<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 2 March 2009

Hurmm...

Aku kurang sihat. Tapi mata tak boleh nak lelap sebab dah tidur awal agaknya. Masa tersedar tadi, jam baru aje nak menjengah ke waktu 12.30 malam. Aku telan ubat selesema dengan batuk tapi bila nak sambung tidur mata pulak jadi segar-bugar. Apa lagi, aku bukak pc lagi best.

Cadangnya aku nak check emel dan jenguk blog sendiri. Tapi baru teringat yang aku dah kena tag oleh Elina. Nak jawab tag dia, malas pulak rasanya sebab soalan-soalan tu memerlukan aku mendengar lagu kat music player dalam pc. Jadi, aku tangguhkan lagi plan nak menjawab tag elina. "Sori El...kurang sihat laa. Takde mood nak bermain-main dengan soalan. But aniwei...thank you for tagging me. It's a compliment bila ada orang ingat kat kita tau!"

Dalam entry sebelum ni, aku pernah beritahu yang aku nak jadikan blog aku sebagai satu blog yang menyebarkan maklumat-maklumat berguna. Ingat lagi tak? Aduhai... rupa-rupanya dah beberapa entry berlalu, aku langsung tak selitkan maklumat ataupun info berguna buat kalian para pembaca dan pengunjung setia blog kesayanganku ni. (Ceh, konon-konon nak minimumkan entry pasal diri-sendiri. Akhirnya? Ampes jek!!!)

Aku bukan terlupa, tapi sebenarnya masih mencari-cari x-factor berkenaan maklumat berguna buat kalian. Yelah...ilmu kan seluas lautan. Takde penghujung, takde bertepian. Mungkin, ilmu dan info yang aku sebarkan akan datang, bukan ilmu yang major tapi lebih kepada pengetahuan am. Simple dan tak membosankan. Dan suka aku nak ingatkan kalian yang blog aku ni adalah blog peribadi yang santai. Jadi ilmu yang aku selitkan adalah mengikut kajian ringkas melalui fakta-fakta yang aku yakini adalah betul.

:: SUDUT INFO ::
Risiko-risiko kerapuhan tulang,
1. Ada sejarah patah tulang
2 Sejarah keluarga menghidap kerapuhan tulang.
3. Pemakanan yang kurang teratur dan tidak seimbang.
4. Berat badan rendah.
5. Berketurunan kaukasian (ada darah keturunan barat)
6. Mereka yang mengalami penyakit 'pelupa'
7. Menopaus awal - sebelum 45 tahun
8. Ovari tidak berfungsi. Contohnya dibuang ketika pembedahan, mendapat rawatan radio atau menerima rawatan kemoterapi.
9. Kurang bersenam.
10. Penggemar minuman beralkohol.
11. Penggunaan sesetengah ubat-ubatan.
(Fakta dari Akhbar Kesihatan Mingguan Malaysia - 11 Januari 2009)
Cukup agaknya setakat ni. Kalau ada yang tak memuaskan hati, sila-silalah kalian memberi komen yang membina buat diriku. Thanx...


Damya Hanna posted @ 4:51 am