<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Thursday, 30 October 2008

Tagged lagi...

Aku baru aje layan cite Kekasihku Seru.
Seram tul cite tu tp sedikit keciwa sbb ending die agak rush...
Walaupun gitu, aku ttp salute sbb nilah antara drama seram yg aku rasa mmg seram bila tgk smpaikan bile sorang2 tobat aku takkan tgk. 'seb beklah maya selalu ada so blehla die temankan aku tgk.'

Akceli, aku lum ada mood nak apdet blog. Tp masa sibuk layan manuskrip td tetiba aku gatal tngan nk layan blog shem.
Cesh... tak pasal2 kene tag.
Seb bek soalan die takdelah susah cam soalan SPM.
InsyaALLAH aku akan cuba jwb seikhlas mgkin...

-7 Fakta Tentang DIRIKU-
1. Suke berangan
2. Suke melancong
3. Suka nombor 5 sbb aku anak ke5 dr 7 org
4. Seorang novelis yg dah terbitkan 6 novel (ni pun satu fakta tau. Bukannya statement nak berlagak. Huhu!)
5. Cepat merajuk (tp dun worry. Bile aku dah majuk, aku suke pujuk diri sendiri)
6. Malas nak layan orang yg suke tipu. (Sekali tipu, lain tahun pun lum tentu aku nak caya die lg)
7. Bukan pendengar yg terlalu baik tp bleh la kalo dah terdesak.

-7 ciri Lelaki/Wanita Idaman-
1. Beriman. Solat tak tinggal sbb bleh pimpin aku sama-sama.
2. Gud looking. Tak perlu hensem. Manis je dah cukup asalkan sedap mata memandang. Eceh!
3. Romantik... semestinya tp jgn terlalu melampau. Geli lak kalo melampau2 romantiknya kan.
4. Understanding. Yelah ngan kerjaya aku skang, aku harap lelaki tu faham. Ada masa aku sibuk ngan novel dan ada waktu aku akan sibuk ngan kedai.
5. Ada ahli keluarga ramai sbb keluarga aku pun ramai. Mesti meriah, kan?
6. Ada sifat humor sbb mesti perhubungan kami sentiasa ceria. Haha...
7. Tak halang aku nak lepak ngan kawan2. Takkan asik die aje yg melepak ngan kawan die kan?

-7 mangsa seterusnya-
Keluarga aku ada 9. Tp yg tinggal skang 8. Kalo tolak aku, ada 7 org. So.. itulah jawapannya...
1. ABAH
2. MAK
3. LONG
4. ALANG
5. AKAK
6. APIT
7. MAYA
(Akceli aku takde mangsa yg sesuai. Jd ini jelah caranya aku leh stop tagged ni dari merebak =))


Damya Hanna posted @ 11:03 pm
| 8 Comments |


Tuesday, 28 October 2008

Macam2...

Dalam hidup, takkan pernah ada manusia yg memperolehi kehidupan sempurna.
sempurna yg macamana? Maksud aku dari segi kelancaran rutin, kos hidup, sosial dan macam2.
Mungkin ada yg merasakan hidup mereka sempurna tp susah sgt kite nak jumpa.
Even dlm novel pun, mana ada watak hero dan heroinnya yg sentiasa bahagia sepnjg masa?
Kalau ada, mgkin itulah novel yg paling boring di dunia.

Aku bercerita ttg 'kehidupan' dlm entry blog aku kali ni sbb tiba2 aku teringat ttg kisah hidup kazen aku yg sorang ni.
Dia seorang lelaki. Sudah berkahwin dua tahun lalu dan kini mmpunyai seorang anak kecil (lelaki) yg berusia setahun lebih.
Dulu, aku selalu merasakan yg kazen aku ni sangat bertuah kerana memiliki isteri yg cantik menawan. Bukan itu saja, si isteri bekerja pun bukan jenis yg calang2. Selalu terbang sana-sini melintasi awan di mana2 negara. Kalau nak diikutkan kazen aku ni tidaklah terlalu kacak sehingga berjaya memiliki hati wanita yg sebegitu rupa.
sebelum kahwin dulu, kami sedara-mara pelik dan tertanya2. Macamana agaknya mereka berkenalan? Macamana agaknya si wanita berjaya dipancing oleh si lelaki itu sehingga mereka mengikat janji ke jinjang pelamin setelah berkawan mgkin lebih 5 tahun lamanya?

Entahlah. Persoalan itu masih melintasi akal fikiran setiap kali aku melihat wajah kazen aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita... kehidupannya yg pernah dilingkari kebahagiaan, kini seolah-olah sedang retak menanti belah. Tak tahu di mana silapnya... hubungan suami-isteri itu seakan-akan berantakan disebabkan pelbagai campurtangan dari beberapa pihak. Sudahlah begitu, dia dipisahkan dari anaknya. Kalau tak silap, beberapa bulan juga dia tidak berjumpa si kecilnya itu. Pasti rindu!

Kasihan! Kami yg melihat terasa syahdu, apatah lg dia yg merasainya.

Baru2 ni, kami sekeluarga ke pantai timur untuk menghadiri kenduri kahwin keluarga angkat. Hampir 5 kereta juga bertolak ke sana. Dek kerana rindukan anak kecilnya, tahu2 aje... kazen aku ni menghilangkan diri ke rumah keluarga si isteri utk berjumpa dengan anaknya yg sudah lama tidak ditemui...

Rupa2nya anak itu sudah berjalan. Aku smpat melihat rakaman videonya.
Hampir menitis airmata.
Ah... apa yg mampu aku lakukan selain sama2 merasai kesedihan yg dirasai kazen ku itu.
Mgkin aku boleh berdoa untuknya.
Mana tahu masih ada sinar buat dirinya.


Damya Hanna posted @ 8:19 pm
| 19 Comments |


Friday, 24 October 2008

Busy...

Akceli aku kini seorang yg sgt busy.
Busy sebusy busynye. Bleh ke ayat gitu? Ah dulik!
Apa yg aku tau, aku mmg busy!
So, aku mgkin akan menyepi utk bbrp waktu.
Jgn tersalah anggap!
Takde sape2 yg mengecikkan hati aku mahupun telah membuatkan aku bertindak camni.
Tp aku terpaksa menyepi atas alasan tertentu.
Alasan yg hanya bbrp org yg tau!

InsyaALLAH aku akan cuba cari waktu utk apdet ape2 yg patut kat sini.
Jadinya, kalo korang merindukan aku... bleh la masuk ke blog aku ni selain emel atau sms utk bertanya khabar.
Okey?

Aku nak stop. Ade keje nak buat!


Damya Hanna posted @ 1:15 pm
| 4 Comments |


Wednesday, 22 October 2008

Kulitku....

Ermm... aku masih di dlm mood cuti. Ikutkan hati malas nk ke mana2 hari ni disbbkan masalah kulit yg aku alami sejak balik dr Phuket. Bukan masalah apapun... just kulit dah mula mengelupas & menyebabkan aku rasa nak selesa nak berdepan ngan org awam. Huhu...

Sok, ALAF wat open house. Aku tgh pikir2 cemana nak mekap spy takde sape2 yg perasan ttg perubahan kulit kat muka aku nih. Kan best kalo open house tu diadakan dengan memakai topeng ala2 maskuratte party (betul ke ejaan die camtu? Tak sure!). Tp... ngarut je open house raya nak dibuat camtu, kan? Haha...

Apapun... aku skang ni dah mula nak sibuk2 ngan novel ke7. Aku kene bekerja keras utk dptkan hasil yg lebih baik. Hopefully kali ni berjaya memikat lebih ramai pembaca... sangat2 berharap. Amin...


Damya Hanna posted @ 5:57 pm
| 8 Comments |


Tuesday, 21 October 2008

Cerita ttg holiday...

::PROLOG::
Jam dah pukul 10.15 mlm.
Kalo nak diikutkan, waktu tempatan baru aje mencecah 9.15 mlm.
Cuaca kat luar hujan. Sangat lebat!
Entah cemana, bibir aku tiba2 tersenyum dalam diam.

BAB :: Percutian ::
Yes...Yes! Akhirnya sampai jugak aku kat Phuket, sebuah tanah kepulauan yang terletak di selatan negara Thailand. Aku rasa nak melompat. Yahuuu...percutian 4hari 4malam aku sudah bermula...
Hari pertama tiba, aku tak dpt nak komen apa2 ttg phuket memandangkan flight aku dan lima org lagi yg turut serta adalah di sebelah malam. Kebetulan, hujan yg sgt lebat menyebabkan plane tak dpt nak mendarat dengan sempurna. So, keadaan ni dah menyekat sedikit mood aku untuk xcited lebih2.
Tapi... rasa teruja tu ttp ada dlm diri dan aku tahu lima org yg bersama dengan aku same2 merasai perasaan yg sama. Akceli, plan ke Phuket ni dtg dr geng Ana & Pitt (Kwn UKM aku) bersama 3 orang lg kawan dierang. Ntah cemana, dierang tetiba leh ajak aku & aku leh ter'open' pasal plan ni kat family & kekawan VF aku.
Jd, tak semena2 shem nak juin ngan sorang kawan opis die, Min. Akak plak nak juin ngan kwn opis die, Shahida. Aku pun mestilah juin & mmg bercadang nak angkut maya sama2.
Nak dijadikan cerita... kami seramai 11 orang telah mengikuti trip ke Phuket ni secara free & easy.
Jadi kami telah memilih untuk menetap di hotel yg sama. Yg berbeza hanyalah waktu flight.
Iskk...byk sgt aku nak cerita. Tp aku tau korang2 sumer mesti mls nak bace.
Apa kata... aku highlight aje perkara2 penting yg aku lalui sepanjang berada di Phuket?
Hopefully korang enjoy...

Day 1st - 16 Oct 2008 (Khamis)
8.20 pm : Flight ke Phuket.
10.15 pm : Check in kat Poppa Palace Hotel yg terletak berdekatan Patong Beach. Kami diberi jus oren. Slurrrpp... sekali sedut dah abis.
11.00 pm : Lepak jap kat lobi, jumpa geng2 Pitt & Ana. Then, diberitahu ttg xtvt kami keesokan harinya.
Flight : RM 336 pegi dan balik (AirAsia)
Hotel : RM 280 4d4n (Poppa Palace Hotel at Patong Beach)
Airport Transfer : RM20

Day 2nd - 17 Oct 2008 (Friday)
ISLAND HOPPING

7.30am : Bertolak dgn MiniVan ke Phuket Port yg terletak di Chalong.
Then, naik speed boat reramai untuk ke Phi Phi Island.
Berhenti di Maya bay utk sightseeing. Tmpat yg sesuai untuk bergambar dan berenang sbb teluk ni tidak diduduki oleh sesiapa kecuali
Polis Marin yg menyebabkan kawasannya begitu terjaga.
Btolak semula menaiki boat utk sesi snorkeling di Coral Bay. Lebih kurang 5 minit je dari Maya Bay. Tmptnya sgt cantik dan kami diberi peluang selama 30 minit utk snorkeling.
Tp aku tak puas snorkeling sbb kena angkut maya sama2.Yelah, aku bknnya pandai sgt berenang. So, bila bawak org... tahap renang aku semakin menurun menyebabkan aku ngan maya tak bergerak ke mana2 selain ombak yg membawa kami mengikut alunannya.
Tamat sesi snorkeling, kami berangkat ke Phi Phi Leh Island. Menurut Bobby, tourist guide kami... phi phi leh bermaksud bilik ataupun rooms in english. Tp entah betul ke tidak, aku tak sure sbb bile ditanya ttg ejaan... Bobby ni nmpak tak sure. Apa yg pasti, pulau ni dikelilingi batu2 gua. Mgkin itulah maksud Bobby, disebabkan kawasannya yg menyerupai sebuah bilik, pulau ini di panggil Phi Phi Leh.
Kat sini, kami skdr diberi peluang mengambil gambar di atas boat.
Tamat sesi bergamba, kami dibawa mengelilingi Viking Cave iaitu satu tmpat yg agak popular untuk sesi penggambaran filem lanun. Ia turut dikenali sebagai tmpat pencarian sarang burung kerana terdapat burung layang2 tinggal di situ.
Kemudian, boat membawa kami menikmati suasana hutan di tengah2 laut di mana pulau ini dikenali sbg Monkey Bay kerana ia dipenuhi dgn monyet2 liar.
Tamat sesi tengahari, kami berhenti di Phi Phi Don untuk makan. Selepas makan, kami berjalan2 di sekitar pulau dimana terdapat banyak gerai sorvenir di jual di sini.
Harga agak mahal, so aku tak bercadang mmbeli apa2 sorvenir kt sni selain sehelai shawls cotton yg aku tiba2 berkenan. :p
Selesai makan, kami menaiki boat semula untuk ke Khai Island. Tmpat ni sesuai untuk mereka yg suke berenang. Tp aku malas nak berenang sbb pantainya dipenuh coral.
So, aku ngan geng2 lain terus melepak kat bawah kerusi pantai dimana kami perlu membayar untuk duduk di situ.
Selama satu jam setengah melepak, akhirnya kami berangkat pulang ke Phuket Port dan bergegas bersiap2 untuk xtvt sesi sebelah malam.

::PHUKET FANTASEA::
Ibarat macam theme park atau funfair sbb byk games tikam2. Kalo kat Malaysia, tmpat camni kelihatan mcm Sunway lagoon atau kat korea seolah-olah seperti Everland. Cuma takde ekstrem game aje. Sesapa yg dtg Phuket fantasea ni mesti terasa mcm berada di alam fantasi sbb kebanyakan mereka memakai costume yg pelbagai bentuk. Phuket Fantasea ni adalah salah satu drpd best attraction kat Phuket. Akceli, aku ngan team aku malas nak juin pd awalnya sbb bajet yg agak terhad. Tp, memandangkan kekawan aku yg team satu lg tu dah booked, kami peruntukkan jugak duit baht untuk turut serta.

Mula2 smpai, kami smpat bergamba sementara menunggu Emi membeli tiket. Harga tiket Fantasea termasuk dinner secara buffet dan Fantasi Show. So, pas dpt tiket, kami terus ke dewan makan. Uishh... tak sangka dewannya agak besar dan terdapat buffet khas untuk masakan halal bg kaum muslim. LEGA!!!
Makan buffet yg enak dan puas hati.
Aku terus xcited ngan Phuket Fantasea & terasa tak rugi kami sama2 join xtvt yg hanya diadakan pd sebelah mlm.
Selepas makan, show akan bermula pd jam 9.00mlm a.k.a 10.00mlm waktu Malaysia. Sebelum masuk ke dewan, beg kami diperiksa terlebih dulu dan kami diberitahu kamera dan hp tidak boleh dibawa masuk ke dewan teater...
Show :: Lebih kepada pertunjukkan cultural berkenaan kehidupan rakyat thai, magic, tarian dan nyanyian. Ia dilengkapi dngn effect 4D, acrobatics dan mcm2 lg... kami agak puas hati jugak ngan pertunjukan fantasea ni. Cuma...nak komen, jalan ceritanya agak bersepah dan susah untuk difahami kerana ia seolah2 tergantung. Mungkin boleh diperbaiki...
Show ditayangkan selama 1j 45 minit. Selesai pertunjukan, kami berangkat pulang menaiki teksi untuk ke hotel selepas mengambil semula barang2 elektronik kami yg ditinggalkan di kaunter penyimpanan barang2.





Day 3rd - 18 Oct 2008 (Canoeing)
8.30am : Bertolak dr hotel ke Ao Poh Pier menaiki van. Perjalanan selama 1j.
Then, 1 jam lg naik slow boat untuk ke Phanak Island. First time Canoe (dibawa oleh org yg arif), aku terasa ia mmg satu pengalaman yg sgt2 best. Rugi sape yg gi Phuket tp tak pi canoe. untuk masuk ke Phanak Island ni, kami sumer kene lay down atas pelampong yg membawa kami sbb batunya agak rendah dan muka hampir mencecah batu gua yg agak tajam. Awal2 tu mmg cuak tp bila dah masuk ke lagoon, aku terpegun seketika tgk ruang dlm tu yg mmg cantik... Airnya takdelah tinggi. Beria aje aku memakai life jacket. tahu2 aje bleh berlari2 dlm sane... :p
Abis canoe sane, kami ke Hong Island. Still canoe sblum ke James Bond Island yg terkenal selepas tmpatnya diambil untuk sesi penggambaran sebuah filem james bond. Kat sini, kami diberi masa selama 1/2 jam untuk melewati sekeliling kerana terdapat bbrp gerai jualan sorvenir oleh kaum muslim di sini.
Then lunch atas boat dan bertolak ke Lawa Yai Island selama 1j untuk swimming. Aku swim sekejap je sbb airnya agak masin dan kulit muka dah mula pedih. Selepas mandi2 kat shower room, kami berangkat balik menaiki boat yg sama ke Jeti.

Malam : Berjalan2 ke Shopping Mall dan Bang La Road untuk beli sorvenir. Rate kat sini agak mahal. Sape2 yg dtg area Patong Beach, aku syorkan jgn beli sorvenir kat sini sbb byk lg area lain yg lebih murah. Dinner sendiri.


Day 4th - 19 Oct 2008 (City Tour)
Pakej termasuk transportation. Di mana kami dibawa ke tmpat2 mnarik di area Phuket. Sebelum bertolak kami berenam sempat berjalan2 di sekitar pantai Patong (ni tak termasuk pakej). Mmg tak rugi kami bgn awal pg sbb pantai Patong mmg cantik walaupun cuaca sgt panas terik.
1. Sunset View Point kat Karon Beach. Masa ni awal pg so kami sekadar amik gamba sbb tmpatnya mmg menarik dan cantik.
2. Phromtape Cape : Juga merupakan sunset view point. Tp kami dah amik pakej untuk view sunset sblh ptg. Jd, masa ni kami sekadar berjalan2 di kedai sorvenir yg harganya mmg murah...Cuaca panas giler. Kene beli air yg byk untuk hilangkan haus.
3. Tgk Gyspy Village iaitu perkampungan nelayan.
4. Melawat Kuil Chalong : amik2 gamba kat area luar then jejalan lg kat kedai sorvenir. Kat sini pun hg brg tak mahal. T-shirt berharga 100bht (lebih kurang RM10) aje berbanding kat Patong kami dpt 150bht. Isk... rugi2...!
5. Berangkat ke Safari Island untuk:
-elephant show
-Monkey show
-Rubber tapping demonstration (dierang pinjam mesin pun dari MALAYSIA tp leh kaya wat pertunjukan kat THAILAND yg org malaysia sama2 tgk) :p
-Elephant Trekking
-Ox-cart Trekking (Pengangkutan kat Phuket masa dulu2 sblum ada kete)
5. Phuket Town : Shopping Mall ala2 hypermarket carrefour tu. Lunch sendiri. So, kami makan kat food court sane.
6. Duty Free Shop : barang agak mahal. Tp kalo nak abiskan duit, bleh la kat sini. Beli satu barang dah cukup. Huhu...
7. Chewsnut Factory : sepattnya takde dlm pakej tp sbb nak abiskan masa sblum tgk sunset, pemandu teksi bawa kami ke sini.
8. Berangkat ke Phromtape Cape :: Tgk sunset :: MMg lawa abis...
-Pulang ke Hotel.












Pakej Snorkeling, Fantasea Show & Canoeing : RM 390 a.k.a 3900 Baht (Akceli bleh dpt lg murah. So, pas ni sape2 nak pi Phuket, servey la harga dulu kt bbrp tmpat)
Pakej city tour : RM 102 a.k.a 1020 Baht

Last Day (20 Oct 2008)

Hotel Transfer to Airport (RM 16.70 a.k.a 167 baht)
Flight Depart from Phuket International Airport at 8.15am.
10.35am : arrived at LCCT.

::EPILOG::
AKu dah smpai Malaysia.
Kenangan kat Phuket tersemat di dlm hati.
And one more thing, Happy Besday to ME!!

* Aku habis RM1500 untuk perbelanjaan di Phuket (harga tidak termasuk duit shopping).

Ni ajelah cite ttg hari cuti aku utk thn ni. So, aku harap korang sumer enjoy bace ttg kisah aku di Phuket. Tp aku tahu korang sume takkan bace kesemua yg aku tulis. Tul kan? Its okey. Aku saje wat catatan yg agak terperinci utk korang review. Mana tahu satu hari nnti, korang nak bercuti ke Phuket. Bleh la bace ape yg aku tulis ni.

Salam ketemu lg... ;)



Damya Hanna posted @ 4:55 pm
| 12 Comments |


Thursday, 16 October 2008

Bingkisan...

Salam sumer...
Aku tau aku dah lama tak apdet blog. Aku tau yg aku ada byk menda nak tulis kat sini. Baik yg ngarut ataupun yg tak ngarut.
Konon2nya aku nak apdet smlm tp tak smpat lak. So, aku cubalah nak apdet arini. Tp tetiba baru tersedar yg mlm ni bermulalah xtvt holiday aku. Teruslah aku bz2 ngan xtvt packing...
Alamatnya, kenelah korang sumer tunggu aku balik bercuti baru aku leh apdet blog aku nih...
InsyaALLAH ada masa nnti, aku cube remind balik mcm2 cite yg aku lalui beberapa waktu kebelakangan ni. Doakan aku sentiasa baik2 aje ok...
damya hanna


Damya Hanna posted @ 2:44 pm
| 5 Comments |


Tuesday, 7 October 2008

1 syawal yg berlalu....

Hai sumer... Dah selamat kite menjalani ibadah pose, tibalah utk kite meraikan 1 syawal.
Salam Aidilfitri wat sumer ye. Alhamdulillah... raya kali ni berjalan ngan lancar kat umah aku.
CUma...
cuma...
Hurmmm... aku sangat sedih sbb tak smpat bergambar sakan.
Ni sumer sbb masa yg agak terhad utk aku berposing.

Pose thn ni, aku telah menyibukkan diri ngan jahitan manik.
So, aku hanya smpat wat dua jenis kuih raya aje iaitu kuih tat ngan kuih dahlia (akceli nilah kuih wajib aku tiap2 tahun). APa yg memeranjatkan, lagi tiga hari nak raya baru aku stat wat kuih2 tu berbanding thn lepas, dua minggu awal, aku dah mulakan. Sbb tu, thn lepas umah aku lebih meriah kuihnya. Heheh... Tapi... yg bestnya, proses membuat kuih raya thn ni, turut disertai oleh dua orang anak sedara kesayangan aku : nisa & jiha. Sbb tu duit raya utk dierang aku kasik lebih sket. :D

Pagi syawal : aku, mak ngan abah berangkat ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Setahun sekali wat sunat ni... seronok sbb bkn selalu jemaah reramai kat masjid.

Balik solat : Acara bermaaf-maafan ngan mak abah. Bukan selalu dpt bersalam & minta maaf. Huhu...

Then berangkat ke tnh perkuburan islam cheras baru. Sekeluarga menziarahi pusara abang ngan nenek kat sane. Then terus beraya ke umah pak long, pak usu & pak anjang.

Balik beraya : Ada sedara mara plak yg dtg umah.

Petang : Acara bertukar2 duit raya. Bagi anak2 sedara, bg adik beradik. Mmg seronok gilerr sbb tahun ni dua2 abg aku kasik duit raya kat aku. huhu...

Malam : Bertolak ke kampung...

Tu jelah acara aku masa raya pertama. Tup... tup... dah masuk raya keenam & skang dah pun melangkau ke raya ke7. Aku skang ni dah mula mem'bz'kan diri ngan aktiviti percutian aku plak dlm tak smpai dua minggu lg. Yes! Yes!

Aku sbnrnya nak masukkan gambar2 raya yg aku smpat snap. Tp maya ni dok bercinta plak kat pc... so, tak leh aku nak amik gambar tu dr file sane. Isk... nntilah aku amik... Tp bile? Ntah... kenelah korang bersabar bile tibe masanya tu ye...

aku nak stop... daaa


Damya Hanna posted @ 1:09 am
| 4 Comments |