<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Thursday, 23 April 2009

Nak jadi penulis? Sila Baca...

Ramai juga yang bertanya, khususnya melalui emel bagaimana caranya untuk menjadi seorang penulis? Apa yang harus dilakukan untuk menghasilkan sesuatu karya? Atau cara-cara yang perlu diambil.

Sebenarnya, dah banyak kali juga aku menjawab soalan-soalan yang hampir serupa dan sering berkunjung ke dalam emel sehinggakan ada kala aku tak sempat nak menjawab soalan sama yang masuk di hari kemudiannya. Jadi, fikir punya fikir, seeloknya aku olah satu catatan khas untuk para pembaca dan peminat buku yang mempunyai minat untuk menulis. Jadi, lepas ni... jika soalan yang sama berkunjung ke emel, mereka hanya perlu merujuk ke dalam blog ku ini...

Di sini, ingin aku jelaskan, ia bukanlah tips yang wajib tapi lebih kepada pengalaman aku sendiri dalam melalui proses penghasilan sesuatu manuskrip sebelum ia dijadikan sebuah novel.

1. Rangka manuskrip yakni jalan cerita, watak-watak dan apa yang ingin ditulis sebelum memindahkannya dalam bentuk manuskrip penuh yang memuatkan dialog dan penceritaan mengikut format sendiri. Biasanya aku akan menaip di dalam Microsoft Words sebanyak 300 A4 dengan 1.2 space bar. Jangan risau tentang format manuskrip kerana semua itu akan diuruskan oleh pihak editor. Yang penting di sini ialah jalan cerita dan kekuatan watak-watak utama yang dibawa oleh seseorang penulis.

2. Hantar manuskrip yang siap diprint kepada syarikat penerbitan. Sertakan alamat dan nombor telefon untuk di hubungi bagi memudahkan kerja-kerja lanjutan. Jika diterima, syarikat akan menghubungi untuk meminta soft copy ataupun jika tidak, mereka akan memberitahu kekurangan manuskrip untuk diperbaiki.

Itu saja setakat ni. Hopefully, maklumat ini sangat berguna dan dapat membantu kalian yang mempunyai minat dalam dunia penulisan. Mungkin ia hanya maklumat yang sangat sedikit tapi percayalah, aku sendiri mula menulis dengan ilmu yang zero. Tiada guidelines dan hanya mengikut apa yang aku rasakan perlu. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.... Selamat mencuba kepada kalian...

salam manis...


Damya Hanna posted @ 2:18 pm
| 16 Comments |


Friday, 17 April 2009

Alahai...

Ada yang bertanya, kenapa book fair tahun ni nama aku tak dimuatkan dalam jadual pertemuan peminat novel dengan penulis? Terima kasih pada yang bertanya. Tapi maaf diucapkan kepada kalian kerana tahun ini aku mungkin akan berkunjung ke book fair sebagai tetamu. Tapi jangan risau kerana masih ramai lagi penulis lain yang akan memeriahkan pesta buku kali ni dan kebanyakannya terdiri daripada penulis baru yang aku sendiri belum sempat bertemu mata. InsyaALLAH jika berpeluang aku juga ingin beramah mesra dengan mereka.

Alhamdulillah! Along aku yang ditahan di wad selama 4 hari akibat demam denggi dah dibenarkan keluar wad tengahari semalam. Kalau tak, setiap kali datang menjenguk dia... mesti dia asyik merungut... entah bilalah dia boleh keluar sebab tinggal di wad memang satu keadaan yang sangat-sangat membosankan. Aku tahu tu sebab aku sendiripun baru keluar wad beberapa minggu lepas di hospital yang sama. Jelas-jelas aku tahu apa perasaan dia kan?

Hurm, Rabu lalu giliran aku bertemu doktor untuk sesi check-up lanjutan. Tak pasal-pasal aku diberi ubat untuk tempoh sebulan. Ish...sabo jelah. Tapi nak buat macamana, demi kesihatan punya pasal, aku disuruh makan mengikut waktu. Masalahnya, waktu rutin harian aku tak macam orang lain. Aku jenis yang tido lambat, bangun pun lambat. Macamana tu? Takpe-takpe, aku tetap akan ikut nasihat doktor sebab aku dah serik masuk wad, serik kena masuk air, serik kene ambil darah yang enam kali kena cucuk baru jumpa urat. Alahai...


Damya Hanna posted @ 12:44 pm
| 9 Comments |


Saturday, 11 April 2009

Apa-apa je!

Ada masa aku tak faham dengan manusia zaman sekarang ni! Ada saja perkara kecil yang nak dijadikan sebab dalam memperkatakan sesuatu yang tidak sempurna di matanya. Okey, aku sendiri kadang-kadang jenis yang lepas cakap sebab aku sendiri tak sempurna. Tapi, aku bukan jenis yang nak mengata keburukan orang lain secara habis-habisan. Setakat kritik sikit-sikit tu normallah kan? Semua manusia pun macam tu. Even sekelumit, mesti akan ada yang tak puas hati di mata kita dan kadang-kadang pendapat tu adalah untuk meingatkan diri sendiri supaya memperbetulkan kesilapan diri.

Aku tahu, opening entry blog aku kali ni agak emosional bunyinya. Nak tahu kenapa? Sebab aku macam 'bengang' dengan sorang budak yang tak tahulah siapa tiba-tiba aje nak meradang tak tentu pasal kat dalam komen salah satu dari entry blog aku sebelum ni. Aduhai... sabar ajelah. Haa...tengok! Tak pasal-pasal aku nak beremosi disebabkan dia. Astaghfirullah al-Azim...

Minggu ni aku takde buat apa yang best selain melepak kat opis, duduk-duduk kat rumah dan jalan-jalan window shopping. Cuma satu kerja gila yang aku tak pernah buat sebelum ni tapi aku buat dalam dua minggu ni ialah, melayan wayang tak hingat dunia.



First movie yang aku tengok baru-baru ni, Confession Of A Shopaholic. Filem tentang sorang perempuan yang suka bershopping. Aku memang tunggu cite ni dari tahun-tahun dulu lagi sebab aku ada collection buku Shopaholic dari Sophie Kinsella ni. Then, aku melayan filem Knowing yang dilakonkan oleh Nicholas Cage. Cerita tentang sorang professor yang dapat melihat tragedi masa depan melalui kapsul masa yang diperolehi oleh anaknya. Awal-awal memang agak suspen. Tapi lama-lama aku tengok cite ni, macam mengarut pun ada jugak sebab jalan cerita dia agak menyentuh isu keagamaan (ini pendapat peribadi aku!). Yang terbaru pulak, aku melayan Fast & Furious 4. Yang ni memang tak leh nak cakap, best dan puas hati sebab penuh dengan aksi. Cuma, macam biasalah kan...cite orang putih ni, bukan selalu ada nilai-nilai moral sebab melibatkan rompakan gas minyak, lumba haram dan macam-macam lagi.

Tapi overall, aku puas hati jugaklah melayan ketiga-tiga cerita ni. Kalau nak dikira, idea dan jalan cerita kesemua filem ni memang mengikut flow yang cantik. Tak rugi bayar duit tiket. Sekarang ni, proses menunggu filem yang lain plak. Transformer & Night At Museum 2... Tak tahu bila nak kuar...


Damya Hanna posted @ 9:56 am
| 10 Comments |


Tuesday, 7 April 2009

Transform + revolution

Terharu rasanya bila ada yang sudi bertanya khabar selepas mendapat berita tentang kesihatan aku melalui blog ni. Terima kasih pada kalian yang sudi mengambil berat.

Alhamdulillah, aku dah menjalani rutin seharian dengan teratur. Makan pun ikut waktu seperti yang doktor dan kawan-kawan nasihatkan. Cuma, aku masih ada satu check-up dengan doktor 15 April nanti. Hopefully dah takde apa-apa yang bahaya. Seminggu dua ni, aku sibuk menguruskan final editing manuskrip ke-7. Jadi memang aku tak sempat nak online dan menghadap blog mahupun website komuniti yang lain. Emel apatah lagi. Kadang-kadang buka inbox tp memang tak dpt nak reply. Sori sangat-sangat pada kalian yang ada menghantar emel tapi tak smpat menerima balasan dari aku.

Cuti hujung minggu baru-baru ni, memberi satu pengalaman baru dalam hidup aku kerana tak pernah aku menghadiri 3 kenduri kawen sekali gus. Mujur aku dah merancang sukatan makanan untuk setiap kenduri, jadi takdelah kembung perut menghadap nasi minyak. Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Kazen : Wan Syuhada dan Suami

Kawan adik : Lyn dan suami

My schoolmate : Akmal Nadrah

Sebenarnya... aku ada merancang nak buat transformasi kat blog aku ni. Bukan transformasi yang macam disebut-sebutkan dalam Akademi Fantasia tu tau. Tapi satu revolusi iaitu perubahan yang menyeluruh supaya blog aku ni dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat bila para pengunjung datang menjengah. Macam yang aku pernah khabarkan sebelum ni, aku nak blog aku ni ada ilmu yang tersirat di sebalik cerita dan kisahnya sama ada yang peribadi mahupun bukan. Cuma, sejujurnya aku masih mencari identiti aku tersendiri. Jadi, aku memerlukan ruang yang panjang untuk menjadikan blog ni memaparkan sesuatu yang berguna.



Damya Hanna posted @ 9:58 am
| 16 Comments |