<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 13 July 2009

Siswazah UKM

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya genap seminggu saya menjalankan kehidupan sebagai siswazah di UKM. Empat tahun meninggalkan dunia belajar, sejujurnya ini memberikan satu pengalaman baru yang sangat saya rindui.

Ya! Saya kini kembali menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di UKM, Bangi. Satu bidang yang sangat jauh berbeza berbanding bidang perakaunan yang pernah saya ceburi beberapa tahun dulu. Walaupun jadual waktu kurang ketat, tetapi saya akui cara pembelajaran dalam bidang sarjana ini masih membuatkan saya terkapai-kapai. Mujur saya mempunyai pengalaman lebih lima tahun dalam bidang penulisan, ini membuatkan saya terkeluar dari senarai pelajar yang perlu mengambil subjek prasyarat memandangkan sebelum ini saya tidak mempunyai asas dalam kesusasteraan.

Alhamdulillah, ada juga pensyarah yang memberikan sokongan dan baru-baru ini saya dipelawa menghadiri satu seminar 'Proses Kreatif Cerpen dan Novel' yang dibentangkan oleh Puan Maskiah Hj. Masrom, seorang novelis sastera. Jujur saya akui, ada ilmu yang saya perolehi dari seminar yang dibentangkan selama 2 jam itu. Kebetulan, saya dapat berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang sastera termasuklah novelis Shamsiah Mohd. Nor yang menghasilkan siri novel popular Tangisan Bulan Madu yang pernah diadaptasi menjadi sebuah drama tv di RTM. Beruntung rasanya bila diberi peluang untuk mendengar seminar begitu.
Apa-apapun, saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk bidang yang saya baru ceburi ini. Perakaunan kepada sastera, memang ramai yang terkejut mendengar pengakuan saya. Tapi, tak ada salahnya saya mencuba kerana menurut Dr. Rosnah, seorang pensyarah di UKM yang saya temui dalam seminar baru-baru ini, 'Bidang sastera ini luas. Banyakkan membaca maka tiada apa yang perlu saya risaukan.'
damya hanna ;)


Damya Hanna posted @ 11:10 am