<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 16 March 2009

The 7th...

Akhir-akhir ni ramai sangat yang bertanya tentang kemunculan novel terbaru aku. Ada yang nak tahu judulnya. Ada yang nak tahu bila ia akan berada di pasaran dan ada yang nak tahu tentang penceritaan garapan ke-7 aku serta macam-macam lagi. Jadi untuk entry blog kali ni, aku terfikir nak menulis serba-sedikit tentang manuskrip ke-7 aku yang masih di peringkat editorial.

Untuk pengetahuan kalian, aku tak tahu bila novel terbaru aku akan berada di pasaran. InsyaALLAH bila selesai proses editing dan semuanya berjalan lancar, pasti buah tangan terbaru aku untuk para pengunjung dan pembaca setia novel DH akan diterbitkan di pasaran. Jadi, nak tak nak...kalian kena jugak bersabar!

Apa yang aku ketengahkan untuk manuskrip ke-7 ni, macam biasa ia masih sebuah cereka (cerita rekaan). Namun tetap mengetengahkan tema cinta.
Bezanya untuk novel ke-7 ni, aku bercerita tentang seseorang yang hidup pada hari ini demi mencari kenyataan hari semalam. Itu secara tersiratlah. Tapi yang tersuratnya, aku mendalami perasaan seorang penghidap amnesia yang mencari kebenaran hidupnya demi pelbagai persoalan yang dilalui selepas dia tersedar dari satu kemalangan jalan raya dan mendapati kehidupannya yang berubah sama-sekali.

Amnesia ialah satu penyakit lupa ingatan yang terjadi akibat seseorang itu mengalami kehilangan upaya untuk mengingati sesebuah peristiwa. Melalui beberapa penyelidikan yang aku buat, ia terbahagi kepada banyak jenis. Tapi secara asas, ada tiga jenis kategori penyakit amnesia yang popular iaitu :
1. Anterograde amnesia
2. Retrograde amnesia
3. Transient Global amnesia

Untuk novel ni, aku menekankan aspek Retrograde Amnesia iaitu mangsa boleh mengingati kejadian yang berlaku selepas trauma (dlm kes ni kemalangan yang berlaku) dengan jelas tetapi tidak mampu mengingati beberapa maklumat penting atau kejadian yang sebelumnya dalam sesuatu tempoh.

Okey! Rasanya cukup serba sedikit info tentang novel ke-7 aku untuk tatapan kalian. Di harap ia menjawab pertanyaan semua yang sudi bertanya khabar baik di emel, friendster, facebook, myspace dan juga di blog ini. InsyaALLAH jika novel ke-7 aku betul-betul confirm akan berada di pasaran, aku dengan senang hati akan sebarkan beritanya di semua medium yang aku dah sebutkan di atas. InsyaALLAH…


Damya Hanna posted @ 10:41 am