<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Saturday, 31 January 2009

Fakta! Korang tau tak?

1. Baju kurung mempunyai pelbagai jenis bentuk dan rekaan? Antaranya Baju kurung teluk belanga, cekak musang, Riau-Pahang, kurung Kedah, Moden dan macam2. Dlm entry ni, aku nak menjurus pada fakta berkenaan baju kurung cekak musang yg diperkenalkan pd kira-kira 1930-an ke 1940-an. Baju kurung cekak musang adalah satu fesyen pakaian lelaki yg diubah hanya di bhgn leher drpd baju kurung atau baju melayu asal. Ia turut dikenali sebagai Baju Wan yg berasal dari Telok Belanga. Hari ini, umumnya Baju kurung cekak musang adalah pilihan utama segolongan lelaki melayu di mana hampir seluruh orang melayu di malaysia memakainya kecuali negeri johor yg masih mengekalkan Baju kurung teluk belanga sebagai pakaian rasmi. (Sumber dari Busana Melayu - Zubaidah Shawal)

2. Cheongsam turut dikenali sebagai qipao dlm bahasa cina? Cheongsam merupakan satu helaian baju labuh yang dipakai secara memanjang dari paras leher hingga ke buku lali. Ia menutup sebahagian besar badan tapi mendedahkan kepala, tangan dan jari kaki. Busana istimewa ini popular sejak Dinasti Qing di China pada abad ke-17 tetapi ia menyaksikan perkembangan dari segi potongan yg lebih menampakkan tubuh wanita yang ramping dan mencerminkan ciri-ciri moden. (Sumber dari Utusan Malaysia - segmen Mode)

3. Sari (tiada maklumat rasmi)

Kesimpulan (Pandangan penulis blog):
Dunia zaman skrg dah membawa perubahan yg besar dalam fesyen pakaian terkini. Habis pakaian-pakaian yg dipakai nenek moyang kita, diubah gaya dan bentuknya untuk dijadikan rekaan terbaru yg konon2 dikatakan mengikut aliran semasa. Ya, itu semua tak dinafikan menjadi permintaan beberapa golongan yg inginkan pembaharuan. Yg pasti, kita sebagai manusia punya tanggungjawab sendiri dalam memilih pakaian yg kita mahu mengikut selera kita masing-masing. Tepuk dada tanya selera!


Damya Hanna posted @ 4:35 am
| 12 Comments |


Thursday, 29 January 2009

something that we should know...

Assalamualaikum.
Hurmm dah beberapa hari tak apdet blog. Takde cite menarik utk dikongsi sbnrnya. Tapi hari ni terpaksa adakan jugak cite terkini supaya blog nmpak apdet selalu.
Cuti chinese new year berlalu macam tu je sbb tak pasal2 piyed pain. So, manuskrip tak smpat sentuh. Smlm baru dpt edit dlm bbrp pages.
Maknanya ada lg 100++ pages untuk habis diedit. Haiihhh!

Oh ya, lupa nak nyatakan kat sini. Dlm paper Utusan Malaysia bertarikh 25 Jan 09 yg lepas, segmen rencana ada memaparkan sebuah artikel berkenaan bloggers yg ditulis oleh Encik Rossfa Hashim. Suka aku nak berkongsi ngan kalian ttg isi kandungan artikel tu di mana ia menyentuh ttg kebebasan penulis blog meluahkan pendapat dan
kini penggunaan blog sgt meluas.

Menurut beliau, blog tidak harus dimusuhi dan jgn disalahgunakan sebabnya tidak semua blog memberikan maklumat yg tepat dan berwibawa. Seperti yg kita tahu, blog dpt menimbulkan kemarahan masyarakat macam yg pernah berlaku dulu,
ada blog yg mencerca nabi dan islam. Teruk, kan?

Jadi, penulis artikel ada memberikan beberapa tips
dlm menjadi bloggers yg bertanggungjawab. Antaranya,
1. disiplin harus tinggi. Sama spt menjadi wartawan. Menulis dgn beretika dan tetap, bkn muncul sekali-sekala (mcm aku. hehehe!)
2. Blog perlu aktif dlm masayarakat bloggers. Means, ada kunjung-mengunjung dgn blog lain sambil sama2 meninggalkan komentar. Bukan mengharap org lain saja yg membaca blognya.
3. Penulis blog perlu menguasai seni penulisan spt tulisan yg kreatif, mengalir, menghiburkan, menarik dan relevan dgn pkmbgan isu dlm masyarakat.
4. Ketelusan seorang bloggers tletak pd kejujurannya iaitu muncul dlm identiti yg jelas - nama sbnr, wajah serta maklumat latar belakangnya. Bukan bersembunyi di sebalik nama yg palsu.
5. Bloggers mesti mendukung prinsip bebas bersuara. Maka, tidak wajar mhalang capaian org lain ke blognya, memadam mana-mana bahagian dlm komentar yg tdk disukai dan menggalakkan kebebasan berbahas dalam blognya.

So, setakat tu jelah yg mampu aku kongsikan. kalau kalian berminat nak mmbaca, pegilah carik paper utusan malaysia date 25 jan 09. InsyaALLAH lepas ni, aku akan cuba menjadi bloggers yg beretika. Eceh, mampu ke? Haha..i'll try my best lorr. Mgkin etika aku bkn dr sudut ketepatan meng'apdet' blog. Tp etika aku dr sudut menyalurkan maklumat2 berguna di blog. Aku akan meminimumkan penceritaan ttg personal aku di sini. Jadi, pmbaca bkn setakat mendapat maklumat dan info berguna. Tapi juga dpt mengetahui perkembangan lanjut ttg aku dan dunia penulisan aku scr minimum. Ok tak?
Aku cuba...


Damya Hanna posted @ 11:27 am
| 13 Comments |


Tuesday, 20 January 2009

Kritik ke mengutuk?

Makna kritik : analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera dan sebagainya.
Makna kutuk : perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat dan berbaur keji.

Apa pendapat anda sekalian terhadap makna dua perkataan di atas? Pada aku, maknanya hampir sama tapi ia tetap dua perkataan yang ertinya berbeza.
Sebagai penulis kepada enam buah novel yang dah terbit di pasaran, aku sebenarnya dah biasa menerima kritikan mahupun kutukan terhadap semua novel aku. Kritikan juga menunjukkan karya aku menjadi tatapan dan dibaca segelintir masyarakat. Biasalah, selera manusia lain-lain. Tak sama dan susah nak dipenuhi. Ada suka yang macam ni, ada suka yang macam tu. Tersangat payah aku nak penuhi kesemuanya dalam sekelip mata dan sekali gus. Mustahil lah senang cerita!

Jadi, sejak menjadi penulis ni... aku dah belajar menerima kritikan baik yang ekstrem mahupun yang biasa-biasa. Pada aku, kritikan adalah sesuatu yang baik untuk aku perbaiki kelemahan diri. Kritikan juga adalah sesuatu yang bagus untuk aku belajar menjadi seorang penulis yang boleh mengikut selera pembaca masa kini yang pelbagai.

Tp apa pendapat anda jika tiba-tiba kritikan yang ekstrem itu sebenarnya lebih menunjuk kepada kutukan yang boleh menjatuhkan nilai karya tulisan aku termasuk juga karya-karya penulis melayu yang lain? Ya, itulah realiti yang berlaku akhir-akhir ni.

Ada unsur yang memberitahu novel cinta melayu sekarang ni sangat tipikal? Tipikal bermaksud, lazim dan hampir sama. Jadi, apa masalahnya dengan tu? kalau nak dikira, novel inggeris pun sama aje dik oii. Balik-balik, cerita isteri curang pada suami, then ada pulak ketidaklogikannya dari sudut agama dan macam-macam lagi. ada masanya, terlebih pula dari batasan minda manusia beragama islam. Kan lebih rosak akal? lebih menghitamkan hati?

sekurang-kurangnya novel cinta melayu ada terselit unsur-unsur agama. ada terselit batasan-batasan dalam pergaulan. Kalau ada yang terpegang sana-sini, itupun realiti yg mmg berlaku di luar sana.

Lagipun, dah namanya novel cinta. Mestilah menunjukkan sesuatu yang indah sebab cinta itu memang indah. konsep cinta sangat global dan luas. Cinta dalam konteks ni bukan semata-mata cinta sesama manusia aje. Dalam novel melayu bermacam-macam unsur diselitkan. Cinta kepada agama, budaya, keluarga dan macam-macam lagi. malah, turut diselitkan pendidikan moral dan nilai-nilai murni. mungkin yang membacanya harus pandai mencari makna tersirat. Bukan membaca untuk suka-suka dan tatapan kosong sebab kreativiti seseorang penulis boleh dilihat melalui gaya bahasa dan penceritaan.

Aku bukanlah pandai mcm sasterawan negara sebab aku hanya seorang penulis bebas yang menceburi bidang ni tanpa sebarang kursus dan bengkel. Aku belajar menulis dengan membaca karya-karya penulis lain. Aku menjadi penulis setelah punya idea dan semangat berkobar-kobar untuk berkongsi cerita dengan pembaca di luar sana.

Pada aku, membaca adalah satu amalan yang baik. Selain dapat mengisi masa, membaca boleh menyebabkan otak kita sentiasa aktif. Kita jadi manusia berguna pun melalui bacaan. Jadi, janganlah bila dah pandai, kita boleh dengan sesuka hati mempertikaikan karya orang lain. seolah-olah kita ni sangat sempurna dengan ilmu yang lengkap di dada. Padahal ilmu seluas lautan. sesiapapun kita di dunia ni, ilmu tetap belum cukup dan harus ditimba sampai bila-bila.

Pada seseorang penulis, sasterawan mahupun karyawan, hasil karyanya adalah ibarat maruah diri kerana melalui karya, penulis akan meluahkan apa yang dia rasa dan fikirkan. Jadi, mengapa mahu mengkritik secara ekstrem? Ia ibarat menjatuhkan maruah penulis itu.
Berdosa tau! TUHAN marah...

Petikan dari sebuah blog:
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

Terjemahan Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah al-Hujurat 48:12)

Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.

Jadi jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan hidup di muka bumi ALLAH.
Wallahua'lam...

p/s :: entry ni bkn nak menuding jari kat sesiapa. aku hanya menyuarakan pendapat dari sudut pandangan aku. Kalau ada terlebih terkurang, mohon ampun dan maaf! Aku hanya manusia biasa yang takkan lari dari kesilapan... adios amigos!



Damya Hanna posted @ 2:53 am
| 44 Comments |


Friday, 16 January 2009

Revolusi + Jihad = ???

Assalamualaikum...

Hmm...nak cite pasal apa eh?
Mcm2 kut...Tp cemana aku nk stat?
Dua tiga hari ni mcm2 perasaan bergelumang dlm fikiran aku, hati aku, diri aku dan apa2 lglah yg mengaitkan aku.
Smpaikan nak menulis ilang mood, takde perasaan dan jiwa terasa kacau yg amat.
Ada la dua, tiga org member aku yg memahami masalah yg menghantui perasaan aku termasuklah adik aku maya.

Aha...maya skang ni dah 4 hari takde kat umah sbb menghadiri orientasi pihak jusco utk jawatan management trainee. Aritu die call, beritahu dpt kat Melaka.
Perghh...jauh gile. Mak aku siap ckp suh resign je.
(tak snggup nak berpisah ngan ank bongsu die la tuh!)
Aku plak...sbnrnya merasakan perasaan yg sama mcm mak. tak leh nak duk jauh ngan die sbb die je yg paham aku dlm keluarga nih.. die yg selalu ada utk aku bile aku sedih, die je yg byk tolong aku dlm byk perkara. mmglah die adik. tp aku ni kdg2 nama je kakak tp perangai tak matang lg mcm maya...
Tp smlm...dia call bgtau yg die dpt tuka kat jusco cheras selatan. Alhamdulillah...dekat sikit kat umah. Mak pun tarik balik kata2 die suh maya resign...lega!

Berbalik pd perasaan kacau yg menghantui minda aku lately nih, aku dah mula terasa nak buat revolusi dlm diri aku. Means...
cara pemikiran, gerak-geri, kehidupan, penulisan dan bermacam2 lg.

Persoalannya... mampukah?
Aku jd bingung. Series aku nak ubah mcm2. Nak jd yg terbaik berbnding aku yg dulu.
Tp aku tak tau nak start dr mana.
Smlm berborak ngan fix (membe yg dah lama sgt aku tak jumpa & tak chat).
dia suh bace satu blog. Aku pun melayanlah kejap...
Apa yg aku belajar dr blog tu adalah JIHAD!
Panjang gile entri die. Kalo diprint dan dijadikan buku... mgkin dpt dlm 20,30 page kut...

Jadi smlm, sblm aku masuk tidur...smpat aku terfikir...
apa JIHAD yg aku nak buat utk diri aku?
Jauhnya aku jd manusia yg tak tau bersyukur... betapa terlupanya aku nk jd manusia yg selalu ingat pada ALLAH. Kdg2 kita rase kitalah manusia paling baik di muka bumi ni. Tp sbnrnya hati korang yg tau sendiri... Korang same ke camtu?

Jadi...jomlah kita sama2 berubah. Aku nak start perlahan-lahan. Mgkin dr segi bangun tidur. Solat subuh dulu selalu lompang. Laa ni, dah ada jam loceng yg bunyi nyaring 'kringgggg' tu. Mmg terperanjat bila kul 6.30 berbunyi.
Hopefully menjadilah perubahan yg aku harap2kan nih...AMIN!!!


Damya Hanna posted @ 1:34 pm
| 10 Comments |


Wednesday, 14 January 2009

susu dan kepentingannya...


Tahukah kalian yg susu sgt penting dlm urusan seharian kita?
Ya... mmg benar susu sgt penting kerana susu mengandungi nutrien di mana kandungan kalsium di dalamnya sangat tinggi bg membantu memberikan pertumbuhan dan kecerdasan dlm badan dan otak termasuklah menguatkan tulang.

Ermm, sbnrnya aku tak tau kenapa aku nak tulis ntry camni. Mgkin jugak disebabkan akhir2 ni aku selalu terasa tulang belakang aku sakit2 sbb postur badan yg tak teratur masa buat keje. Kebetulan, bbrp minggu lepas aku ada terbaca artikel dlm paper utusan malaysia untuk segmen kesihatan. Artikel tu menulis ttg penyakit tulang belakang yg boleh menyebabkan bongkok di kemudian hari.

Bila baca isi kandungannya, aku terasa perkara tu mcm akan terjadi kat aku aje. Mgkin bkn aku sorang, tp ramai lg manusia lain yg dikatakan mempunyai kebarangkalian yang tinggi utk jadi begitu. Punca2nya aku tak berapa ingat. Tp ada satu yg aku masih igt iaitu, bongkok biasanya berlaku pada kebanyakan mereka yang bekerja menghadap komputer kerana dikatakan tidak duduk dalam keadaan postur yang betul. Huh... patutlah tulang belakang aku ni selalu rasa sakit2. Rupa2nya aku mmg tidak pernah duduk dalam keadaan yang betul! Ceh...

Disebabkan perkara tu, aku dah mengamalkan hidup secara sihat iaitu wajib minum susu 2 gelas sehari mengikut sukatan. Terlewat ke aku ehh? Ntahlah... masa belajar kat UKM dulu, aku dan rakan2 sekuliah pernah dinasihatkan supaya mendapatkan susu segelas satu hari. awal2 minggu bleh la jd rutin, tp makin lama makin hilang dan terus terlupa. Yg pasti, aku skrg ni terpaksa gak minum susu walaupun sbnrnya aku tak berapa suka susu tepung. Tp dun worry, zaman2 skrg ni susu dah ada byk jenis dan perasa. Jd, disebabkan tekak aku takleh masuk susu tepung warna putih, aku minumlah susu tepung warna coklat. Heheh...

Jom ramai2 kite beli susu dan amalkan hidup secara sihat!


Damya Hanna posted @ 1:21 pm
| 7 Comments |


Tuesday, 13 January 2009

The journey begins..

Salam.
Beberapa hari lepas aku setelkan manuskrip ke-7, at last...aku memulakan perjalanan manuskrip ke-8 aku spt yg dirancangkan. Cuma, maklumat dan research aku masih ciput. Belum byk dan character untuk watak2 pun masih samar2 dlm bayangan.

Tp aku dah mintak tolong dari sorg mamat yg keje kat singapore. Aku tak tau cemana aku bleh dpt nickname die kat frenster tp dia pun dah bg respon utk bantu apa yg patut thdp kemusykilan aku. Kebetulan, ada sorang kazen aku yg kerjanya ada kaitan ngan character untuk novel akan dtg aku pun dah kate nak membantu bila2 aku memerlukan. Ngan kekawan lagi...

Alhamdulillah, pas ni aku bleh la aku draf flow chart utk susur galur cite ke-8 aku. Yg pasti, aku pun tgh mengkaji teori hierarki Abraham Maslow utk next novel aku. Tu sumer pun masih perancangan. Takut2 tak menjadi plak apa yg cuba aku ketengahkan.

Bak kate maya..."Idea je boom, jalan cite entah ape2 je nnti!"
Yelah2... kite kan merancang. Tuhan tu menentukan. Asal aku berusaha, insyaALLAH bleh menjadi punye...huhu!

Sabtu lepas, umah aku ada wat kenduri doa selamat kecil2an. Takdelah panggil ramai pun. Kebanyakan yg dtg ahli2 keluarga dan sahabat handai aku yg terdiri dari dak2 VF. ingat nak ajak ex-housemate ukm. Tp sbb plan mengejut, tak smpt nak khabarkan...hurm...

Haaa, lupa nak cite pasal kazen aku yg study kat UK tu. Dia dah kawen dah! Congarts2...dpt laki mat saleh ko Pidah! Tak sangka tul aku ngan kazen2 lain. Bile dipikir2, pidah ni dulu tak nampak mcm nak kawen awal aje. Sbb dlm ramai2 kami yg geng satu kepala nih, dia yg paling muda dan paling susah nak commit ngan satu2 lelaki. Tp, tup-tup cuti ritu, dia bawak balik mamat tinggi nama daniel. Budak tu dah masuk islam. Dtg malaysia sbb nak 'masuk jawi' (bahasa tersirat). hehe...

Akhirnya, 13 dec 2008 lepas, pidah ni dah pun selamat diijabkabulkan dengan restu mak ayah dan keluarga kat UK sane nun. Tp disebabkan kos perbelanjaan yg tinggi dan jauh di perantauan, hanya keluarga pakcik mie aku je yg jd wakil selain student2 malaysia utk majlis resepsi pidah dan daniel.


Yg menyebabkan aku cite pasal budak pidah ni, sbnrnya semalam kami sempat borak2 kat YM lepas lebih sebulan dia kawen. Tu pun lela (sorg lg kazen aku) tiba2 sms maya ajak conf reramai. Bila aku on9, kak nim (kakak si pidah ni) terus bukak conf... pastu kami berlima berbual tak henti2. siap view web cam lg. Mmg seronok. Lama tak gelak2 sakan berborak tak hengat masa. dlm 3 jam gak la ngadap laptop sampai terlupa manuskrip ke8 yg terbiar camtu je. hahah...

Ape2pun to pidah & daniel, congrats again & hope you both live happily ever after. AMIN!!!


Damya Hanna posted @ 9:00 am
| 24 Comments |


Friday, 9 January 2009

My new hope...

Salam Manis.

Alhamdulillah manuskrip ke-7 aku dah pun setel awal minggu lepas. It's time to relax for a while sementara menunggu pihak editor mmbace utk tentukan sama ada karya aku bleh diterbitkan ke tidak.

Mcm biasa bila manuskrip setel, aku akn mula mencari idea utk novel baru. Wat masa ni, alhamdulillah aku dah dpt idea utk mula menggarap novel yg ke-8. Cuma skang ni dlm proses mendraf tema, watak, flow jalan cite & mcm2 lg yg back to basic...

Of course rintangan baru akan bermula...tp without sumer tu, kita takkan cuba utk berusaha mencapai kejayaan, kan? So, take it as a motivation jelah...

Thn baru yg dah bermula lebih seminggu ni belum memberi peluang pd aku utk merancang perubahan yg bakal aku lakukan. Mungkin wat masa ni, lebih senang kalau aku ikut aje flow yg dah ditentukan oleh NYA. Means, tak payah merancang apa2 lg. Kalo rasa nak buat, redah jerrr! Cuma, jgnlah terlalu redah smpai tak berhati2 plak.

Untuk pengetahuan korang, umur aku dah nak meningkat 27 thn. Hah, 27thn? Byk dah umur aku rupa2nya! So, pasni konpem telinga akan bingit ngan mcm2 soalan. Bila nak kawin? Bila nak berkeluarga? Bila nak ada yg tersayang? Hurrmmm... fed up! fed up!

Mmglah... bile tgk persekitaran yg dah byk berubah, sape yg tak risau. Kekawan aku kebanyakannya dah kawen. Kebanyakannya dah bekeluarga. Baru2 ni ada sorang membe sekolah yg sms tibe2, beritahu dah ada anak 3. Housemate masa matrix, baru je kawen ngan lelaki yg dia admire sejak sekolah. Then, kekawan UKM aku pun ramai yg dah ada family dan zuriat penerus generasi. AKU???

Sbnrnya aku bukannya terlalu memilih. Kadang2 adalah jugak sbb sgt bohong kalau takde org yg memilih dlm dunia ni. Cuma mgkin skrg ni aku belajar dr pengalaman. Kalo bleh dah tak mo cinta2 yg berjiwang2 wpun hakikatnya aku ni jenis hati yg cepat rapuh. Persoalannya, wujud ke cinta yg aku harap2kan tu?

Kata mak, jgn melihat pilih rupa paras ataupun melihat harta benda. cari yg baik wpun kat mata tak sedap memandang. Itu kata mak! Kata aku plak...mana bleh camtu? Kalo takde rupa paras, bkn manusia la namanya. Kosong je muka die. Takde mata, takde idung, takde mulut mcm momok...Haha...!

P/s:: aku nak tumpang kesedihan bg penduduk palestin atas sifat kejam pihak israel yg menyerang tanpa belas ehsan. Same2lah kita berdoa utk muslimin muslimat supaya kesejahteraan mereka terjamin hendaknya. AMIN...


Damya Hanna posted @ 11:34 am
| 7 Comments |


Thursday, 1 January 2009

Tahun Baru 2009!

Salam Tahun Baru 2009 buat semua pengunjung setia blog DH.

Alhamdulillah masih panjang umur kite menempuhi onak ranjau untuk tiba ke hari baru tahun 2009. So cemana ngan azam2 thn lepas? ada yg dah berjaya dipenuhi?

Akceli aku dah lupa ape dia azam aku thn lepas. tp macam biasa, semua kita nak memperbaiki diri kite masing2 supaya jd manusia yg lebih berguna kan? Nak kate dah tercapai tu, aku tak sure. tapi alhamdulillah aku masih lg seorang manusia yg sama (hopefully)...

Menyentuh azam baru aku untuk tahun baru ni, aku tak tahulah aku ada azam ke tidak. Yelah bila melihat pada azam thn2 lepas yg aku selalu lupa, mcm dah malas nak cari azam utk thn ni. Tp... oh, ya aku baru teringat ttg sst!

Sebenarnya... ermm sebenarnya azam thn baru aku ni nak kumpul harta kut. aku nak perbaiki hidup supaya lebih terjamin dan tersusun. Akceli harta2 yg aku nak kumpul tu bukanlah semata2 utk diri sendiri. Kalo bleh aku nak cari harta yg mengarahkan aku pada kebaikan. Selain bersedekah dan menabur bakti kat mak ayah yg dah bersusah payah mmbesarkan aku, aku sbnrnya merancang nak ada kehidupan sendiri. Lebih tepatnya, aku nak ada rumah yg aku bleh beli ngan duit aku sendiri. Ntah bleh tercapai ke tak. Ermm, kite tunggu jawapannya 1/1/2010 nnti ye...

Salam manis tahun baru,
~damya hanna


Damya Hanna posted @ 7:46 pm
| 12 Comments |