<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Sunday, 15 February 2009

Valentine? Astaghfirullah...

Alhamdulillah...malam ni berjaya juga aku menyiapkan skin baru untuk blog. So, guys! Welcome to my new blog skin. Amacam? Mood mendung skit kali ni. Heheh... Saje nak tukar selera sbb skin lama tu dah lama sgt pakai. Tp, template skin tu masih berada dlm simpanan. Aku dah save siap2 dlm my document. Mana tau kalau2 aku nak tukar semula pada yg lama pulak kan. Who knows?

Cuti hujung minggu, aku tak buat apa kat rumah. Macam biasa, masih menanti jawapan pada emel2 berkenaan medical term untuk novel ke-7. Alhamdulillah, respon yg aku terima sgt menggalakkan. Terima kasih byk2 pd momguess (yg sudi kenalkan brother in law seorang doktor yg bertugas di ireland), kak nafizah hanim Mohamad Rosni yg bertugas di Johnson & Johnson Medical (kerana sudi memperkenalkan 3 org rakan yg dapat membantu menemukan aku dgn doktor berkaitan), my kazen - frida rosli ( atas ym rakan sebaya yg masih menuntut dalam bidang medical), rakan penulis - syanika latisya yg ada membantu menerangkan beberapa perkara yg memusykilkan mindaku.

So, lepas dpt respon tu...aku dah emel soalan2 yg aku nak tnye pd mereka2 yg pakar. Wat masa ni, aku dah faham apa yg aku nak tau dr beberapa maklumat yg aku dapat. Cuma kalau boleh, aku nak lebih pengesahan dr mereka yg lebih arif supaya ilmu yg aku sampaikan nnti lebih telus. Hurmmm...

Bila duduk sorang2 smlm, tiba2 aku teringat yg tarikh 14 Feb sudahpun berlalu. Spt yg anda semua maklum, 14 Feb tiap2 tahun adalah tarikh yg dianggap keramat bg pasangan yg sedang berkasih. Konon2nya 14 Feb ni adalah hari memperingati kekasih lalu pasangan dikatakan boleh mengambil kesempatan dalam mengisytiharkan ketulusan cinta dan hati kepada pasangan masing2. Betul ke semua tu? Atau ia sekadar mitos yg diada-adakan oleh masyarakat zaman dulu kala?

Kat sini ada beberapa maklumat yg aku dapat dari Suratkhabar Utusan Malaysia - Segmen AGAMA bertarikh 9 Feb 2009.

Terdapat 4 pendapat berkenaan sejarah sambutan Hari Valentine...
1. Ia dikatakan berkait dgn sambutan pesta kaum Rom kuno (Lupercalia) sblm kedatangan agama kristian. Lupercalia ialah upacara penyucian diri yg berlangsung dr 13-18 Feb. Dua hari pertama, mrk menyembah dewi cinta Rom kuno yg bernama Juno Februata.

2. Ia dikatakan berkait dengan kematian paderi St. Valentine sewaktu pemerintahan Raja Rom yg bnama Claudius II dan terdapat 2 versi tentangnya. (maklumat lanjut sila lihat artikel)

3. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan peranan penting dlm usaha memusnahkan kerajaan islam pd masa itu. Tggal 14 Feb 1492, tarikh kejatuhan Islam di sepanyol lalu ia dianggap sebagai hari kasih sayang kerana penduduk sepanyol menyangka Islam adalah agama yg zalim.

4. Sambutannya bersempena sifat burung yang dimana musim mengawan burung dikatakan jatuh pada 14 Februari. Ia adalah tradisi orang inggeris.

Kesimpulan dr 4 pendapat diatas : Sangat jelas asal-usul sambutan Hari Valentine tiada kena mengena dengan budaya serta agama bg umat Islam.

HUKUM menyambut Hari Valentine:
Di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan disepakati generasi awal umat Islam, hari kebesaran bg umat Islam yg disyariatkan untuk menyambutnya ialah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Dalam firman ALLAH : Bagi tiap-tiap umat Islam, kami adakan satu syariat yg ttentu utk mereka ikuti dan jalankan, maka jgnlah ahli-ahli syariat yg lain membantahmu dlm urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kpd agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yg lurus. (al-Hajj:67)

Oleh yg demikian, menurut artikel ini lagi, umat islam perlu membataskan diri dgn menyambut hari kebesaran yg diiktiraf oleh ALLAH dan Rasul-NYA. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bg umat Islam, pelbagai hari perayaan ditambah ke dlm kalendar umat Islam seperti maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Tinta Penulis:
Maka di sini, bergantunglah pd anda sekalian untuk memilih jalan yg mana baik dan yg mana buruk untuk diri sendiri. Pada aku, hari kasih sayang adalah hari-hari. Ia bkn saja kasih sayang yg perlu kita tunjukkan untuk pasangan kita semata tp juga pada ahli keluarga, sahabat-handai dan yg paling utama, YG MAHA ESA dan buat para nabi dan rasul junjungan...

Wallahualam...


Damya Hanna posted @ 2:09 am