<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 15 June 2009

I'm Back...

Atas :: Masjidil Haram - Makkah
Bawah :: Masjid Nabawi - Madinah


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Saya telah selamat kembali dari tanah suci Mekah pada 7 Jun 2009 bersamaan hari Ahad yang lalu. Segala-galanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Terima kasih pada kalian yang sudi mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga.

Hari pertama tiba di Madinah, saya terus menuju ke Masjid Nabawi. Pada malam itu juga, saya berjaya menunaikan solat di Raudhah, yakni satu bahagian di dalam Masjid Nabawi yang letaknya di antara makam Nabi Muhammad dan mimbar. Menurut hadis, Raudhah adalah taman yang akan diangkat oleh ALLAH ke Syurga sehingga ia menjadi satu bahagian di dalam Syurga yang hakiki. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, dua kali saya berjaya menjejakkan kaki dan bersolat di situ.

Keesokannya, saya dan para jemaah dibawa menziarahi Makam Nabi Muhammad yang juga terletak di satu bahagian Masjid Nabawi di mana kubahnya ditutup dengan kain tabir berwarna hijau.

Di sebelah timur Masjid Nabawi, terdapat kawasan perkuburan Baqi' yakni kawasan yang turut menjadi tumpuan umat Islam yang berkunjung di Madinah. Di tanah perkuburan inilah terdapat makam Aisyah r.a, Fatimah Az-Zaharra, Usman bin Affan, para syuhada, para ulama dan ramai lagi golongan ternama yang ditanam di situ apabila wafat. Biarpun kawasannya dilingkari dengan pagar tinggi berwarna hijau, memadai bagi kami mendoakan kesejahteraan umat Islam yang sudah meninggal dunia dari situ.

Selepas beberapa hari di Madinah dan menziarah beberapa tempat dan masjid di sekitarnya, tibalah masa saya dan jemaah berangkat ke Mekah. Para jemaah mula berihram selepas bas berhenti untuk berniat Ihram di Miqat-Bir Ali. Sejurus tiba di kota Mekah, masing-masing terus memulakan ibadah Umrah masing-masing.

Bagi saya, pertama kali ketika melihat Kaabah, tak terkata bibir ini untuk melafazkan. Betapa agungnya saya rasa dan bersyukurnya saya kerana dilahirkan sebagai seseorang yang beragama Islam. Saya memulakan Tawaf dengan penuh rasa terharu bila memikirkan ALLAH telah memberi peluang untuk saya berada di Tanah Suci Mekah. Ketika melakukan Saie pula, saya seolah-olah dapat merasakan pengorbanan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim ketika tidak keruan mencari air buat anak tercinta, Nabi Ismail yang kehausan. Alhamdulillah, dengan berkat ALLAH, saya berjaya melaksanakan Umrah dengan penuh keyakinan.

Hampir sepuluh hari di Tanah Suci, saya akhirnya berjaya melaksanakan satu kali Umrah dan dua kali Tawaf sunat. Ikutkan hati memang nak melakukan Umrah seberapa banyak yang boleh memandangkan saya ada mendengar, 7 kali Umrah bersamaan dengan 1 kali Haji kecil. Tapi, sebagai seorang wanita, keadaan tidak begitu mengizinkan ketika saya berada di sana. Mana tidaknya, perubahan cuaca yang agak ketara, membataskan aktiviti ibadah saya untuk beberapa hari.

Kini, semuanya telah kembali pada sedia ada. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang telah saya lalui di Tanah Suci, saya berharap diri saya akan membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat. Namun, itu semua hanya mampu ditentukan oleh ALLAH. Saya sebagai makhluknya, hanya mampu berdoa dan menadah tangan. Meminta agar setiap perjalanan hidup saya selepas ini sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala malapetaka dunia.

Buat kalian, pembaca dan pengunjung setia blog ini... saya berterima kasih atas segala semangat dan sokongan yang diberikan. InsyaALLAH novel terbaru saya bakal menyusul dalam bulan ini dengan judul ILHAM HATI. Sesiapa yang ada terlihat iklannya di dalam suratkhabar, diharap dapat terus sabar menanti kerana bila ia akan betul-betul berada pasaran, saya kurang pasti.

Salam mesra...



Damya Hanna posted @ 12:28 pm