<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Monday, 31 August 2009

Salam Ramadhan dan Kemerdekaan...

Assalamualaikum w.b.t.

Diam tak diam, sudah 10 hari kita berada di bulan Ramadhan. Entah terlewat atau tidak saya nak mengucapkan salam Ramadhan untuk semua. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna kepada kalian di samping keluarga dan insan tersayang.

Seminggu dua ni saya seperti biasa sibuk menguruskan assignment yg tak siap-siap. Mengenangkan raya yang tak sampai lagi sebulan, makin menambahkan rasa gelisah. Nak beraya pun rasa macam dah hilang mood. Buat masa ni, baru satu esei yang dah settle. Ada lagi 3 esei yang tak settle. Belum campur kerja lapangan dengan ringkasan artikel english.

Ramai yang cakap, "Takpe, buat perlahan-lahan. Mesti siap punya!" Ya... itu saya tahu. Memang akan siap. Bila masanya, tak tahulah. Tapi yang merungsingkan... semua assignment tu harus dihantar pada akhir semester yang tinggal lagi sebulan lebih saja lagi.

Iskk... setiap kali kemaskini blog, ada saja 'rungutan' yang saya nak coretkan. Sejujurnya ini bukan satu rungutan tapi lebih kepada luahan untuk berkongsi 'keletihan' yang saya lalui sehari-hari. InsyaALLAH dengan berkat doa kepada-NYA saya akan cuba bertenang dan meneruskan kerja-kerja seperti biasa.

Petang tadi, seorang sahabat lama saya datang berkunjung ke rumah bersama keluarganya. Sebenarnya dah agak lama saya tak mendengar khabar darinya. Bila terpandangkan namanya di skrin telefon, saya seolah-olah baru teringat yang saya mempunyai seorang sahabat bernama 'Fixer'. Hehe... kesibukan tugas menyebabkan saya mengalami masalah memori yang minor.

Fixer datang bersama isteri dan anak kecilnya yang baru berusia 4 bulan. Sejak si baby dilahirkan, saya tak pernah melihat sehinggalah ke detik tadi. Muhammad Iman Daniel namanya. Nama yang indah, secantik orangnya yang berkulit putih yang mewarisi kulit ibu dan ayahnya. Tahniah buat Fixer dan isteri atas kelahiran cahaya mata pertama. Semoga berjaya mendidik anak sehingga menjadi insan yang berjaya. AMIN...

Hari ni genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sebagai anak jati Melayu, saya nak mengambil kesempatan mengucapkan Salam Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Semoga gagasan 1 Malaysia memberi manfaat kepada kita semua baik yang bumiputera atau tidak.

salam manis,
damya hanna


Damya Hanna posted @ 12:27 am