Salam semua. Saya baru aja lepas menonton perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Sparta Praha (Europa Cup) yang menyaksikan kemenangan tipis Liverpool, 1-0 di Anfield. Jaringan minit-minit akhir Dirk Kuyt, memberi tiket kepada The Reds untuk menempah nama dalam pusingan seterusnya. Saya gembira kerana pasukan Liverpool adalah feveret team saya dalam Liga Perdana Inggeris!

:: LFC a.k.a The Reds : You'll Never Walk Alone ::
Okey, jangan terkejut! Kalau dulu saya akui, sukan bola sepak bukan sukan kegemaran saya. Malah, kalau hendak berlaku jujur, saya bukan orang yang minat bersukan. LANGSUNG TIDAK! Tak tahu kenapa, akhir-akhir ni saya begitu gemar menonton perlawanan bola sepak. Mungkin sejak saya mengikuti Piala Dunia di Afrika Selatan!
Kebetulan, minat baru saya ni bagaikan tak sia-sia pula bila kita sendiri dikejutkan dengan kejayaan pasukan negara kita, HARIMAU MALAYA membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia dengan aggregat 4-2.
:: Harimau Malaya ::
Masih ingat perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong pada 9 Februari lalu? Sebenarnya, saya juga salah seorang penonton di rumah yang melonjak riang dengan kejayaan pasukan bola sepak negara kita. Terbaru, pasukan kita berjaya lagi menjaringkan 2 gol kemenangan ke atas Pakistan dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik di Shah Alam.
So, what more can I say? I'm just proud to be a Malaysian! Harap-harap zaman kegemilangan bola sepak negara kita akan kembali memuncak. Manalah tahu, ada rezeki boleh masuk lagi dalam perlawanan di Sukan Olimpik!
Btw, good luck Malaysia Football Team in second round match at Lahore on 9 March 2011. Praying for our victory... ;)