk Baim Wong dlm cite tu, rasa cam tak leh nk larikan pdgn ke mana2.
Sgt hensem itu orang. Jatuh cinta smpai mengalahkan cinta aku kat Mawi. :D
Soleha abis... maya bukak tv3 layan Ezora. Aku pun layankan aje.
Azan Maghrib tiba2 berbunyi...
Diam jap... cite katun stat.
"Jum tgk wyg!"
"Cite ape?"
"Hancock!"
Kul 7.30...
Carik baju jap. Then aku ngan maya terus bersiap2.
Setel solat terus keluar umah.
Seb bek jln tak berapa jem.
Smpai Jusco Bukit Tinggi dlm kul 9 kami pi beli tiket...
Ya, AMPUN! Dpt seat kat area depan...
HANCOCK
"Cite dia oke. Tapi tak sebest Spiderman 3 kut.
Tak tau ape mesej yg die nak smpaikan. Cite die byk pasal mencari diri-sendiri terhadap kesepian yg dia lalui sehari-hari.
Bulehlah tgk cite ni utk isi masa lapang..."
Abis tgk wayang. Kitorg singgah Miraasa... makan.
Xtxt tamat!

:: EPILOG ::
Misi masih belum dicapai!
Keputusan masih terawang2.
Nasihat diterima dengan hati terbuka.
Terima kasih kekawan.
Terima kasih kazen kesayangan.
Hati sudah terasa lapang.
Memilih utk terus mencari jwpn itu di hari esok...


Damya Hanna posted @ 3:03 am
| 8 Comments |


Wednesday, 9 July 2008

Harapan...

Entah! Mungkin dia tak sedar apa yang dia lakukan! Yelah... secara logiknya pun, mana ada dalam dunia ni orang akan mengaku kalo dia saket jiwa. Kasihan, kan?

Ya... tadi memang ada rasa panas yang mengulit perasaan aku! Tipulah kalau takde. Tapi lama2 aku terasa seolah-olah perkara yg dibuatnya itu dah jadi lawak. Bila difikir-fikirkan... gelihati pun ada.

Bodohnya! Tersangat-sangat bodohnya aku kerana telah melayan kebodohan dirinya itu.
Betul nasihat yg aku terima. Kalo dilayan, memang membazir masa. Sudahlah satu kerja takkan menjadi... diri sendiri yang sakit hati. Orang jenisnya... takkan sedar dan takkan tahu apa yang dilakukan. Nasihat diberi pun, wat abis air liur aje...

Jadi, syabas buat diriku! Mgkin aku sudah berjaya membuktikan yang aku tidak sebodoh dirinya. Eh, hello...mendiamkan diri bukan bermakna aku takut okey! Tapi, aku sudah tidak mahu terjebak dalam kancah hina yang ada dalam dirinya. Untuk apa jika tiada keuntungan pun yg aku perolehi? Hanya akan menimbulkan bintik-bintik hitam dlm hati. Ya... bukankah syaitan sentiasa ada pada hati yang sudah rusak? Maka... semakin busuklah ia...semakin menjahanamkan jiwa.

Arghhh...sudah cukup cerita tentangnya! Aku ingin memulakan lembaran baru. Aku ingin melupakan tindakan 'ampes'nya itu.

Harap2 aku berjaya mengurangkan beban fikiran yg meracuni mindaku selama dua hari ini...

:: AMIN ::


Damya Hanna posted @ 10:40 am
| 9 Comments |


Tuesday, 8 July 2008

Kusut! Aku sangat kusut!

Kusut!
FIkiran terasa semakin kusut bile ada anasir luar yg mula mengganggu kehidupan tenang yg aku impi2kan sejak dua tiga minggu kebelakangan nih...
Apa salahku? Aku yakin aku tidak mengganggu hidupnya. Aku tidak penah mahu campur dlm urusannya. Atau urusan2 peribadinya.
malah, aku jugak tidak mengharapkan kesempatan yg aku perolehi ini untuk semakin menambahkan bebanan akal yg aku hadapi kini.

Budak itu sangat2 melampau...
Ye, aku tidak pernah berniat utk mencari gadoh mahupun memulakan per'gadoh'an.
Sedar ke die yg die sendiri telah membuatkan aku jelek dgn sikapnya? Bukan orang lain. Bukan sape2. Hanya aku yg terasa begitu! Lagi sekali diingatkan... hanya aku!

AKu tidak tahu apa alasannya. Tiba2 aje dendam terhadap sekutunya itu ditebar2 di dlm ruangan tsbt. Di satu ruangan di mana aku sdg beramah mesra bersama teman2. Perlu ke dia memaki hamun sekutunya tanpa alasan yg munasabah? Maksudnye... mengapa harus tiba2 mencelah perbualan2 di situ bersama ayat2nya yg agak menjengkelkan?

Ya mmg haknya utk memaki sape2 yg die tidak ske tp bkn di ruangan aku. Ruangan di mana, aku sdg berbahagia mendengar cerita teman2. Ruangan di mana, aku sdg bergurau-senda dgn mereka2 yg aku baru kenal mahupun sdh lama kenal...

Mungkinkah kehadirannya itu sekadar mahu menghasut kenalan2 di ruanganku spy sama2 membenci sekutunya? Atau mungkin mahu membuatkan kami semua terjebak sama dlm kebencian yg sedang merebak dlm hatinya?

Oh TUHAN! manusia apakah?
Atau... mungkin juga aku yg terlalu beremosi lantaran perkara2 genting yg sedang aku lalui waktu ini dlm hidupku?
Aku kurang pasti tentang itu. Tp aku seakan2 yakin yg aku tidak salah membuat tindakan.
Aku masih waras. Aku masih tahu ape yg harus didulukan dan dikemudiankan. Mungkin ada kalanya aku silap membuat perhitungan. Manusia... tak pernah sempurna kan... "Itu pepatah klise!" Tp perkara ini benar2 memberi pengalaman baru dlm hidupku.

Iaitu : Jgn sekali2 mempercayai insan di sekekiling anda dgn sekali pandangan. Kelak merugikan jika tersilap memilih jalan...baik die mahupun sekutunya, aku tidak sesekali memilih 'bulu'. Memilih dgn hanya mengenali salah-seorang dr mereka. Tetapi aku memilih dgn keselesaan yg aku rasai di dalam diri aku... keselesaan di mana hanya aku dan DIA yg tahu...

DUlu... aku cepat mengalah bila dicabar. Aku senang menjadi lalang yg hanya mengikut alunan angin yg bertiup samada kencang ataupun sepoi2. Mungkin masih ada saki-baki sifat itu dalam diriku kini. Tp... atas pengalaman lalu... aku sudah semakin matang. Smkin aku mengenali sifat manusia, semakin aku yakin... kite di dunia ini hanya berseorangan dlm mencari diri kite yg sebenar2nya. AKu cuma seorang hamba ALLAH yg kerdil lg hina. Dan aku masih berusaha keras utk menjadi insan yg dipandang mulia bila berada di sisiNYA... akan adakah peluang itu buatku?
Wallahualam... Hanya DIA yg maha mengetahui apa yg tersirat di sebaliknya...


Damya Hanna posted @ 2:03 am
| 28 Comments |


Monday, 7 July 2008

Destinasi yg mana...?

Lately ni, aku selalu dgr maya bercite pasal budak tu. Bleh dikatakan tiap-tiap detik, mesti dia akan sebut apa yang mereka buat, bualkan dan macam-macam lagi. aku tumpang gembira sambil pikir-pikir dalam hati.
"Oh, gini rupanya bila hati sedang bahagia." Tiba-tiba je aku teringat kisah lama sambil senyum sorang-sorang.
Alhamdulillah beberapa hari yang berlalu, aku dah dapat rasa ada ketenangan dalam idup aku. kepala dah tak berapa kusut. sejak dia bersetuju utk bg space kat aku, dengan secara tak lgsungnya, aku dah dpt merasakan apa yg aku harap-harapkan sejak kami berkawan. bukan nak kate yg kehadiran dia dah watkan aku sesak napas. tidak sesekali tau!
dia memang baik. penyabar dalam segala hal. kalau ada rasa tak sabar tu pun, bila time-time tertentu aje. manusia kan tak pernah sempurna?
aku... ermm susah nak kata. memang banyak kekurangan dlm diri aku. sangat2 perlu diperbaiki lg. dah cuba untuk jd yg terbaik buat dia tp... inilah aku yg sebenarnya.
tak taulah kat mana silapnya... satu hari, dia mesej aku. masa tu aku dah tido. Mgkin waktu dah nak masuk Subuh. dia cakap "kami dah lain & dah tak mcm dulu."
Akceli, aku mmg perasan perkara yg sama. Mgkin juga kebelakangan ni... aku agak busy ngan mcm2 perkara. Keluarga, keje, manuskrip, book fair, VF dan mcm2 lg. So... perhatian buat si dia, dah mula berkurangan. Aku tak smpat nak pikir pasal perasaan dia. Mungkin jugak kadang2 aku tak perasan yg dia berkecil hati ngan cara aku. Tapi... itu sumer aku pernah beritahu pd dia sewaktu di awal perhubungan kami. Sewaktu die mula mengenali aku sbg 'Damya Hanna'.
"Saya byk komitmen! Jgn kecik hati bile sy tk smpat nak borak2 ngan awak bile sy busy." aku penah kata gitu kat dia lebih kurang.
"Takpe orang paham! Orang pun bkn selalu ada kat sini."
Mgkin bile dah saling mengenali... prinsip2 yg tertanam dlm diri, mula hilang dari ingatan. Aku terlupa utk memikir ttg dia bila aku sdg kesibukan. Lalu, bila dia mengutarakan perkara yg membuatkan fikiran kami sama-sama kusut... aku terfikir utk meluahkan apa yg aku pendamkan dlm hati selama ni. Aku mmg penah mencari-cari masa utk berbicara tp kesempatan itu belum ada.
aku taknak lg terkocoh-kocoh membuat perhitungan. yelah... tak pasal-pasal aku kesal di kemudian hari. So, aku bercadang nak berbincang dgn dia bila aku betul-betul bersedia. Tapi bila? Macamana nak tau sama ada aku sudah bersedia ataupun tidak?
Lastly... bincang dan bincang, keputusan itu kami ambil.
"Space... I need space! Bleh ke?" aku tanya dia.
"Take your time. Orang bleh tunggu. Ne thing happened, don't worry. Orang tak penah nak salahkan awak." lebih kurang gitulah ayat terakhir dia.
lepas tu, aku tak penah lg terima mesej dari dia. call apatah lg. aku pun tak penah kirim apa-apa berita pd dia. call pun sama gak. Rasanya dah nak dekat sebulan kut kami tak berhubung.
Rindu... masih ada. Datang sekali-sekala dlm diri. Bila tgk org lain sengih2 dpn skrin phone... jeles gak. Teringat2 kenangan aku ngan dia dulu. Tipu lah kalo aku takde rasa tu.
Tapi... aku belum bersedia utk pikir apa-apa ttg kami. Aku nak rileks2 & bernafas ngan tenang. Nak enjoy2 dulu ngan family & kawan2. Nak baring2 smbil peluk mak masa tgk tv. Tak kisahlah korang sumer nak kata apa. AKu tak peduli. yg penting... aku xnak main redah2 lg. main serbu2... aku xnak jd mcm org lain yg ske lari dr masalah. aku jgk xnak jd mcm org lain yg sng pasang 2/3 'spare part' utk raih kegembiraan baru smbil isi2 masa. Ye ke? Entah... aku tak tahu...
apa yg aku tau... aku sdg berhenti seketika. Ya... utk seketika sehingga jawapan itu ada untuk si dia.
Kata maya "Tren byk lg. Jgn riso2."
Mula2 aku tak paham. Lama2 berfikir, aku paham akhirnya.
Ya.. betul! Tren mmg byk lg. Dulu, aku dah naik satu tren dan kini sdg berhenti di satu perhentian yg aku sendiri tak pasti.
Aku masih ada tiket dalam poket seluar aku dan aku belum pikir destinasi mana yg aku nak tuju lepas ni. Perlu ke aku terus keluar dari stesen tu? Atau meneruskan aje perjalanan utk ke destinasi yg aku dah pernah rancang sblum ni?
Apakah akan ada bahagia kat situ kalau aku meneruskannya spt biasa?
Mungkin juga... aku perlu mncari destinasi yg baru?
Kalo buleh aku taknak sesat. Aku tak mahu turun kat tempat yg aku tak tau apa-apa.
Jadi... apa kesimpulannya?
Aku masih juga di sini...
Mencari jawapan yg tak tau bila akan aku temui...


Damya Hanna posted @ 1:54 am
| 16 Comments |


Thursday, 3 July 2008

marahnya aku!!!

"Pakai tudung tp kurang ajar!"

Aku tdgr ayat tu terucap dr satu bibir.
Perghh... menyengat. Betul2 menusuk kalbu.
AKu terperanjat...
"Hei... kurang ajar..." aku pun tak sengaja terjawab gitu.
"Kau tu yg kurang ajar..." minah tu jawab lg then die trus ilang dari pintu toilet KLCC mlm smlm.

Dari situasi atas tu, mesti korg sumer pun cam tak sangka ada gak manusia gitu dlm dunia ni. Mmglah ada... isk ngots plak ayat aku tu. Tp selama aku idup, jarang tul aku berdepan ngan situasi gitu. Gado2 mulut sbb pd aku zaman nak gado2 ni dah lama berlalu. Ibarat zaman kanak2 aku dlu. gado2... nanges2 pastu tak kawan... lama pastu ok balik...

Tp smlm, pas tgk wayang cite sepi, aku-shem-maya-tinie ngan udi gi singgah toilet jap (udi masuk toilet male ok) kitorg pun beratur utk tunggu giliran masuk toilet. Tp bile tiba turn aku, tetiba ada sorang minah free hair, baju itam ngan suar atas lutut ni muncul dr pintu terus cut line. Aku terkejut. Last2 bg chance dia masuk dulu. wpun dia ngan muke tak bersalah tak pandang kiri kanan tutup pintu.

Tp aku membebel gak la kat maya ngan chem kat luar yg bdk tu dah cut line aku. Terpaksa tunggu toilet lain. Tp bdk tu dah abis dulu. Masa aku nak masuk toilet yg dia dah guna, dia bleh jeling kat aku then ckp dialog yg kat atas tu...

Apa pendapat korang? Salah aku ke salah bdk tu? Bkn ke bdk tu yg sepatutnya mintak maaf dan sedar ngan kesalahan diri die yg dah cut line tu? Aku bknlah hadap sngat kemaafan dia tu tp tolonglah sedar sket ngan khilaf sendiri.

Then ada plak hati die membebel ttg aku kat bopren die yg tgh menunggu kat luar toilet. Kalo tak ingat ttg sopan santun aku sbgi org Melayu dan Islam, lama dah aku kejar minah tu & sound die ttg apa yg dia wat & bebelkan. Tp.. nk wat cane... kene gak pikir keselamatan diri. Dahlah malam2.. kata maya, kot2 minah tu ada konco2 ke kan... tak pasal2 jd kes piere andre cam dlm cite SEPI yg kitorg baru pas tgk smlm...ceyyy...

Arghh... sepanjang jln pulang aku cam nyesal jek tak sound betul2. Terasa saket ati bile terkenangkan statement minah tu yg dah melibatkan org tudung ngan tak bertudung. Ape ingat yg bertudung ni sumer lemah-lembut & takde rasa marah ke? Bleh pijak2 pala gitu. Tak mgkin ada manusia gitu dlm dunia ni. Pecayalah ckp aku... hurmm..


Damya Hanna posted @ 6:57 pm
| 32 Comments |


Wednesday, 2 July 2008

kebahagiaan...

Arini lepak umah je dr pg coz ptg sat gi nak kuar gi klcc smntara tunggu mlm nak tgk cinema Sepi ngan shem & da geng mlm ni... Then, cadangnya nak balik kondo sbb maya nak jaet suar utk customer kedua dia plak...

Smlm aku tetiba dpt col dr fixer. Dia ada kat kl. Cesh, bkn nak gitau awal2 pun die turun kl. Xde plan ape2, last2 aku kasik tumpang kondo aku satu mlm utk die & wife die melepak...smpat gak jumpa die borak kat ANi SUp UTARa sblum berpecah kul 7 lebih tuh...

Dua, tiga hari dlm minggu ni... VF masih hangat ngan cite pasal penang. Akceli bkn whole VF bercerita pasal Penang cuma page2 kami yg terlibat jek masih hangat ngan Penang. Kalo nak diikutkan, dlm pikiran aku pun masih wujud kenangan2 ttg Penang. Perghh... kalolah aku leh gerakkan paksi masa berbalik kpd hari smlm, smlm dan smlmnya... Ermm...angan2 takkan mmpu menentang realiti...

Adess... ayat kat perenggan atas tu mcm emo sket plak bunyinye kan? Bkn ape... mmg aku siyes bile aku kate kenangan kat penang sangat susah nak dilupakan. Mgkin dlm masa terdekat nih... aku akan terkenang2 memori masa ke sane. Tmbah2 ngan segala perkara yg melanda dlm hidup aku lately nih, keseronokan di sana mampu mengurangkan kesepian di hati. Ecehhh....dont worry... aku ok. Cume... i'm taking a break for a while. Rilekskan minda. Tenangkan hati. Pikir elok2 ttg diri sendiri demi masa depan yg masih jauh...nak bahagia, bknnye senang. Kene berkorban mcm2 perkara...

Nengok maya bahagia, aku tmpg gembira. Bkn aku tak pasan, spjg perjalanan kat highway plus tu... tgn dia tak lenguh2 naip meset. Takde lah jeles pun... Just riso & tertanya2 sama ada dia memilih keputusan yg betul. Bkn ape, sangat takut die keciwa lg. Sangat riso dia sesat dlm memilih sama ada mengikut gerak hati atau serik ngan apa yg penah terjadi satu waktu dulu kat diri die...

Aku takmolah ckp lelebih ttg maya... just tunggu & lihat. Kalo ada jodoh tak ke mana kan :> Aku doakan yg terbaik utk dia. Of cos aku akan doakan yg terbaik utk aku gak...






Damya Hanna posted @ 3:24 pm
| 9 Comments |


Tuesday, 1 July 2008

Penang...

"Amacam?" tanya Intan Weng.
Shem jeling kat aku. Aku plak toleh kat Zana.
"Aku on. Nak pegi bile?" aku tanya.
"Hujung bulan ni kau balik kg nak amik kete, korg bleh arr juin skali." Intan Weng gitau sambil pndang kitorg sorang2.
"Zana ko juin tak?" Aku tanya kat Zana.
"Wei, aku baru abis RM130 servis kete. Ni nak jln jauh lg..." jawab Zana tp aku tau die berkira2 antara nak juin ke idak.
"Ala, bkn selalu. Nnti entah bila lg dpt plan best2 gini."
Aku tak igt sape yg cakap gitu. Ke dlm ati aku yg berkata2 sendiri? Tak tahu...

Yg aku tahu, perbualan2 kat atas tu dah pun jd kenyataan. Ya, kenyataannya... hujung minggu lalu kami geng2 VF dah berjaya menjejakkan kaki ke utara tanahair, Pulau Pinang.

Tak sangka! sungguh2 tak sangka, aku dah selamat membawa Jazz kesayangan aku merantau sampai ke sana. Mula2 aku igt tak ramai yg juin sbb VFKL yg konpem cuma 5 org. Sume pempuan & cukup utk satu kete aku. Then, aku dpt tau dak2 VFJB pun ada yg nak turun. Tp dierang naik bas dr JB terus ke Penang.

Siyesly, trip ke Penang ni mmg superb! Kekawan VF dr utara mmg sangat on time & berjaya entertain kitorg dgn komitmen yg sangat sempurna. So, bbrp prog dr tentatif berjaya dipenuhi kecuali acara ke bukit bendera atas sbb2 yg tak dpt dielakkan.

Nilah antara jadual kami ketika berjalan ke Penang...

1st day...
- Mkn kat kedai Bigboss & kos ditanggung oleh beliau. Tq.
- Bertolak 5 kete ke pulau. Menaiki feri terus ke Padang Kota then ke Pulau Jerjak utk acara bergambar.
- Lepak minum sblum gi mkn nasi kandar LINE CLEAR kat area town.
- Terus ke Bukit Bendera tp dpt bergamba kat luar2 je.
- Ke Pantai Batu Feringgi, naik banana boat sambil2 tu tgk wisha & intan weng bertarung nyawa nek payung terjun.
- Setel mandi-manda, jejalan kat nite market plak. Ala2 downtown & uptown la nih...
- Bertolak balik ke seberang menaiki jambatan pulau pinang. Layan Char kuey tiow plak. Perghh, sedap!!
- Balik umah. tido... Zzzzz....

2nd day...
- Gi roadwalk kat Butterworth. Konon2 nak caik minyak tp xdek plak. Isk...
- Makan laksa penang yg ada cucur...
- Bertolak ke kilang jeruk. Beli-belah jap.
- Singgah kedai aksesori kete jap.
- Then mandi manda ke Junjong....Otw ke sana, kami singgah makan durian dlu. Uishhh, sedap beb!
- Kul 7, bertolak ke Kuala Juru. Makan nasi ketam. Tp aku makan nasi sotong.
- Kul 10 lebih, bertolak balik....
- Memori di Penang, akan dikenang... Tq VF Penang... lain hari kami pi lagi...








Damya Hanna posted @ 1:07 pm
| 21 Comments |