<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Saturday, 28 February 2009

Dari Tawau ke Mabul...

Kulit aku yang dah bertukar gelap ni, mula nak mengelupas. Mungkin proses pemulihan kulit dah mula berjalan. Sesuatu yang normal pada aku bila memilih pulau sebagai tempat percutian sebab terpaksa berdepan dengan cahaya matahari yang terik dan hangat. Tapi takpe. Demi kepuasan diri, aku rela berdepan dengan orang awam bersama kulit yang gelap lagi kekeringan. Lepas sapu pelembap dua, tiga hari...okeylah agaknya.

Alhamdulillah, dah tiga hari aku selamat kembali dari bercuti bersama rakan-rakan seperti yang aku khabarkan dalam entry yang lalu. Sepanjang bercuti, aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Cuma ada satu, dua aktiviti yang tertunda disebabkan alasan-alasan tertentu. Tapi aku nak minta maaf pada kalian sebab lambat 'update' blog gara-gara terpaksa berdepan dengan masalah bulanan kaum wanita beberapa hari lalu. Faham-faham ajelah ye.

Jadi dalam entry kali ni, aku nak bercerita tentang aktiviti yang berlangsung sepanjang percutian aku dan rakan-rakan ke Pulau Mabul, Sabah yang terletak berdekatan dengan daerah Semporna. Dalam tentatif program, sebenarnya kami merancang nak masuk Sipadan tapi disebabkan syarat baru yang telah ditetapkan oleh beberapa pihak yang memerlukan kami memohon permit seminggu sebelumnya, maka rancangan kami untuk memasuki Sipadan, tergendala dan langsung tidak dapat dipenuhi. Bila difikir-fikir, mmg frust tapi bak kata pepatah, "kita merancang, TUHAN menentukan". Walaupun tak dapat masuk Sipadan, pada aku percutian kali ni masih satu aktiviti yang berbaloi. Nak tahu kenapa? Hurm, bacalah kat bawah ni...

SABTU - 21.02.2009
Bertolak dari rumah ke LCCT. Flight ke Tawau pukul 5.30ptg. Tiba di Tawau pada 8.20 malam. Kami berlapan, check-in di Hotel Kingston yang terletak di pekan Tawau yang mengambil masa perjalanan selama 45minit dari airport. Makan malam di Restoran Sri Keningau.

AHAD - 22.02.2009
Breakfast di Restoran Ali & Topan sebelum bertolak ke Jeti Semporna dalam pukul 7.15pagi menaiki kereta seorang rakan yang berasal dari Tawau. Perjalanan mengambil masa 1jam. Dari Jeti, kami naik bot syarikat Uncle Chang untuk ke Pulau Mabul dan perjalanan masih mengambil masa lebih kurang 1jam.
Masa sampai tu, ada welcoming song dari pihak chalet yang mengalunkan lagu yang berjudul : Sipadan Song. Terasa kedatangan kami semacam dialu-alukan bila melihat penduduk tempatan dari kalangan pekerja chalet bersama para tetamu lain menyanyi riang menyambut kedatangan kami.
Lepas tukar baju, lepak-lepak dalam bilik jap sebelum kami dibawa menaiki bot untuk aktiviti Island Hopping selama 1jam 30 minit. Bergambar sakan dengan pemandangan Pulau Mabul yang cantik tak terkata. Diyakini, 80% penduduk tempatan terdiri dari kalangan warganegara Filipina. Itu kata pakcik bot yang aku lupa nak tanya namanya. Lunch pada jam 12.00 tengahari. Kemudian kami beriadah sekali lagi dengan berjalan kaki secara berkumpulan. Siap jengah ke sebuah resort yang pernah dijadikan tempat lakonan saiful apek dalam filem duyung kalau tak silap. Mmg cunlah...
Lepas jalan-jalan, kami bermandi-manda. Tapi sebab matahari betul-betul terik, aku sekadar berendam seminit dua sebelum melepak sambil tengok membe-membe melayan bola tampar. Selesai acara mandi-mandi, balik ke Chalet...bersihkan diri sebelum minum petang. Cuaca agak mendung. Malam pulak hujan agak lebat. Lepas makan, ingatkan ada life band seperti yang diura-urakan. Tapi, tunggu punya tunggu...sangap. Jadi, ada antara kami yang habiskan masa dengan melepak sambil gosip-gosip. Gelak-gelak sakan. Takde TV, suratkhabar dan connection dengan dunia luar selain telefon. Rasa fikiran ni, tenang habis. Mana taknya, line telefon walaupun ada, aku biarkan aje hp tersimpan dlm bilik.
Dalam pukul 1.30pagi baru aku tidur sebab berborak dengan Shem tak hengat dunia. Macam dah lama sangat tak jumpa...

ISNIN - 23.02.2009
Bangun pagi dengan kedinginan yang tak terhingga. Hujan turun tak berhenti. Aku mengambil keputusan untuk tak mandi masa nak breakfast. Takpe! Takde siapa yang heran pun. Sebelum snorkeling, kami menghabiskan masa dengan acara bergambar. Padli kutip tapak sulaiman sebab masa ni air belum pasang. Pertama kali aku tengok tapak sulaiman sambil pegang dengan tangan sendiri.
Snorkeling di Pulau Kapalai pada jam 1.00 tengahari. Walaupun berlangsung hanya 45 minit, pengalamannya masih memori yang menarik. Arus agak kuat tapi sebenarnya, dasar laut takdelah dalam sebab sedar-sedar, rupa-rupanya aku boleh berjalan aje kat situ. Cuma, bila berjalan ni akan merosakkan khazanah laut.
Kami balik ke chalet pada jam 2.00 petang. Lunch, mandi dan aktiviti melepak macam selalu. Inginkan nak berehat kat dalam bilik aje sambil layan novel tapi bila semua dah lepak kat luar, aku pun juin sekali. Masa ni ada member yang tengah mandi kat depan chalet sebab air tengah pasang.
Petang menjelma, kami warga wanita seramai 4 orang...berjalan-jalan di sekitar kampung. Sambil bergambar, sempat kami tengok matahari terbenam. Tiba-tiba aku teringat pada keindahan matahari terbenam ketika di Phuket.
Malam : Lepas solat...dinner beramai-ramai. Lepas tu, ada life band sampai pukul 12.25 malam. Balik bilik, packing. Hari ni, aku memaksa diri tidur awal sebab masing-masing nampak penat sangat. Sebenarnya, aku pun penat. Letak aje kepala kat bantal, mata terus terlelap.
SELASA - 24.02.2009
Balik ke pekan Tawau. Shopping sorvenir untuk family & rakan-rakan di pasar gantung (kalau tak silap). Flight balik ke KL jam 6.20 petang. Dan segala kenangan di Tawau, tetap dalam ingatan.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar yang aku nak upload kat sini. Tapi nanti, orang cakap aku ni syok sendiri pulak. Jadi, cukup-cukuplah untuk beberapa gambar kat atas ni sebagai bukti bahawa bumi Pulau Mabul, telahpun aku jelajahi. Untuk pengetahuan kalian, ini merupakan koleksi penerokaan pulau yang ke-7 dalam diari hidupku. Sebenarnya ada banyak lagi pulau yang aku belum jelajah. InsyaALLAH jika panjang umur... aku akan melebarkan sayap penerokaan pulau untuk destinasi seterusnya. Bila tu? Tungguuuuuu...



Damya Hanna posted @ 12:49 am
| 12 Comments |


Saturday, 21 February 2009

Vacation mood...

Assalamualaikum.
Hari ni curi masa sikit nak apdet entry sebab dah dua hari aku tak sempat jenguk blog, emel, fb, frenster, myspace dan seadanya. Macam sibuk sangat dengan preparation holiday trip yg bakal berlangsung petang ni. Yeahh...finally, it's come!

Semalam, aku dengan maya sempat lagi meronda di Midvalley padahal baru aje tiga hari lepas kami melepak tengok wayang kat GSC situ. Ni semua sebab maya nak beli handbag kat Metrojaya dan kebetulan metrojaya tengah sales. Rasanya, sales ni khas untuk Metrojaya cardmember sebab aku tengok ada guard jadi penjaga pintu, lepas tu pintu mall pun bukak separuh aje. Nasib baik, aku ngan maya dah apply card awal2.

Mula2 aku ingat, malas nak shopping apa-apa. Tapi dah terbekenan kat purse Guess warna hitam. Tgk harga, boleh tahan. Macam nak beli aje tapi teragak-agak sebab promoter dia beritahu, Guess takde diskaun. Semua barang area tu, new arrival. Kalau gitu, baik aku beli kat butik Guess terus. Mesti sama aje harga barang tu dan boleh dapat paperbag lagi. Actually, aku ni pengumpul paperbag yg agak berjaya. Huhuh...takdelah berjaya sangat. Tapi aku suka kumpul paperbag dari barang2 yg aku beli... Tak tahu kenapa aku suka kumpul walaupun lepas beli, aku letak semua paperbag tu bersepah2. Heheh...

So, at the end...aku ambil keputusan tak nak beli purse tu buat masa ni. Napsu masih boleh tahan. Lepas teman maya ke cashier, kami berjalan ke bahagian kasut. Konon2 nak window shopping. Tapi hampeh bila mata ni terblink2 kat dua pasang kasut yg agak menarik. Tanya pendapat maya, dia pun kata cun. Apa lagi... terus mintak kat promoter utk saiz 5. Awal2nya nak beli salah satu. Tapi bila dah pakai dua-dua...aku rasa macam berkenan kat dua2. Huh...napsu boleh tahan apa?

Finally, beli jugak dua pasang kasut tu dan bila buat kira-kira, harga purse Guess sama aje dengan dua pasang kasut yang dah jadi milik aku. Takpe-takpe... purse masih boleh tunggu. Kasut lain cerita. Pada aku, biar byk kasut sebab bukan selalu aku dpt jumpa kasut yg sedap untuk dipakai.

Kami bertolak balik dalam pukul 3.00 petang. Nak bekejar solat Zuhur kat rumah. Tapi sempat lagi aku beli perfume kat bahagian fragrance & cosmetic. Hurm, kesimpulannya...aku ni memang sukar dijangka! Sabar ajelah.

Okeylah sumer. Got to go. Aku nak bersiap2 untuk ke LCCT tengahari ni. Ada perjalanan yg panjang yg akan aku tempuhi bersama rakan-rakanku tersayang. So, selama empat hari aku akan menghilangkan diri. I'll update my blog when i'm back on tuesday evening.
Later.


Damya Hanna posted @ 12:12 pm
| 10 Comments |


Thursday, 19 February 2009

Geng Pengembaraan Bermula

Semalam, maya cuti! Jadi, awal-awal kami merancang nak melayan movie bila terfikir betapa lamanya kami tak lepak bersama, habiskan masa, window shopping & sembang-sembang. Tambah-tambah sejak dia bekerja ni, masa yang kami spend dah agak terhad. Dulu, setiap masa kami boleh gelak-gelak, kecuali masa tidur. Sekarang, bila maya balik kerja aje, muka dah lemau macam biskut marie masuk angin. So, aku lebih senang menghabiskan masa dengan manuskrip, menghadap internet, TV dan lain-lain lagi secara sendirian sebab kadang-kadang maya selalu buat aku bercakap seorang-seorang bila tiba-tiba dia dah masuk tidur dulu. Ampesss...

Movie apa yang kami layan smlm? Apa lagi kalau bukan anime favourite se-malaya : Upin & Ipin. Tapi for your information, my dearest guest...tajuk untuk movie upin & ipin kali ini ialah Geng Pengembaraan Bermula (GPB). Apa yang dapat aku simpulkan lepas melayan movie ni smlm, judul ni dipilih kerana kandungan cerita yang berkisarkan hubungan persahabatan berkumpulan dalam menempuh apa jua rintangan dan cabaran. Atau secara pasarnya, kita sebut juga sebagai 'geng'.

Berbeza daripada cerita Upin dan Ipin yang biasa aku tengok bila tiba bulan ramadhan, jalan cerita untuk movie GPB , menyentuh tentang misteri kehilangan durian di Kampung Durian Runtuh. Satu idea yang agak unik pada aku kerana negara kita, Malaysia terkenal dengan musim durian. GPB diselitkan dengan unsur-unsur lawak yang mampu buat aku ketawa. Ada jugak perasaan berdebar-debar bila tiba part-part suspen. Overall, ceritanya takdelah mengecewakan walaupun ada part yg aku rasa agak berulang dan kurang logik. Biasalah tu...kalau semuanya perfect bukan manusia pulak namanya, kan? Sebab apa yg paling sempurna itu adalah ALLAH s.w.t.

Daripada 5 bintang, aku boleh kasi 4 untuk cerita ni. Tahniah buat Produksi Les Copaque yg berjaya mengolah, mengedit, dan menerbitkan movie yg membanggakan aku sebagai anak Melayu jati. Bkn senang woo nak buat semua nih! So, pada kalian-kalian yg belum berpeluang menonton, baik korang pergi book tiket wayang sekarang. Cerita ni sesuai untuk semua golongan kaum dan peringkat umur.

Apa2 cerita terbaru tentang upin & ipin, bolehlah klik pada,

http://upindanipin.com.my/home.html

atau

http://www.gengthemovie.com/



Damya Hanna posted @ 12:08 pm
| 14 Comments |


Wednesday, 18 February 2009

Salam pagi Rabu!

Percaya tak? Aku bangun awal hari ni! Errr...yg lebih tepat adalah, aku tak sambung tidur lepas subuh tadi. Tak macam apa yang berlaku di pagi hari-hari sebelumnya. Konon-konon tadi, nak paksa diri melenakan diri. Tapi bila dah bergelap, fikiran ni asyik terfikir macam-macam. Jadi, bermulalah pengembaraan aku dalam mencoretkan catatan terbaru untuk entry blog bulan Februari ni.

Alhamdulillah! Semalam, tamat perjuangan aku sebagai juri untuk tugasan minggu pertama bagi pertandingan Jom Layan Blogger Mania. Segala markah, komen dan kritikan dah aku berikan seikhlas hati. Jadi kepada kalian yg terlibat, diharap menerima kritikan dan komen dari aku dengan hati yg terbuka. Aku sedar, aku bukanlah terlalu pandai dalam merekacipta laman blog untuk dikatakan layak menjadi juri yg tahu serba-serbi. Maka, aku mengkritik kalian dengan bahasa yg tidaklah keras. Aku mengkritik dan memberi komen melalui pendapat aku sebagai seorang juri yang juga adalah seorang pembaca blog. Jadi, kalian anggaplah kritikan dan komen aku tu adalah jalan untuk kalian memperbaiki kelemahan diri.

Menyentuh tentang pengalaman pertama aku menjadi juri untuk tugasan pertama pertandingan musim ke-3 JLBM ni, apa yg aku dapat adalah...beberapa pelajaran dan ilmu pengetahuan berkenaan dunia IT. Aku semacam baru tersedar, betapa ceteknya pengetahuan aku dalam merekacipta sebuah laman blog. Betapa pandainya mereka yg terpilih, melaksanakan tugasan sebagai bloggers yg aktif berjalan di laman-laman blog tiap-tiap hari.

Maka, diharap...janganlah kalian menjadikan alasan aku yg cetek ilmu IT berkenaan laman blog ni sebagai perbandingan dengan kemampuan kalian mencipta blog yg menarik perhatian. Yalah, kalau aku hebat bebenornya, takkanlah aku sudi nak menjadi juri. Lebih baik aku jadi salah seorang pencalonnya kan? Heheh...

Apapun, syabas untuk kalian. Kagum aku menjadi salah seorang dari orang yg bertanggungjawab dalam pertandingan ni walaupun sekadar di sebalik tabir.

Buat kalian yg belum mengenali siapa aku...

Salam kenal diucapkan!



Damya Hanna posted @ 7:45 am
| 9 Comments |


Monday, 16 February 2009

The scope!

Assalamualaikum...

Minggu ni, bermulalah rutin baru aku sebagai juri pada pertandingan Blogger Mania anjuran website www.jomlayan.com. Berdebar-debar rasanya macam berada atas pelamin pulak. Eceh, pernah ke aku duduk atas pelamin? Penah sebenarnya tapi bkn la sebagai raja sehari. Cuma duduk sekadar untuk mengambil gambar kenangan. Itupun tanpa pasangan... Hik hik...

Aku tak ingat susur-galur macamana aku boleh bersetuju menerima pelawaan orang kuat website jomlayan yg sudi memberi peluang pada aku menjadi juri untuk pertandingan kali ni. Tp yg jelasnya, ia adalah sesuatu yg baru pada aku. Sesuatu yg aku tak penah buat selama ni. (Jadi juri wooo...ingat senang ke nak kira markah?). Tp, aku akan cuba lakukan yg terbaik. Means, aku akan memberikan markah mengikut kemampuan aku sebagai seorang penulis dan pembaca.

So, kriteria yg aku akan ketengahkan dalam pemberian markah nanti adalah bergantung pada beberapa perkara iaitu:

Kekemasan - 10m
Pemarkahan diberi dari pelbagai sudut iaitu susun atur layout, penggunaan warna yg bersesuaian, font, size background blog dan KEMAS dengan sekali pandang!

Tugasan - 40m
1. Pengenalan berkenaan tajuk dengan bahasa mudah, santai dan menarik. (5m)
2. Isi kandungan yg berserta contoh agar penerangan yg dibuat mudah difahami. (25m)
3. Pengakhiran atau Kesimpulan terhadap entry yg dibuat. Simple takpe tapi ada sesuatu di situ. (5m)
4. Usaha bloggers dlm mengetengahkan maklumat berkenaan tugasan mingguan. Contohnya gambar yg sesuai, muzik yg mengikut tema dan macam-macam lagi. (5m)

Jadi, pada kalian, calon-calon JLBM 2009 yg ada menjengah blog aku...ini satu kredit pada anda. Tapi ingat, skop pemberian markah diatas adalah dari sudut pandangan aku saja. So, pandai-pandailah kalian mencari ruang dan kesempatan ketika menulis tugasan dengan menggabungkan kriteria-kriteria yg disukai oleh para juri yg berkaitan.

InsyaALLAH aku akan mmberikan markah yg terbaik untuk tugasan yg baik. Wpun ada jugak beberapa calon yg aku dapati berkait rapat dengan bbrp blog yg aku dah 'flag'kan sbg blogger yg aku 'tak suka'...tapi, dun worry...aku ni fleksibel. Aku takkan judge orang melalui luaran. Aku janji akan menjadi seorang juri yg sangat adil sbbnya, buat apa aku nak libatkan mereka2 yg takde kaitan dalam permusuhan invisible aku nih? Tak logik. Jadi, pokok pangkalnya kat sini, biarlah aku saja yg menyimpannya sebagai rahsia. Tak gitu?

Setakat ni dulu entry dari aku... Selamat berjaya buat kalian yg terlibat... ;)


Damya Hanna posted @ 3:42 pm
| 13 Comments |


Sunday, 15 February 2009

Valentine? Astaghfirullah...

Alhamdulillah...malam ni berjaya juga aku menyiapkan skin baru untuk blog. So, guys! Welcome to my new blog skin. Amacam? Mood mendung skit kali ni. Heheh... Saje nak tukar selera sbb skin lama tu dah lama sgt pakai. Tp, template skin tu masih berada dlm simpanan. Aku dah save siap2 dlm my document. Mana tau kalau2 aku nak tukar semula pada yg lama pulak kan. Who knows?

Cuti hujung minggu, aku tak buat apa kat rumah. Macam biasa, masih menanti jawapan pada emel2 berkenaan medical term untuk novel ke-7. Alhamdulillah, respon yg aku terima sgt menggalakkan. Terima kasih byk2 pd momguess (yg sudi kenalkan brother in law seorang doktor yg bertugas di ireland), kak nafizah hanim Mohamad Rosni yg bertugas di Johnson & Johnson Medical (kerana sudi memperkenalkan 3 org rakan yg dapat membantu menemukan aku dgn doktor berkaitan), my kazen - frida rosli ( atas ym rakan sebaya yg masih menuntut dalam bidang medical), rakan penulis - syanika latisya yg ada membantu menerangkan beberapa perkara yg memusykilkan mindaku.

So, lepas dpt respon tu...aku dah emel soalan2 yg aku nak tnye pd mereka2 yg pakar. Wat masa ni, aku dah faham apa yg aku nak tau dr beberapa maklumat yg aku dapat. Cuma kalau boleh, aku nak lebih pengesahan dr mereka yg lebih arif supaya ilmu yg aku sampaikan nnti lebih telus. Hurmmm...

Bila duduk sorang2 smlm, tiba2 aku teringat yg tarikh 14 Feb sudahpun berlalu. Spt yg anda semua maklum, 14 Feb tiap2 tahun adalah tarikh yg dianggap keramat bg pasangan yg sedang berkasih. Konon2nya 14 Feb ni adalah hari memperingati kekasih lalu pasangan dikatakan boleh mengambil kesempatan dalam mengisytiharkan ketulusan cinta dan hati kepada pasangan masing2. Betul ke semua tu? Atau ia sekadar mitos yg diada-adakan oleh masyarakat zaman dulu kala?

Kat sini ada beberapa maklumat yg aku dapat dari Suratkhabar Utusan Malaysia - Segmen AGAMA bertarikh 9 Feb 2009.

Terdapat 4 pendapat berkenaan sejarah sambutan Hari Valentine...
1. Ia dikatakan berkait dgn sambutan pesta kaum Rom kuno (Lupercalia) sblm kedatangan agama kristian. Lupercalia ialah upacara penyucian diri yg berlangsung dr 13-18 Feb. Dua hari pertama, mrk menyembah dewi cinta Rom kuno yg bernama Juno Februata.

2. Ia dikatakan berkait dengan kematian paderi St. Valentine sewaktu pemerintahan Raja Rom yg bnama Claudius II dan terdapat 2 versi tentangnya. (maklumat lanjut sila lihat artikel)

3. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan peranan penting dlm usaha memusnahkan kerajaan islam pd masa itu. Tggal 14 Feb 1492, tarikh kejatuhan Islam di sepanyol lalu ia dianggap sebagai hari kasih sayang kerana penduduk sepanyol menyangka Islam adalah agama yg zalim.

4. Sambutannya bersempena sifat burung yang dimana musim mengawan burung dikatakan jatuh pada 14 Februari. Ia adalah tradisi orang inggeris.

Kesimpulan dr 4 pendapat diatas : Sangat jelas asal-usul sambutan Hari Valentine tiada kena mengena dengan budaya serta agama bg umat Islam.

HUKUM menyambut Hari Valentine:
Di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan disepakati generasi awal umat Islam, hari kebesaran bg umat Islam yg disyariatkan untuk menyambutnya ialah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Dalam firman ALLAH : Bagi tiap-tiap umat Islam, kami adakan satu syariat yg ttentu utk mereka ikuti dan jalankan, maka jgnlah ahli-ahli syariat yg lain membantahmu dlm urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kpd agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yg lurus. (al-Hajj:67)

Oleh yg demikian, menurut artikel ini lagi, umat islam perlu membataskan diri dgn menyambut hari kebesaran yg diiktiraf oleh ALLAH dan Rasul-NYA. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bg umat Islam, pelbagai hari perayaan ditambah ke dlm kalendar umat Islam seperti maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Tinta Penulis:
Maka di sini, bergantunglah pd anda sekalian untuk memilih jalan yg mana baik dan yg mana buruk untuk diri sendiri. Pada aku, hari kasih sayang adalah hari-hari. Ia bkn saja kasih sayang yg perlu kita tunjukkan untuk pasangan kita semata tp juga pada ahli keluarga, sahabat-handai dan yg paling utama, YG MAHA ESA dan buat para nabi dan rasul junjungan...

Wallahualam...


Damya Hanna posted @ 2:09 am
| 13 Comments |


Tuesday, 10 February 2009

Help me please...!

Sori kalian semua. Kesibukan menguruskan kerja2 akhir editorial manuskrip ke-7 membuatkan aku terlupa nak menjengah ke blog dan meng'update' ape yg patut.

Hari ni, aku gagahkan diri menulis kat sini walaupun pada dasarnya otak tgh blank nak berkongsi cerita. Cuma satu tujuan entry ni diapdet ialah, aku nk tnya kat kalian... kalau2 kalian mempunyai kenalan rapat atau saudara-mara yg boleh membantu aku menyelesaikan beberapa maklumat berkenaan bidang perubatan.

Maksudnya, mereka yg pakar dalam neurologi (otak dan kepala) untuk aku hubungi bagi menamatkan kerja2 akhir editorial manuskrip ke7 aku ni. Aku just nak tnye beberapa perkara ttg pendarahan dalaman yg sememangnya bkn dlm bidang aku.

Jika ada yg sudi membantu, boleh emelkan maklumat diri pd damya5_hanna@yahoo.com secepat yg mungkin. aku akan contact untuk pertanyaan lanjut.
Thanks...

Sikit info nak kongsi ::
Korang tahu tak yg kat Malaysia ni pertumbuhan pasaraya besar semakin berleluasa? Tapi, korang pernah ambil tahu setiap pasaraya tu, datangnya dari negara2 yg berbeza. Sila baca maklumat dibawah...

Carrefour : Perancis
Tesco : England
Giant : Malaysia
Jusco : Jepun
Sogo : Jepun
Parkson : Malaysia
Metrojaya : Malaysia
Isetan : Jepun
Cold Strorage : Singapore
(Sumber : internet)
*Jika ada maklumat yang salah, sudi2kan komen untuk betulkan.


Damya Hanna posted @ 4:03 pm
| 14 Comments |


Wednesday, 4 February 2009

Tambah2 cerita...

Salam.
Tak tahu nak cite tentang apa utk entry kali ni. Byk sgt info yg aku jumpa bbrp hari ni dan terasa nak kongsi ngan kalian, pengunjung setia blog Damya Hanna.
Hari2 menjengah ke blog, aku rasa terharu sbb shout out sentiasa dikunjungi teman2 yg tak putus bertegur sapa dan bertanya tentang kemunculan novel terbaru.

Ermm...utk pengetahuan pembaca setia novel2 Damya Hanna, novel ke-7 akan muncul tak lama lagi. InsyaALLAH! Doakan kerja-kerja editorial berjalan dengan lancar dan sempurna. Sebenarnya manuskrip 7 ni dah siap dicoretkan ke noktah terakhir. Hanya menunggu masa untuk dpt pruf dari pihak alaf 21 untuk diterbitkan dan dipasarkan.

Rasanya tu aje cerita yg aku nak kongsi wat masa ni. Kat bawah ni aku nak selitkan jugak beberapa info untuk dikongsi ngan kalian. Actually, aku pun baru je tahu pasal ni masa baca paper. Sudi2kanlah berkongsi...

Info tentang KAABAH.
Saiz Kaabah : Tinggi = 13.15 meter (13 meter, 15 sentimeter)
Keseluruhan saiz = 207 meter persegi.
Bilik di dalam kaabah = 13 x 9 meter.
Dinding kaabah = setebal satu meter.
Lantai di dalam kaabah = 2.2 meter lebih tinggi dari tmpat org ramai bertawaf.
Siling dan bumbung kaabah diperbuat daripada kayu. Manakala dindingnya daripada batu. Dinding di dalam tidak berkilat manakala diluar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad SAW.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim adlh spt berikut :
Dinding Timur = 16.15 meter (16 meter, 15 sentimeter)
Dinding Hatim = 11 meter
Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani = 10 meter
Dinding Barat = 15.5 meter
Kaabah telah berdiri kukuh hampir 2000 tahun hingga ke saat ini.
(Sumber dari Utusan Malaysia - segmen AGAMA)


Damya Hanna posted @ 8:26 pm
| 12 Comments |