<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Saturday, 28 March 2009

Admitted - Discharged...

Assalamualaikum.
Tiba-tiba rasa nak update blog yg dah agak lama aku tak jenguk. Sebabnya, utk pengetahuan kalian, aku baru aje discharged dari hospital khamis lepas sbb gastrik + period pain punya hal. Isk, tak pasal-pasal bermalam kat atas katil wad dgn tgn yg dicucuk jarum untuk menyalurkan air ape kebenda ntah nama dia.

Rasanya, this month adalah bulan yg paling mencabar dlm hidup aku. Nak tau nape? Sbb bln nilah bln yg paling byk aku kena makan ubat. Start balik dr Mabul tempohari, aku dah kena makan ubat demam+batuk+selesema. Pastu, aku dapati kecederaan kat lengan kiri aku akibat terjatuh dari bot masa kat mabul tak baik-baik, so aku pegi jumpa doktor untuk dptkan ubat urat+ubat sapu. Then, baru-baru ni pegi hospital lagi sbb batuk teruk yg tiba-tiba melanda sampailah khamis lepas, aku diserang gastrik lepas period pain yg tak baik-baik. Akibatnya, muntah aku tak berhenti-henti menyebabkan aku terpaksa ditahan di wad sebelah petangnya.

Gilalah...dah berkatung plastik ubat kat umah nih. Semuanya gara-gara kesihatan aku yg agak melarat. Abah asyik bising aje sbb rutin makan aku tak menentu. Mak mmg tak boleh nak cakap apa dah.

Yg bestnya, first time aku rasa perasaan org dtg melawat kat hospital. Hehe... bukanlah aku tak penah masuk wad sblm ni. Tp kali ni, masuk wad adlh yg kali kedua dlm idup aku berbanding dulu masa aku kecik-kecik. Tu pun sbb terhantuk kepala yg menyebabkan darah beku. Isk...macam-macam betul aku nih!


Damya Hanna posted @ 2:10 am
| 16 Comments |


Tuesday, 17 March 2009

Mood Campur-campur...

Lately ni bila sorang-sorang, aku selalu diserbu perasaan yang tak menentu. Setiap saat dan waktu, mood asyik nak bertukar ganti. Sampaikan aku rasa, apa yang berlaku pada aku skrang ni susah nak dikawal.

Entahlah. Aku memang tahu apa yang sedang aku lalui tapi sengaja aku menafikan. Pada aku memikirkan sekelumit masalah yg sedang aku hadapi kebelakangan ni, ia membuatkan aku jd seorang yang tak reti nak bersyukur pd apa yang aku dah miliki. Yelah...sebab terpengaruh punya pasal, aku asyik nak berubah jd seseorang yang bukan diri aku. Konon-konon nak jadi yang terbaik, hakikatnya... aku menyebabkan minda aku pusing dan pening untuk mengubah apa yang ALLAH dah terhadkan untuk aku. Kan?

Kadang-kadang, bengong jugak rasanya. Sebab aku sendiri yang buat fikiran aku sarat dengan masalah yg tak sepatutnya jadi masalah. Hurmm...takpelah. Lupakan soal masalah yang entah apa-apa tuh.

Bulan April ni, ada 3 org membe aku yang akan terbang ke Bali. Aku gila-gilanye jeles. Dah tahap gaban pun ya jugak sebab aku jarang tak juin bila ada aktiviti bercuti ke pulau. Bukan mereka tak ajak aku join trip yg dirancang secara mengejut masa air asia buat promo besar-besaran baru-baru ni tapi...sebab trip ni jatuh pd tarikh book fair, aku tutup mata dan hati dan tekad menolak. Lagipun bulan May nanti, aku dah ada satu plan lain yang lebih bermakna, jadi niat nak bercuti ke Bali ni, aku terpaksa simpan Walaupun pada hakikatnya, DIA saja yang tahu betapa aku ni sangat-sangat teringin nak join.

Baru-baru ni, aku meredah Matta Fair dengan budak bertiga tu, berbulu je aku tengok dierang booked pakej yg dipilih masa kat Bali nanti. Nasib baik seorang kakak yang keje kat agensi tu macam paham apa yang aku rasa. Tiba-tiba aje, kakak tu bg aku note pad kecik macam yang budak bertiga tu dpt. Walaupun takde bag macam yang dah terkandung dlm pakej budak bertiga tu, pd aku note pad kecik tu dah cukup memadai. Hehe...

"Takpe...takpe...sabar je dulu. Mungkin ada lagi chance lain yang akan aku dapat tak lama lagi." Tu ajelah yang mampu aku ingatkan pd diri bila hari-hari aku menjenguk website2 airlines semata-mata nak tgk harga flight ke Bali. Mengots betul!

Untuk pengetahuan korang, aku dah beberapa hari memulakan balik rutin aku ke kedai di Shah Alam. Jumaat lepas, sebab staf aku bercuti, aku dtg kedai lepak-lepak sampai malam. Penat gile rasa... dua hari ni pulak, maya ada training kat jusco Wangsa Maju, so aku jugaklah yg jd drebar dia, menghantar dan mengangkut. InsyaALLAH esok maya cuti. Rasanya, aku pun nak cuti jugak. Mengikut perancangan, aku nak gi servis kete yg tak smpat nak diservis bulan lepas.

Tapi, tak tahulah kalau tiba-tiba plan berubah sebab aku dengan maya ni bukan boleh ada masa lapang. Ada aje tempat yang kami nak melencong. Kalau tak gi servis keta, layan cinema pun okey gak. Teringin sangat aku nak merasa wayang VIP kat gsc midvalley tu. Mmg harga tiket mahal gile tapi sekali-sekali nak merasa...boleh kut?

P/s to Fad:: Thanx a lot atas organizer. Tak sabarnya nak pakai bila current notebook akak abis paper. Hehe...


Damya Hanna posted @ 4:10 pm
| 16 Comments |


Monday, 16 March 2009

The 7th...

Akhir-akhir ni ramai sangat yang bertanya tentang kemunculan novel terbaru aku. Ada yang nak tahu judulnya. Ada yang nak tahu bila ia akan berada di pasaran dan ada yang nak tahu tentang penceritaan garapan ke-7 aku serta macam-macam lagi. Jadi untuk entry blog kali ni, aku terfikir nak menulis serba-sedikit tentang manuskrip ke-7 aku yang masih di peringkat editorial.

Untuk pengetahuan kalian, aku tak tahu bila novel terbaru aku akan berada di pasaran. InsyaALLAH bila selesai proses editing dan semuanya berjalan lancar, pasti buah tangan terbaru aku untuk para pengunjung dan pembaca setia novel DH akan diterbitkan di pasaran. Jadi, nak tak nak...kalian kena jugak bersabar!

Apa yang aku ketengahkan untuk manuskrip ke-7 ni, macam biasa ia masih sebuah cereka (cerita rekaan). Namun tetap mengetengahkan tema cinta.
Bezanya untuk novel ke-7 ni, aku bercerita tentang seseorang yang hidup pada hari ini demi mencari kenyataan hari semalam. Itu secara tersiratlah. Tapi yang tersuratnya, aku mendalami perasaan seorang penghidap amnesia yang mencari kebenaran hidupnya demi pelbagai persoalan yang dilalui selepas dia tersedar dari satu kemalangan jalan raya dan mendapati kehidupannya yang berubah sama-sekali.

Amnesia ialah satu penyakit lupa ingatan yang terjadi akibat seseorang itu mengalami kehilangan upaya untuk mengingati sesebuah peristiwa. Melalui beberapa penyelidikan yang aku buat, ia terbahagi kepada banyak jenis. Tapi secara asas, ada tiga jenis kategori penyakit amnesia yang popular iaitu :
1. Anterograde amnesia
2. Retrograde amnesia
3. Transient Global amnesia

Untuk novel ni, aku menekankan aspek Retrograde Amnesia iaitu mangsa boleh mengingati kejadian yang berlaku selepas trauma (dlm kes ni kemalangan yang berlaku) dengan jelas tetapi tidak mampu mengingati beberapa maklumat penting atau kejadian yang sebelumnya dalam sesuatu tempoh.

Okey! Rasanya cukup serba sedikit info tentang novel ke-7 aku untuk tatapan kalian. Di harap ia menjawab pertanyaan semua yang sudi bertanya khabar baik di emel, friendster, facebook, myspace dan juga di blog ini. InsyaALLAH jika novel ke-7 aku betul-betul confirm akan berada di pasaran, aku dengan senang hati akan sebarkan beritanya di semua medium yang aku dah sebutkan di atas. InsyaALLAH…


Damya Hanna posted @ 10:41 am
| 10 Comments |


Thursday, 12 March 2009

Rasa yg macam-macam rasa...

Dah hampir seminggu aku selamat pulang ke tanahair tercinta. Pesta Buku Brunei, berjalan dengan lancar. 4 hari 3 malam aku bermastautin bersama rakan-rakan novelis dan dua orang staf Alaf 21 di Hotel De'Anggerek, menambahkan pengalaman dalam hidup aku yg tahun ni rupa-rupanya nak masuk umur 27 tahun. (Tua dah rasanya!)

Peminat-peminat novel di Brunei memang ramai. Walaupun ni trip kedua aku, ia masih satu aktiviti yang memuaskan hati. Mana tidaknya, jadual kali ni lebih longgar nak dibandingkan dengan yang dulu. Jadi, bila jadual tak pack...aku terasa minda aku semacam lari dari pelbagai tekanan hidup. Ibarat satu trip kerja yang santai pun ada kot. Lega!

Balik dari Brunei, aku sepatutnya ke Perak dengan rakan-rakan VF sebab ada kenduri kahwin yg perlu dihadiri. Dah lama aku tak jumpa budak-budak ni. Tapi entah macamana, pagi Isnin tu perut kena gastrik padahal aku dah hampir ke destinasi untuk menjemput rakan-rakan lain yang sama-sama nak berkonvoi. Fikir punya fikir, akhirnya aku ambil keputusan untuk pulang. Macam tak larat aje nak terjah highway Plus bila sakit tu datang sesekali. Lagipun, karpet kereta dah habis kena muntah sendiri. Cess...

Hari ni, untuk pengetahuan kalian... ada sesuatu yang paling best berlaku dalam hidup aku. Walaupun belum confirm berjaya ke tak, bila berdepan dengan situasi ni...dah cukup utk buat aku rasa seronok dan gembira tak sudah-sudah. Rasa nak melompat-lompat dan berguling-guling atas lantai pun ye.

Korang nak tau apa? Nak tau ke tak? Ermm...takpelah. Malas nak cite dulu sebab perkara ni belum pasti. Yang pastinya, aku dah bersyukur pada Yang Maha Esa sbb beri aku kesempatan utk aku berdepan dengan situasi ni. Berjaya atau tak, itu belakang cerita. Untuk setakat nih, perasaan gembira yang DIA kurniakan pd aku dah memadai tersangat-sangat. Cukup untuk membuktikan yang aku punya hak untuk hidup dengan rezeki pemberian-NYA. Alhamdulillah...

Thank you so much pd warga Brunei yg sudi menghadiahkan cenderahati pd kami. Ada jodoh bertemulah kita lagi ya? Salam manis...



Damya Hanna posted @ 11:51 pm
| 16 Comments |


Thursday, 5 March 2009

Brunei...

Assalamualaikum

Pertama sekali, aku nak mohon maaf pada semua pengunjung blog DH sekalian. Seminggu yang berlalu, tak memberikan aku kesempatan yang panjang untuk menghabiskan masa di blog, friendster, myspace dan emel. Jadi, aku tak sempat nak reply segala komen yang diberi secara individu sebelum akhirnya aku mengambil keputusan untuk membalas komen-komen tersebut secara pukal ataupun bundle.

Esok, aku akan ke Brunei selama 4 hari. Bermakna 4 hari jugalah aku takkan menjengah ke blog ni. Jadi aku harap, kalian pelawat setia masih sudi berkunjung ke sini walaupun aku berada jauh dari tanah semenanjung Malaysia. InsyaALLAH, aku akan update berita terkini sebaik saja aku pulang dari Brunei.

Salam manis,
Damya Hanna


Damya Hanna posted @ 2:17 am
| 7 Comments |


Monday, 2 March 2009

Hurmm...

Aku kurang sihat. Tapi mata tak boleh nak lelap sebab dah tidur awal agaknya. Masa tersedar tadi, jam baru aje nak menjengah ke waktu 12.30 malam. Aku telan ubat selesema dengan batuk tapi bila nak sambung tidur mata pulak jadi segar-bugar. Apa lagi, aku bukak pc lagi best.

Cadangnya aku nak check emel dan jenguk blog sendiri. Tapi baru teringat yang aku dah kena tag oleh Elina. Nak jawab tag dia, malas pulak rasanya sebab soalan-soalan tu memerlukan aku mendengar lagu kat music player dalam pc. Jadi, aku tangguhkan lagi plan nak menjawab tag elina. "Sori El...kurang sihat laa. Takde mood nak bermain-main dengan soalan. But aniwei...thank you for tagging me. It's a compliment bila ada orang ingat kat kita tau!"

Dalam entry sebelum ni, aku pernah beritahu yang aku nak jadikan blog aku sebagai satu blog yang menyebarkan maklumat-maklumat berguna. Ingat lagi tak? Aduhai... rupa-rupanya dah beberapa entry berlalu, aku langsung tak selitkan maklumat ataupun info berguna buat kalian para pembaca dan pengunjung setia blog kesayanganku ni. (Ceh, konon-konon nak minimumkan entry pasal diri-sendiri. Akhirnya? Ampes jek!!!)

Aku bukan terlupa, tapi sebenarnya masih mencari-cari x-factor berkenaan maklumat berguna buat kalian. Yelah...ilmu kan seluas lautan. Takde penghujung, takde bertepian. Mungkin, ilmu dan info yang aku sebarkan akan datang, bukan ilmu yang major tapi lebih kepada pengetahuan am. Simple dan tak membosankan. Dan suka aku nak ingatkan kalian yang blog aku ni adalah blog peribadi yang santai. Jadi ilmu yang aku selitkan adalah mengikut kajian ringkas melalui fakta-fakta yang aku yakini adalah betul.

:: SUDUT INFO ::
Risiko-risiko kerapuhan tulang,
1. Ada sejarah patah tulang
2 Sejarah keluarga menghidap kerapuhan tulang.
3. Pemakanan yang kurang teratur dan tidak seimbang.
4. Berat badan rendah.
5. Berketurunan kaukasian (ada darah keturunan barat)
6. Mereka yang mengalami penyakit 'pelupa'
7. Menopaus awal - sebelum 45 tahun
8. Ovari tidak berfungsi. Contohnya dibuang ketika pembedahan, mendapat rawatan radio atau menerima rawatan kemoterapi.
9. Kurang bersenam.
10. Penggemar minuman beralkohol.
11. Penggunaan sesetengah ubat-ubatan.
(Fakta dari Akhbar Kesihatan Mingguan Malaysia - 11 Januari 2009)
Cukup agaknya setakat ni. Kalau ada yang tak memuaskan hati, sila-silalah kalian memberi komen yang membina buat diriku. Thanx...


Damya Hanna posted @ 4:51 am
| 10 Comments |