<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Saturday, 28 February 2009

Dari Tawau ke Mabul...

Kulit aku yang dah bertukar gelap ni, mula nak mengelupas. Mungkin proses pemulihan kulit dah mula berjalan. Sesuatu yang normal pada aku bila memilih pulau sebagai tempat percutian sebab terpaksa berdepan dengan cahaya matahari yang terik dan hangat. Tapi takpe. Demi kepuasan diri, aku rela berdepan dengan orang awam bersama kulit yang gelap lagi kekeringan. Lepas sapu pelembap dua, tiga hari...okeylah agaknya.

Alhamdulillah, dah tiga hari aku selamat kembali dari bercuti bersama rakan-rakan seperti yang aku khabarkan dalam entry yang lalu. Sepanjang bercuti, aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Cuma ada satu, dua aktiviti yang tertunda disebabkan alasan-alasan tertentu. Tapi aku nak minta maaf pada kalian sebab lambat 'update' blog gara-gara terpaksa berdepan dengan masalah bulanan kaum wanita beberapa hari lalu. Faham-faham ajelah ye.

Jadi dalam entry kali ni, aku nak bercerita tentang aktiviti yang berlangsung sepanjang percutian aku dan rakan-rakan ke Pulau Mabul, Sabah yang terletak berdekatan dengan daerah Semporna. Dalam tentatif program, sebenarnya kami merancang nak masuk Sipadan tapi disebabkan syarat baru yang telah ditetapkan oleh beberapa pihak yang memerlukan kami memohon permit seminggu sebelumnya, maka rancangan kami untuk memasuki Sipadan, tergendala dan langsung tidak dapat dipenuhi. Bila difikir-fikir, mmg frust tapi bak kata pepatah, "kita merancang, TUHAN menentukan". Walaupun tak dapat masuk Sipadan, pada aku percutian kali ni masih satu aktiviti yang berbaloi. Nak tahu kenapa? Hurm, bacalah kat bawah ni...

SABTU - 21.02.2009
Bertolak dari rumah ke LCCT. Flight ke Tawau pukul 5.30ptg. Tiba di Tawau pada 8.20 malam. Kami berlapan, check-in di Hotel Kingston yang terletak di pekan Tawau yang mengambil masa perjalanan selama 45minit dari airport. Makan malam di Restoran Sri Keningau.

AHAD - 22.02.2009
Breakfast di Restoran Ali & Topan sebelum bertolak ke Jeti Semporna dalam pukul 7.15pagi menaiki kereta seorang rakan yang berasal dari Tawau. Perjalanan mengambil masa 1jam. Dari Jeti, kami naik bot syarikat Uncle Chang untuk ke Pulau Mabul dan perjalanan masih mengambil masa lebih kurang 1jam.
Masa sampai tu, ada welcoming song dari pihak chalet yang mengalunkan lagu yang berjudul : Sipadan Song. Terasa kedatangan kami semacam dialu-alukan bila melihat penduduk tempatan dari kalangan pekerja chalet bersama para tetamu lain menyanyi riang menyambut kedatangan kami.
Lepas tukar baju, lepak-lepak dalam bilik jap sebelum kami dibawa menaiki bot untuk aktiviti Island Hopping selama 1jam 30 minit. Bergambar sakan dengan pemandangan Pulau Mabul yang cantik tak terkata. Diyakini, 80% penduduk tempatan terdiri dari kalangan warganegara Filipina. Itu kata pakcik bot yang aku lupa nak tanya namanya. Lunch pada jam 12.00 tengahari. Kemudian kami beriadah sekali lagi dengan berjalan kaki secara berkumpulan. Siap jengah ke sebuah resort yang pernah dijadikan tempat lakonan saiful apek dalam filem duyung kalau tak silap. Mmg cunlah...
Lepas jalan-jalan, kami bermandi-manda. Tapi sebab matahari betul-betul terik, aku sekadar berendam seminit dua sebelum melepak sambil tengok membe-membe melayan bola tampar. Selesai acara mandi-mandi, balik ke Chalet...bersihkan diri sebelum minum petang. Cuaca agak mendung. Malam pulak hujan agak lebat. Lepas makan, ingatkan ada life band seperti yang diura-urakan. Tapi, tunggu punya tunggu...sangap. Jadi, ada antara kami yang habiskan masa dengan melepak sambil gosip-gosip. Gelak-gelak sakan. Takde TV, suratkhabar dan connection dengan dunia luar selain telefon. Rasa fikiran ni, tenang habis. Mana taknya, line telefon walaupun ada, aku biarkan aje hp tersimpan dlm bilik.
Dalam pukul 1.30pagi baru aku tidur sebab berborak dengan Shem tak hengat dunia. Macam dah lama sangat tak jumpa...

ISNIN - 23.02.2009
Bangun pagi dengan kedinginan yang tak terhingga. Hujan turun tak berhenti. Aku mengambil keputusan untuk tak mandi masa nak breakfast. Takpe! Takde siapa yang heran pun. Sebelum snorkeling, kami menghabiskan masa dengan acara bergambar. Padli kutip tapak sulaiman sebab masa ni air belum pasang. Pertama kali aku tengok tapak sulaiman sambil pegang dengan tangan sendiri.
Snorkeling di Pulau Kapalai pada jam 1.00 tengahari. Walaupun berlangsung hanya 45 minit, pengalamannya masih memori yang menarik. Arus agak kuat tapi sebenarnya, dasar laut takdelah dalam sebab sedar-sedar, rupa-rupanya aku boleh berjalan aje kat situ. Cuma, bila berjalan ni akan merosakkan khazanah laut.
Kami balik ke chalet pada jam 2.00 petang. Lunch, mandi dan aktiviti melepak macam selalu. Inginkan nak berehat kat dalam bilik aje sambil layan novel tapi bila semua dah lepak kat luar, aku pun juin sekali. Masa ni ada member yang tengah mandi kat depan chalet sebab air tengah pasang.
Petang menjelma, kami warga wanita seramai 4 orang...berjalan-jalan di sekitar kampung. Sambil bergambar, sempat kami tengok matahari terbenam. Tiba-tiba aku teringat pada keindahan matahari terbenam ketika di Phuket.
Malam : Lepas solat...dinner beramai-ramai. Lepas tu, ada life band sampai pukul 12.25 malam. Balik bilik, packing. Hari ni, aku memaksa diri tidur awal sebab masing-masing nampak penat sangat. Sebenarnya, aku pun penat. Letak aje kepala kat bantal, mata terus terlelap.
SELASA - 24.02.2009
Balik ke pekan Tawau. Shopping sorvenir untuk family & rakan-rakan di pasar gantung (kalau tak silap). Flight balik ke KL jam 6.20 petang. Dan segala kenangan di Tawau, tetap dalam ingatan.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar yang aku nak upload kat sini. Tapi nanti, orang cakap aku ni syok sendiri pulak. Jadi, cukup-cukuplah untuk beberapa gambar kat atas ni sebagai bukti bahawa bumi Pulau Mabul, telahpun aku jelajahi. Untuk pengetahuan kalian, ini merupakan koleksi penerokaan pulau yang ke-7 dalam diari hidupku. Sebenarnya ada banyak lagi pulau yang aku belum jelajah. InsyaALLAH jika panjang umur... aku akan melebarkan sayap penerokaan pulau untuk destinasi seterusnya. Bila tu? Tungguuuuuu...



Damya Hanna posted @ 12:49 am