<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Tuesday, 20 January 2009

Kritik ke mengutuk?

Makna kritik : analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera dan sebagainya.
Makna kutuk : perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat dan berbaur keji.

Apa pendapat anda sekalian terhadap makna dua perkataan di atas? Pada aku, maknanya hampir sama tapi ia tetap dua perkataan yang ertinya berbeza.
Sebagai penulis kepada enam buah novel yang dah terbit di pasaran, aku sebenarnya dah biasa menerima kritikan mahupun kutukan terhadap semua novel aku. Kritikan juga menunjukkan karya aku menjadi tatapan dan dibaca segelintir masyarakat. Biasalah, selera manusia lain-lain. Tak sama dan susah nak dipenuhi. Ada suka yang macam ni, ada suka yang macam tu. Tersangat payah aku nak penuhi kesemuanya dalam sekelip mata dan sekali gus. Mustahil lah senang cerita!

Jadi, sejak menjadi penulis ni... aku dah belajar menerima kritikan baik yang ekstrem mahupun yang biasa-biasa. Pada aku, kritikan adalah sesuatu yang baik untuk aku perbaiki kelemahan diri. Kritikan juga adalah sesuatu yang bagus untuk aku belajar menjadi seorang penulis yang boleh mengikut selera pembaca masa kini yang pelbagai.

Tp apa pendapat anda jika tiba-tiba kritikan yang ekstrem itu sebenarnya lebih menunjuk kepada kutukan yang boleh menjatuhkan nilai karya tulisan aku termasuk juga karya-karya penulis melayu yang lain? Ya, itulah realiti yang berlaku akhir-akhir ni.

Ada unsur yang memberitahu novel cinta melayu sekarang ni sangat tipikal? Tipikal bermaksud, lazim dan hampir sama. Jadi, apa masalahnya dengan tu? kalau nak dikira, novel inggeris pun sama aje dik oii. Balik-balik, cerita isteri curang pada suami, then ada pulak ketidaklogikannya dari sudut agama dan macam-macam lagi. ada masanya, terlebih pula dari batasan minda manusia beragama islam. Kan lebih rosak akal? lebih menghitamkan hati?

sekurang-kurangnya novel cinta melayu ada terselit unsur-unsur agama. ada terselit batasan-batasan dalam pergaulan. Kalau ada yang terpegang sana-sini, itupun realiti yg mmg berlaku di luar sana.

Lagipun, dah namanya novel cinta. Mestilah menunjukkan sesuatu yang indah sebab cinta itu memang indah. konsep cinta sangat global dan luas. Cinta dalam konteks ni bukan semata-mata cinta sesama manusia aje. Dalam novel melayu bermacam-macam unsur diselitkan. Cinta kepada agama, budaya, keluarga dan macam-macam lagi. malah, turut diselitkan pendidikan moral dan nilai-nilai murni. mungkin yang membacanya harus pandai mencari makna tersirat. Bukan membaca untuk suka-suka dan tatapan kosong sebab kreativiti seseorang penulis boleh dilihat melalui gaya bahasa dan penceritaan.

Aku bukanlah pandai mcm sasterawan negara sebab aku hanya seorang penulis bebas yang menceburi bidang ni tanpa sebarang kursus dan bengkel. Aku belajar menulis dengan membaca karya-karya penulis lain. Aku menjadi penulis setelah punya idea dan semangat berkobar-kobar untuk berkongsi cerita dengan pembaca di luar sana.

Pada aku, membaca adalah satu amalan yang baik. Selain dapat mengisi masa, membaca boleh menyebabkan otak kita sentiasa aktif. Kita jadi manusia berguna pun melalui bacaan. Jadi, janganlah bila dah pandai, kita boleh dengan sesuka hati mempertikaikan karya orang lain. seolah-olah kita ni sangat sempurna dengan ilmu yang lengkap di dada. Padahal ilmu seluas lautan. sesiapapun kita di dunia ni, ilmu tetap belum cukup dan harus ditimba sampai bila-bila.

Pada seseorang penulis, sasterawan mahupun karyawan, hasil karyanya adalah ibarat maruah diri kerana melalui karya, penulis akan meluahkan apa yang dia rasa dan fikirkan. Jadi, mengapa mahu mengkritik secara ekstrem? Ia ibarat menjatuhkan maruah penulis itu.
Berdosa tau! TUHAN marah...

Petikan dari sebuah blog:
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

Terjemahan Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Hujurat 48:12)

Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.

Jadi jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan hidup di muka bumi ALLAH.
Wallahua'lam...

p/s :: entry ni bkn nak menuding jari kat sesiapa. aku hanya menyuarakan pendapat dari sudut pandangan aku. Kalau ada terlebih terkurang, mohon ampun dan maaf! Aku hanya manusia biasa yang takkan lari dari kesilapan... adios amigos!



Damya Hanna posted @ 2:53 am