<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d509832055505649807\x26blogName\x3d~%2B%2B%2BDamya+Hanna%2B%2B%2B~\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://damya-hanna.blogspot.com/\x26vt\x3d-5968002239926344207', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
♥ THE ME ♥

♥ Intansuhana Binti Ramli

♥ October 1982

♥ Cheras,Selangor

♥ damya5_hanna@yahoo.com



♥ Follow Me ♥


Twitter :@Damya_Hanna
Instagram : @Damya_Hanna
Facebook :Damya Hanna




♥ Clickables ♥
Shem Antartica
Mynz Pingu
Zana Craft
Pitt
Yatt Takez
Maya Mysis


♥ Archives ♥

December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
December 2009
February 2010
April 2010
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
November 2011
March 2012
May 2012
December 2012
November 2013
December 2013



Sunday, 24 May 2009

Ku pohon AMPUN dan MAAF

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kalian yang sudi mendoakan permergian saya ke Tanah Suci. Buat rakan penulis, pengunjung, sanak-saudara dan sahabat-handai. InsyaALLAH esok (25hb Mei 2009) saya akan berangkat mengerjakan ibadah UMRAH di Mekah.

Jadi, di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada di antara kalian yang pernah saya sakitkan. Baik kesalahan yang kecil mahupun yang besar. Semoga kita bertemu lagi dalam entry yang akan datang.

Salam manis,
DAMYA HANNA


Damya Hanna posted @ 12:51 pm
| 7 Comments |


Wednesday, 13 May 2009

Bali + Bandung + UMRAH... (InsyaALLAH)


Assalamualaikum.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan SMS dari seorang teman. Katanya nak mengacau jiwaku untuk seketika. Risau juga! Apalah yang budak seorang ni nak cakapkan. Rupa-rupanya dia nak mengkhabarkan berita yang Air Asia tengah buat promo. Aku pun sibuk jugalah menjengah ke website Airasia.

Menurut temanku itu, dia merancang nak ke Bali untuk kali kedua tahun depan bersama rakan-rakan sekerjanya. Aku yang memang mencari peluang untuk ke Bali, terus bagi keputusan nak ikut serta. 9 bulan lagi? Isk...

Tapi, dalam pada merancang nak ke Bali. Aku sendiri dah ada plan dengan family nak ke Bandung. Nasib baik dapat booked ticket walaupun beberapa kali juga asyik kena refresh. Alhamdulillah dah berjaya. Kalau Bali lagi 9 bulan, destinasi ke Bandung memerlukan kesabaran aku selama 11 bulan lagi. Takpe. Ada masa nak simpan duit. Cuma, aku berpegang pada kehendak ILLAHI. Kita merancang, TUHAN yang menentukan. Just tunggu dah lihat, apa akan berlaku nanti.

Oh ya! Suka aku nak berkongsi dengan pengunjung sekalian. InsyaALLAH 25hb Mei 2009 akan datang, aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan UMRAH bersama ahli keluarga abang sulungku. Perjalanan mengambil masa selama 14 hari 12 malam. Harap-harap semuanya berjalan lancar sebab sejak menghadiri kursus ESQ beberapa minggu lalu, perasaan nak ke Tanah Suci semakin berkobar-kobar pulak. Tambah-tambah masa kursus hari tu, ada demonstrasi TAWAF beramai-ramai, lagilah perasaan tu membuak-buak. Kalian doakan kesejahteraan aku sekeluarga supaya hajat yang dirancang sejak awal tahun hari tu, berjaya dilaksanakan ya?

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan tahniah kepada dua orang teman VF yang selamat menamatkan zaman bujang baru-baru ni, Icha & Wawad. Semoga berkekalan ke anak cucu & dirahmati ALLAH selalu. Kami rakan-rakan VF akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian berdua. AMIN...



Damya Hanna posted @ 11:45 pm
| 10 Comments |


Wednesday, 6 May 2009

Bismillahirrahmannirrahim...

Dengan Nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang bila menampakkan diri
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan sukma kefasiqan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

(Petikan dari Al-Quran : Surah As-Syams)


Alhamdulillah. Kursus ESQ yang aku hadiri beberapa hari lepas sangat menginsafkan. 3 hari aku habiskan masa bersama beberapa rakan lain di PWTC sungguh-sungguh memberikan aku peluang untuk memperbaiki kesilapan diri.

Apa yang aku dapat melalui kursus ni, aku belajar menyerah diri kepada YANG MAHA ESA. Aku belajar menyayangi pengorbanan Rasulullah dan macam-macam lagi. Terasa betapa kerdilnya aku di sisi TUHAN. Terasa betapa jauhnya martabat aku dalam mendapat keredhaan ALLAH selama ini. Aduhai...

Sesungguhnya, Kursus ESQ banyak menyedarkan aku terhadap beberapa perkara berkenaan keimanan dan ketaqwaan yang selama ini tak pernah aku rasakan. Semua input yang diberikan amat bermakna. Sampai ke saat ni, aku masih teringat-ingat kandungan kursus. Malah aku masih terkenang-kenang segala aktiviti yang aku lalui. InsyaALLAH aku akan cuba menetapkan hati dan mempraktikkan apa yang telah aku perolehi melalui kursus ini.

Buat kalian, sama ada pengunjung tetap atau tidak. Atau mungkin pengunjung yang masuk secara tak sengaja di blog ku ini, terima kasih diucapkan. Aku ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang mungkin pernah berkecil hati dengan layananku selama ini. Buat rakan-rakan yang pernah aku sakiti, dengan kerendahan hati aku pohon keampunan. Semoga perhubungan kita kekal selamanya. AMIN...


Damya Hanna posted @ 4:36 pm
| 7 Comments |